Tag Archives: ikhlas

Rahmat Bersih 2.0: Income Tax Jumpa ‘LAUK’ Baru di Sekitar KL



Keuntungan kepada pihak Lembaga hasil dalam negeri (LHDN) atau popular dengan income tax jelas terbayang hari ini.

Berdasarkan pada angka persatuan Ikhlas yang disebut hari ini  sangat menakjubkan ramai orang.Bayangkanlah betapa banyak sudah orang orang ini mengaut keuntungan yang sekiranya tidak pernah di ‘declare’ oleh mereka kepada LHDN!

Inilah 1 diantara nikmat Bersih 2.0 yang tersembunyi.

Selepas ini jenuh LHDN kutip duit pada puak puak persatuan tersebut.

Peniaga mahu saman Ambiga dakwa rugi 100juta

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peniaga kecil di sekitar ibu negara akan mengemukakan saman terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ekoran kerugian yang mereka alami mencecah RM100 juta.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, saman itu terpaksa dibuat kerana perhimpunan haram kelmarin menyebabkan peniaga terlibat kerugian besar kerana tidak dapat berniaga.

“Anggaran awal kerugian RM30 juta tetapi kami percaya kerugian sebenar boleh mencecah RM100 juta dan kami tidak boleh biarkan mereka terlepas, kita kena hukum penganjurnya, Datuk S. Ambiga.

“Satu surat peringatan berhubung saman tersebut akan dihantar kepada Ambiga pada minggu depan,” katanya pada sidang akhbar di hadapan Masjid India di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

%d bloggers like this: