Tag Archives: Hosni Mubarak

Ambik Kau: Hosni Mubarak Kena Denda 200 juta Pound Mesir


Denda tersebut bersamaan RM100 juta

KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam didenda 200 juta pound Mesir (RM100 juta) kerana memutuskan talian telefon dan internet di negara itu semasa protes Januari lalu.

Bekas perdana menteri, Ahmed Nazif dan bekas menteri dalam negeri, Habib Al-Adly didenda 40 juta pound Mesir (RM20 juta) dan 300 juta pound Mesir (RM150 juta) masing-masing atas kesalahan sama.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati ketiga-tiganya bersalah menyebabkan kemusnahan kepada ekonomi negara dan adalah hukuman pertama dijatuhkan ke atas Mubarak sejak beliau digulingkan dalam kebangkitan rakyat Mesir, 11 Februari lalu.

Mubarak turut berhadapan dakwaan lebih berat termasuk mengarahkan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan yang boleh membawa hukuman mati.

SH

Pi Mana RM888 Bilion Najib?


888 Bilion sudah lesap,dimana suara PM 1Malaysia?

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan. Continue reading

Hosni Mubarak Kena Denda Kerana Minum ARAK


Hakim jatuhkan hukuman denda kepada Hosni Mubarak

DUBAI: Seorang hakim mengenakan denda ke atas Hosni Mubarak kerana meminum arak, semalam.
Hosni dituduh melanggar undang-undang minuman keras Dubai yang melarang orang awam meminumnya di luar hotel atau restoran.

Bagaimanapun, Hosni yang dihukum itu bukanlah diktator Mesir yang digulingkan rakyatnya sendiri baru-baru ini, sebaliknya seorang lelaki Pakistan yang bekerja di Dubai.

Hakim menetapkan Hosni didenda RM826 atas kesalahan itu.

Media tempatan melaporkan, hakim tidak dapat menahan senyumnya ketika memanggil defendan untuk mendengar hukuman.

Reuters

Nota: Nama Hosni Mubarak semakin dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat walau dimana pun.

Tetapi apakan daya kerana nama itu sudah dibenci kerana kerakusan pemimpin Mesir sendiri. Selepas ini jika ada lagi pemimpin negara yang bersifat seperti pemimpin Mesir itu,rakyat akan juga memanggilnya Mubarak.

Hosni Mubarak Sakit Tenat


Beberapa akhbar terkemuka Mesir dan timur tengah melaporkan keadaan kesihatan bekas presiden Mesir semakin merosot.

Beliau sedang mengharungi hari hari duka setelah gembira selama 30 tahun membalun dan melantak harta rakyat Mesir.Apakah beliau akan sihat wala’fiat semula selepas ini?

Mungkin ini adalah tanda tanda untuk ‘wira adijagat’ Mesir sudah hampir menuju Keadilan ilahi.

Agensi melaporkan…

KAHERAH – Media Mesir mengeluarkan pelbagai laporan berhubung tahap kesihatan presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni Mubarak, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelmarin, sebuah akhbar Bahrain, Alwasat News menyatakan, Hosni kini tidak sedarkan diri. Sebuah lagi akhbar tempatan, Al Masry Al Youm pula melaporkan pemimpin tersebut tidak sedarkan diri sejak Sabtu lepas dan beliau berada di bawah penjagaan perubatan yang rapi.

Sebuah akhbar tempatan lain melaporkan Hosni jatuh sakit tetapi beliau enggan menerima rawatan perubatan.

Agensi berita rasmi Roee Nahmias semalam menafikan bekas presiden Mesir itu kini koma tetapi mengakui bahawa beliau jatuh sakit.

Bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan mental yang teruk dan menolak untuk dirawat walaupun beliau jatuh sakit, lapor sebuah lagi akhbar, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber yang rapat dengan Hosni.

Menurut laporan tersebut, Hosni kini dipercayai berada di resort tepi pantai di Sharm el-Sheikh.

Dalam perkembangan berkaitan, Duta Mesir ke Amerika Syarikat (AS), Sameh Shoukry semalam tidak menolak bahawa kesihatan Hosni semakin terjejas ketika ditanya berhubung laporan media bahawa beliau mungkin diserang strok atau berada dalam keadaan koma.

“Saya mengikuti desas-desus dan laporan media tentang kesihatan beliau (Hosni) dan mendapat maklumat yang menunjukkan kesihatan beliau kini terjejas,” kata Sameh dalam satu temu bual dengan program bual bicara Today Show terbitan NBC.

Bagaimanapun, duta berkenaan menegaskan: “Saya tidak mendapat maklumat mencukupi. Justeru saya tidak mahu membuat spekulasi tentang punca Hosni jatuh sakit.”

Pada tahun lalu, Hosni berkunjung ke Jerman untuk menjalani pembedahan pundi hampedu.

Hosni meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera Mesir pada Jumaat lalu selepas 18 hari berdepan tunjuk perasaan anti-pemerintah.

Kepimpinan tentera yang baru telah membubarkan Parlimen dan menggantung perlembagaan negara kelmarin.

Sementara itu, pihak tentera yang memerintah negara itu selepas Hosni meletakkan jawatan meminta semua pekerja tidak melancarkan mogok dan protes di Dataran Tahrir.

Permintaan itu dianggap sebagai satu amaran sebelum pihak tentera melarang semua bentuk perhimpunan dan mogok.

Semalam, askar-askar membersihkan sampah sarap dan timbunan bangkai kereta serta khemah di Dataran Tahrir yang menjadi tempat para penunjuk perasaan berkampung sejak 25 Januari lalu bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan.

Agensi

Hosni Mubarak Letak Jawatan,Tentera Ambil Alih


Berita tengahari tadi memberitahu sebahagian pegawai tentera Mesir telah berpaling tadah dengan menyokong rakyat.

Pegawai berpangkat Mejer,kapten,sarjan dan sebagainya telah menyertai para demonstran.Kebanyakan dari unit Infantri dan Kereta Kebal Mesir.

Lewat petang tadi al jazeera melaporkan Mubarak sudah meninggalkan Mesir dari Lapangan Terbang Kaherah menggunakan pesawat tentera.

Terkini Mubarak letak jawatan dan tentera mengambil alih kuasa di Mesir.

Episod pertama mesir sudah tamat..Adakah rejim Mubarak benar benar tumbang?

Episod kedua bakal muncul dengan tidak kurang juga hebatnya selepas ini!

Hosni Mubarak tinggalkan Mesir

KAHERAH, 11 Feb — Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.

Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.

Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.

Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.

Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.

al jazeera

Mesir Akan ‘MELETUP’


Rakyat Mesir mengangkat tangan tanda bantahan ketika mendengar ucapan Presiden Hosni Mubarak yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen ketika berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. Mubarak mencetuskan kemarahan apabila berkata beliau akan menyerahkan kuasa kepada Naib Presidennya, Omar Suleiman tetapi penunjuk perasaan kecewa apabila menjangkakan pemimpin itu akan meletak jawatan selepas keadaan bertambah genting dua minggu lalu.

AFP melaporkan…

Kaherah:Pemimpin utama pembangkang Mesir, Mohamed ElBaradei memberi amaran semalam bahawa negara itu akan “meledak” dan meminta tentera supaya menyokong orang ramai selepas Presiden Hosni Mubarak enggan meletak jawatan.

Puluhan ribu rakyat berkumpul di tengah Kaherah Khamis, menaruh harapan supaya Presiden itu mengumumkan dia akan meletak jawatan tetapi sebaliknya mendengar bahawa Mubarak menyerahkan kuasa Presiden kepada Timbalannya, Omar Suleiman.

Mereka dijangka melancarkan tunjuk perasaan terbesar di Mesir hari ini bagi menuntut supaya Mubarak melepaskan jawatan dengan segera selepas dia menyerahkan kuasa kepada Suleiman tetapi enggan meletak jawatan.

Sambil menyifatkan ucapan Mubarak sebagai “penipuan” besar, ElBaradei memberitahu CNN bahawa penunjuk perasaan “amat marah” kerana apa yang mereka harap supaya Mubarak menyerahkan kuasa kepada kerajaan perpaduan akan membawa Mesir ke arah demokrasi.

“Tiada seorang pun rakyat Mesir yang bersedia untuk menerima Mubarak atau timbalannya. Apa yang saya bimbangkan kini akan mencetuskan keganasan,” katanya.

ElBaradei meminta pihak tentera supaya menyelamatkan negara itu daripada huru hara.

%d bloggers like this: