Tag Archives: India

Filem Terbaru Shah Rukh Khan ‘Tak LAKU’ ?


Nasib kaulah ‘Datuk’ Melaka ..

Filem Ra.One kurang laris

MUMBAI – Filem bajet besar yang menampilkan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan bertajuk Ra.Onemenerima maklum balas bercampur-campur kelmarin.

Pujian diberi kepada kesan-kesan khas yang digunakannya, tetapi skripnya dikritik. Menjadi antara filem India paling mahal dengan perbelanjaan mencecah AS$20 juta (RM61.3 juta), Ra.One dilihat gagal memecahkan rekod hari pertama tayangan.

Laman web Boxofficeindia.com yang memantau kutipan filem di panggung menyatakan filem adiwira sains fiksyen versi Hindi itu berjaya mengutip sekitar AS$3 juta (RM9.20 juta) dalam tempoh 24 jam pertama selepas ditayangkan pada Rabu lalu.

“Ia mungkin menjadi filem kedua atau ketiga yang mencatat kutipan tertinggi. Namun, ia ketinggalan sebanyak 30 peratus berbanding rekod filem Bodyguard yang ditayangkan dua bulan lalu,” katanya.

Khan dilihat berusaha keras mempromosikan filem tersebut selama beberapa bulan dengan menghadiri tayangan-tayangan perdana antarabangsa di Dubai, London dan Toronto.

Dalam filem tersebut, Khan memegang watak G.One yang menentang makhluk jahat bernama Ra.One untuk menyelamatkan manusia sejagat.

Afp

Hebat: Dr Aziz Bari Betulkan Khoo K.Khim dan Kling


Profesor keliru, kemudian kelirukan orang

ULASAN Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

NONEBeza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang – strait settlements – dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja – dan negeri mereka – sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Ini bermakna di atas kertas – yakni teori – memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuatkeputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau – meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

malayan union billboardMeskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

khoo kay kim anti auku gma 141006 pointingKesilapan Zainal dan Khoo (kiri) alah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.

Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah….!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu… lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap…

mKini

Kisah Benar: Budak Lelaki ada 34 jari Pecah Rekod


GAMBAR menunjukkan Akshat Saxena yang mempunyai tujuh jari pada setiap tangan dan 10 jari di setiap kakinya

Budak lelaki ada 34 jari pecah rekod

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki.

Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India.

Akshat yang dilahirkan tanpa mempunyai ibu jari menyebabkan doktor kini cuba untuk menggunakan jari yang sudah dipotong bagi menggantikan ibu jari tersebut.

“Saya amat gembira melihat anak saya buat pertama kali kerana dia merupakan cahaya mata pertama kami,” kata ibunya, Amrita Saxenakata.

“Saya kemudian terkejut melihat jari-jarinya yang banyak,” tambah wanita itu.

Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet.

Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Kanak-kanak China itu yang namanya enggan didedahkan keluarganya turut menjalani pembedahan untuk membuang baki jarinya.

Dia kini mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki selepas menjalani pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning pada Mac lalu.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi.

Agensi

Gambar Harimau Bintang Gigit Pegawai Perhilitan


SEEKOR harimau bintang menyerang seorang pegawai hutan di sebuah rumah tinggal di Kampung Prakash Nagar, India kelmarin.

Harimau Bintang mengamuk di kampung

KAMPUNG PRAKASH NAGAR, India – Seekor harimau bintang seberat 90 kilogram melompat ke arah belakang seorang pegawai jabatan perhutanan di sini kelmarin.

Sebelum ini harimau itu sudah mencederakan lima orang selepas haiwan tersebut tersesat memasuki sebuah kampung dari taman negara berdekatan.

Pegawai itu cedera namun seorang pegawai perhutanan berjaya menembak ubat pelali ke atas haiwan itu menyebabkan ia lemah sekali gus dapat ditangkap dengan mudah oleh tiga anggota polis yang bersenjatakan pistol dan baton.

Sejumlah penduduk kampung menyaksikan detik-detik cemas itu.

Harimau itu dibawa ke sebuah pusat haiwan di Sukna tetapi ia mati akibat kecederaan.

Sebelum pegawai hutan itu dicederakan, haiwan berkenaan mencederakan lima orang lagi semasa penduduk kampung cuba mengejar untuk menangkapnya.

Agensi

Wanita Bogel Mahu Bergambar Dengan Imran Khan


Imran Khan tolak tawaran bergambar dengan wanita bogel

SEBUAH majalah ternama dunia versi India yang tidak disebutkan namanya baru-baru ini telah membuat undian tentang kualiti paling utama pada lelaki yang diingini wanita, dan kualiti tersebut ialah kesetiaan.

Sehubungan itu, disebabkan kesetiaan jugalah yang menjadi penyebab utama buat aktor muda, Imran Khan menolak tawaran majalah tersebut untuk menghiasi muka depan bagi keluaran yang menampilkan isu tersebut.

Ini kerana Imran dikehendaki bergambar dengan seorang perempuan gemuk yang berbogel tanpa seurat benang. Namun khabarnya Imran yang mengahwini Avantika Januari tahun ini menolak dengan baik tawaran tersebut.

Seorang rakan kepada keluarga Imran memberitahu agensi berita India, IANS: “Sebuah majalah wanita ternama dunia versi India hanya menjadikan wanita sebagai penghias muka depannya.”

Namun kali ini, majalah tersebut mahu mendapatkan khidmat Imran bersesuaian dengan artikel tentang kualiti pada diri lelaki yang dikehendaki oleh golongan wanita yang ditampilkannya.

Tambahnya: “Wakil majalah tersebut melihat Imran sebagai model sempurna bagi mewakili kesetiaan disebabkan hubungan cintanya yang kukuh bersama Avantika sehingga membawa mereka ke gerbang perkahwinan.”

“Imran hanya bersetuju untuk menimbangkan semula tawaran tersebut jika model yang akan bergambar bersamanya itu memakai pakaian.”

ksm/IN

‘Sai Baba’ Meninggal Dunia


Satthiya Sai Baba meninggal dunia

PUTTAPARTI, India: Tokoh agama berpengaruh India yang mempunyai pengikut di seluruh dunia, Sathya Sai Baba, meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Seorang doktor, Dr A. N. Safaya melaporkan Sathya meninggal dunia pada pagi Ahad selepas seminggu bernafas menggunakan bantuan mesin pernafasan di Institut Perubatan Sains, Sri Sathya Sai di sini.

Wanita mula meletakkan kalungan bunga sempena memperingati kematian tokoh agama tersebut di kawasan perkampungan beliau di Puttaparti selatan Andhra Pradesh.

Para pengikut Sathya pula berkumpul di kuil tempat beliau bakal diletakkan hingga Selasa depan sebelum disemadikan.

Sathya mempunyai ramai pengikut di lebih 126 negara di seluruh dunia.

AFP

%d bloggers like this: