Tag Archives: Ikhwan

Senjata Israel Digunakan Dalam Serangan Keatas Penyokong Dr Mursi


Pro-Morsi Protesters Clash With Security Forces

Kaherah: Senjata Israel mungkin digunakan untuk menyerang penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan Rabu lalu.

Terdapat laporan menyatakan, pesawat kargo Israel dilihat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada hari berkenaan sejurus sebelum tentera dan polis melancarkan gerakan menyuraikan penyokong Mursi secara paksa.

Laporan itu disahkan oleh koresponden agensi berita Mi’raj Dany Novery.

Menurutnya, senjata Israel mungkin tiba pada hari berkenaan kerana alat yang digunakan untuk menyerang penyokong Mursi dan anggota Ikhwan, termasuk gas pemedih mata dan peluru mempunyai tulisan bahasa Ibrani.

Pada masa sama, seorang lagi wartawan agensi itu, Amran Hamdani berkata, laporan media tempatan menyatakan, pesawat Israel itu mungkin membawa senjata yang didakwa untuk membantu tentera Mesir.

Beberapa saksi dipetik sebagai berkata, ada ambulans yang tiba di kawasan sekitar Masjid Rabaa al-Adawiyah dengan membawa peluru untuk tentera.

Mereka berkata demikian selepas melihat pemandu ambulans enggan membawa mangsa ke hospital.

“Saksi itu melihat ambulans penuh dengan peluru yang kemungkinan diangkut dari pesawat kargo Israel itu,” kata Amran.

– Agensi

Mesir:Ikhwan Muslimin Mahu Kabinet Serba Baru


Ikhwan Muslimin bertegas dengan tuntutan rakyat Mesir yang mahukan reformasi

KAHERAH: Pertubuhan Ikhwanul Muslimin Mesir menolak cadangan rombakan kerajaan semalam, sebaliknya menggesa pihak berkuasa mengetepikan saki-baki menteri Kabinet lama dilantik Hosni Mubarak.

Kelmarin, junta tentera menamakan beberapa tokoh yang tidak disenangi Hosni menduduki jawatan dalam kerajaan.
Bagaimanapun, jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Luar, Menteri Keadilan, Menteri Dalam Negeri serta Menteri Kewangan kekal di tangan tokoh lama.

Pada masa sama, junta tentera menyatakan, perlembagaan baru bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh enam bulan hampir siap.
Perintah darurat akan ditamatkan sebelum pilihan raya berkenaan.
Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Essam el-Erian, berkata rakyat mahukan Kabinet yang baru sepenuhnya dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Hosni.

“Jika mereka menawarkan jawatan, kami akan tolak kerana apa yang dituntut rakyat adalah kerajaan baru yang langsung tiada kena-mengena dengan rejim terdahulu,” katanya.

Reuters

%d bloggers like this: