Tag Archives: income tax

Rahmat Bersih 2.0: Income Tax Jumpa ‘LAUK’ Baru di Sekitar KL



Keuntungan kepada pihak Lembaga hasil dalam negeri (LHDN) atau popular dengan income tax jelas terbayang hari ini.

Berdasarkan pada angka persatuan Ikhlas yang disebut hari ini  sangat menakjubkan ramai orang.Bayangkanlah betapa banyak sudah orang orang ini mengaut keuntungan yang sekiranya tidak pernah di ‘declare’ oleh mereka kepada LHDN!

Inilah 1 diantara nikmat Bersih 2.0 yang tersembunyi.

Selepas ini jenuh LHDN kutip duit pada puak puak persatuan tersebut.

Peniaga mahu saman Ambiga dakwa rugi 100juta

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peniaga kecil di sekitar ibu negara akan mengemukakan saman terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ekoran kerugian yang mereka alami mencecah RM100 juta.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, saman itu terpaksa dibuat kerana perhimpunan haram kelmarin menyebabkan peniaga terlibat kerugian besar kerana tidak dapat berniaga.

“Anggaran awal kerugian RM30 juta tetapi kami percaya kerugian sebenar boleh mencecah RM100 juta dan kami tidak boleh biarkan mereka terlepas, kita kena hukum penganjurnya, Datuk S. Ambiga.

“Satu surat peringatan berhubung saman tersebut akan dihantar kepada Ambiga pada minggu depan,” katanya pada sidang akhbar di hadapan Masjid India di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Ali Ketam:”Bn Menang baru hangpa dapat bantuan”


“Bantuan datang hanya jika Bn menang”:Km Melaka

“Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lu tolong gua, gua tolong lu’, kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

NONEBeliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.

NONESeorang guru di Confucian Chinese School dari 1935 hingga 1961,
kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang.

mkini

ha ha ha ..kan dah kata..lu tolong gua..gua tolong lu..ha ha ha

nak bantuan..sokong bn dululah..ha ha ha

kalu tak sokong..takdak bantuanlah..ha ha ha

ini bukan ugutan..ha ha ha ..tapi gempaq sikit saja..ha ha ha

yang hangpa duk bayaq cukai tu apa pasai..ha ha ha

apa dia?..income tax..ha ha ha ..menteri bn tak pandanglah semua tu..ha ha ha

hangpa terus jadi pak yet umno saja..ha ha ha

dulu,kini dan selamanya..ha ha ha..umno terus membangangkan hangpa..ha ha ha

dinjawa.lawak politik

%d bloggers like this: