Tag Archives: Hishammuddin Hussein

Cerita Mukhriz Mahathir Kena “Bungkus”


pasukan wawasan

Ramalan awal dari blog ini tepat..

Team Wawasan berjaya mengalahkan pasukan trio.

Apa sebab utama kekalahan Mukhriz ?

Dari awal lagi “restu” Presiden Umno (Baru) perlu diikuti..

Team Wawasan sudah berakar dan memonopoli jumlah undi sejak dari pemilihan yang lalu.Kata beberapa pengalisa politik Team Wawasan suudah tersusun sejak zaman Pak Lah lagi.

Itulah ‘budaya’ dalam Umno. Perhatian Presiden Umno umpama ‘wahyu’ yang perlu ditaati.

UMNO 2013: Zahid, Shafie, Hishammuddin kekal Naib Presiden

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafiie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kekal mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013/2016.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi.

Setakat jam 1.40 pagi ini, Zahid memperoleh 185 daripada 191 undian, diikuti Shafie (174), Hishammuddin (100) dan Datuk Mukhriz Mahathir (91).

Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad pula masing-masing memperoleh tujuh undi.

Pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi membabitkan 146,500 perwakilan dari 191 Bahagian.

BH

 

Jom Meriahkan KL Dengan Baju Kuning esok


Kita turun sebagai warga merdeka

“Walau apa pun terjadi, kita akan terus mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai jam 2.00 petang!”, kata Bersih.

Begitulah nampaknya! Sudah cukup rasanya Bersih dikhianati dan diaibkan oleh kerajaan yang kini telah hilang maruah diri!

Dalam satu kenyataan tegas yang dikeluarkan lewat semalam, Bersih bertegas, “walau apa pun terjadi, kita akan terus mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai jam 2.00 petang!”

Inilah jawapan terakhir Bersih untuk menangkis segala halangan, amaran dan alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk menyekat perhimpunan Bersih di stadium.

Bersih tetap terus mengadakan perhimpunan walaupun berpindah lokasi dari demonstrasi di jalan raya ke stadium ekoran dari campurtangan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan selepas Najib menawarkan stadium sebagai lokasi untuk perhimpunan itu.

Dan adalah sesuatu yang sungguh memeranjatkan apabila Najib dan kerajaannya pusing 360 darjah dalam tempuh sehari sahaja.

Baru petang Selasa lalu (5 Julai) Bersih menghadap Seri Paduka ketika mereka menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium bagi menyelesaikan kemelut di antara Bersih dengan kerajaan.

Dalam menangani isu ini kerajaan Barisan Nasional kelihatan sungguh panik apabila terserlah dari tindak tanduk mereka dengan membuat beberapa tangkapan bagi menghalang demonstrasi jalanan.

Ketika Bersih bersetuju untuk tidak mengadakan demonstrasi jalanan, Najib segera menyatakan kesudiannya untuk bertemu dengan Bersih mengenai stadium yang sesuai untuk tujuan itu.

Pada hari berikutnya, Rabu (6 Julai), Bersih menyatakan hasratnya untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka berdasarkan tempat itu mempunyai kesan sejarah dan kedudukannya yang strategik.

Bersih turut menyatakan bahawa mereka yakin stadium itu boleh digunakan pada 9 Julai memandangkan konsert yang dijadualkan esok telah dibatalkan.

Penentangan dari Pemuda Umno

Tetapi Pemuda Umno lantas berkata, “kami menentang penggunaan Stadium Merdeka oleh Bersih. Ini bukan tempat untuk perhimpunan politik.  Lakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.”

Seterusnya pihak pengurusan stadium menolak permohonan Bersih dengan alasan ada “acara sukan staf pengurusan” dan “penambaikan stadium”.

Apa yang Perdana Menteri, yang bersetuju perhimpunan itu diadakan di stadium, katakan berhubung perhimpunan di Stadium Merdeka?

Beliau berkata terpulanglah kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menangani isu ini untuk bertindak mengikut keperluan keselamatan dan ketenteraman negara.

Najib menekankan bahawa kelulusan hanya akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar tetapi Bersih tidak pernah berdaftar maka ianya sebuah pertubuhan haram.

Beliau tidak pula menunjukkan tanda-tanda bahawa Bersih boleh mendapat kelulusan untuk menggunakan stadium itu.

Kemudian Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang telah pun mengisyitharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram, membuat pengumuman yang mengejut dan memeranjatkan.

Katanya, Bersih masih haram walaupun isu ini berjaya diatasi mengikut kehendak Perdana Menteri di mana Seri Paduka bertindak sebagai orang tengah.

Hishammuddin berkata, “mereka telah diharamkan.  Tidak ada sesiapa yang boleh meletak mereka di atas undang-undang.  Hanya kerana Seri Paduka bertemu dengan mereka, ini tidak bermakna mereka tidak lagi haram.”

Walaupun ianya dianggap sebuah pertubuhan haram, Hishammuddin membuat kenyataan bahawa Bersih masih boleh membuat permohonan untuk mendapatkan permit polis untuk mengadakan perhimpunan itu tetapi tidak memberi jaminan bahawa permit itu akan diluluskan.

Bersih dikhianati

Akhirnya pintu untuk Bersih mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur telah ditutup apabila Menteri Penerangan, Kesenian dan

Kebudayaan Rais Yatim mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan untuk mengharamkan Bersih dari mengadakan demonstrasi di mana-mana stadium di sekitar Kuala Lumpur.

Sebaliknya, Rais mencadangkan supaya Bersih mengadakan perhimpunan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sementara itu, tekanan polis terhadap penyokong Besih berterusan, menahan siapa saja yang memakai baju T bewarna kuning atau membwa apa saja cenderahati atau bahan berkaitan Bersih.

Setakat ini, terdapat lebih 200 tangkapan telah dibuat, termasuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.  Setengahnya didakwa di mahkamah manakala yang lain didakwa di bawah akta zalim, Ordinan Darurat 1969 yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara yang secara tradisinya digunakan untuk membendung kegiatan jenayah maksiat.

Menteri-menteri dan pihak polis memberi amaran bahawa walaupun kelulusan untuk mengadakan perhimpunan di stadium diluluskan tetapi sesiapa sahaja yang menyokong Bersih termasuk memakai baju T kuning akan dtahan.

Undang-undang karut-marut 

Maka, Bersih telah dipermainkan!

Bersih berkompromi dengan melepaskan hasratnya untuk mengadakan demonstrasi jalanan adalah atas dasar hormat kepada Agong dan bagi memenuhi kehendak Perdana Menteri.

Tetapi sebagai balasannya, Bersih dinafikan penggunaan stadium untuk perhimpunan aman itu.  Para penyokong terus diburu dan didakwa melalui salah guna polis yang berleluasa dan berselindung disebalik undang-undang yang didakwa sah.

Hishammuddin mendakwa Bersih sebuah pertubuhan haram kerana ianya tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan maka mana-mana bahagian atau aktiviti yang mempromosi Bersih adalah haram, termasuk demonstrasi jalanan.

Tetapi ini betul-betul merupakan undang-undang yang karut.

Bersih bersifat sementara dan gabungan yang longgar melibatkan 62 buah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar, yang bersama-sama turut bekerjasama menuntut reformasi pilihan raya bersih dan adil.

Jika NGO-NGO ini merupakan entiti yang berdaftar, bagaimana mungkin mereka menjadi haram hanya kerana mereka bersatu padu dalam mencapai objektif yang murni?

Jika Bersih diharamkan maka kesemua NGO dalam kumpulan ini juga dianggap haram dan termasuk ahli-ahli yang menganggotai NGO -NGO ini.

Begitu juga, dengan mana-mana kumpulan yang berdaftar yang menyertai perjuangan yang mempunyai matlamat bersama juga mesti dianggap sebagai haram termasuk Pakatan Rakyat, yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP.

Kenapa Hishammuddin tidak mengharamkan Pakatan Rakyat dan mengisytihar matlamat bersama mereka juga haram?

Bolehkah Hishammuddin menjelaskan kenapa pihak polis masih memburu dan menangkap individu-individu yang memakai simbol Bersih, gabungan yang diakui sah oleh Perdana Menteri sendiri ketika menawarkan stadium sebagai tempat alternatif?

Bukankah seluruh jentera kerajaan Barisan Nasional – Perdana Menteri, kabinet, polis dan kehakiman – menunjukkan kebodohan mereka apabila mendakwa gerakan-gerakan massa ini dengan memperalatkan undang-undang yang direkacipta?

Tidak menghormati Agong

Tetap dengan pendiriannya bahawa Bersih adalah haram walaupun persetujuan telah dicapai dengan PM di bawah naungan Seri Paduka, bukankah ini bermakna Hishammuddin telah mencemar ke bawah duli Tuanku dan menghina Agong serta sekaligus tidak menghormati dua pemimpin tertinggi di negara ini?

PM pula kelihatan seolah-olah mempersenda usaha murni Seri Paduka untuk mencapai persetujuan apabila Najib tidak mematuhi janjinya sendiri untuk membenarkan Bersih meneruskan perhimpunan aman itu.

Ditengah-tengah pengkhianatan para pemimpin BN, kita ingin merakamkan tahniah kepada Bersih di atas tekad dan keazaman mereka untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Dalam satu kenyataannya yang ditandatangani oleh kesemua 14 ahli jawatankuasa pemandu semalam, Bersih berkata,

“Sebagai anggota masyarakat yang komited dengan prinsip integriti, kami bertekad untuk mematuhi arahan Seri Paduka dan akan menganjurkan perhimpunan kami dalam stadium bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

“Sama ada kerajaan akan mematuhi prinsip mereka atau tidak, kami sebagai rakyat Malaysia akan memegang kepada prinsip kami.  “Keazaman dan tekad kami untuk menggunakan hak kami yang dijamin dalam perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi memperjuangkan matlamat yang murni dan adil ini tidak pernah luntur.”

Memandangkan Bersih kini mengendalikan operasinya dengan berhemah, kita juga harus memberi respon dan kerjasama sepertinya.

Inilah masanya untuk kita bangun untuk menuntut hak kita – kebebasan dan maruah serta hak kita untuk menentukan masa depan kita sendiri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Marilah kita keluar beramai-ramai dengan memakai serba kuning dan biarlah pengkhianat-pengkhianat negara tenggelam dalam lautan kuning di Kuala Lumpur esok.

Jadikan 9 Julai sebagai satu tarikh yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang sebagai hari di mana rakyat Malaysia akhirnya bangkit untuk menuntut hak mereka daripada cengkaman pemerintah yang zalim.

fmt

Gempar: Najib Rogol Rosmah


Aku ni bukan pandai pun bab internet sekenet blog dan alam siber ni..

Cuma malam ni aku pun jadi terperanjat beruk kata orang muda laa ni..

Pasai apa…cer habaq mai sat..

Bila aku gukgak gukgek blog punya search engine…ini yang aku jumpa dia orang cari dari SEO yang telah menghantar depa ke blog ini..

najib rogol rosmah   today 20 search , yesterday 18

tak taulah aku apa tujuan depa punya search tu…

Hemmmm…apa hangpa nak kata pulak…

Laa ni mai kita tengok video apa pandangan anak muda mengenai BERSIH

baguih baguih baguih…hahaha

Anwar Saman Hishamuddin Pulak Kes Video Fitnah


Tuduhan Najib,Hishamuddin dan polis terbabit mengedarkan video seks 

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan “Datuk T”.

Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.

“Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.

“Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac,” kata peguam  Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.

Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

“Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab,” katanya.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

“Itu strategi… dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut,” katanya.

Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar (gambar) dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.

tmi

KDN Ada Maklumat Peluru Berpandu China


KDN mempunyai maklumat Syarikat Malaysia dikawal oleh Iran dalam urusan membeli teknologi peluru berpandu China

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai maklumat mengenai dua syarikat berpangkalan di Malaysia yang didakwa Amerika Syarikat (AS) sebagai firma yang dikawal oleh rangkaian Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berkata maklumat mengenainya tidak boleh didedahkan sehingga pihaknya mendapat pengesahan dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan.

Oleh kerana implikasi laporan AS itu agak serius, ia akan ditangani menerusi pendekatan terbaik dengan mendapatkan kerjasama semua pihak terutama agensi risikan luar yang mempunyai hubungan erat dengan Malaysia. Sebarang isu merentasi sempadan perlu juga membabitkan pihak lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Wisma Putra selain membabitkan dasar dan hubungan dua hala, pelbagai hala… semua itu perlu diambil kira sebelum kita membuat sesuatu pendirian dan kenyataan.

Kita tidak lagi boleh bekerja bersendirian, lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin sempit… tanpa sempadan, katanya di Lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas laporan memetik Wikileaks sebagai berkata AS menamakan dua firma Malaysia terbabit dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

AS pada Februari 2009 melalui pejabat kedutaannya di Beijing meminta China menyekat sebuah firma negara itu daripada menjual giroskop, satu elemen bagi peluru berpandu kepada Electronics Components Ltd yang berpejabat di Malaysia.
Wikileaks adalah sebuah laman web yang memberi maklumat dalam pelbagai perkara termasuk yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi.

Hishammuddin berkata, setakat ini beliau belum menerima laporan terkini mengenai dua firma itu dan akan berbincang dengan polis dalam tempoh terdekat.

Syarikat Electronics Component Limited, (ECL), bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, dilaporkan sebahagian daripada rangkaian syarikat hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan ‘barangan sensitif’ bagi pihak ‘entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

Skylife Worldwide dilaporkan kini disiasat oleh polis.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta meneliti mewujudkan jawatan jurucakap khas kepada Ketua Polis Negara untuk memberi maklumat kepada media dan orang ramai dalam kes berprofil tinggi.

Katanya, langkah itu dapat memastikan PDRM akan bertanggungjawab memastikan siasatan dijalankan dengan telus, kenyataan dikeluarkan tidak menjejaskan siasatan, di samping memastikan penjenayah yang didakwa di mahkamah mendapat hukuman setimpal bukti diperoleh.

Setiap hari polis mengendalikan kes sensasi yang jika tidak diuruskan dengan baik boleh menenggelamkan usaha lebih besar dilakukan pihak berkuasa dalam mengurangkan indeks jenayah.

Jika kes berprofil tinggi dijawab pegawai bawahan bukan dari Bukit Aman, mungkin media tidak akan berpuas hati. Ini pendekatan baru sebagai tambah nilai kepada pusat media yang dibuka di Bukit Aman baru-baru ini, katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun kementerian itu mempunyai sistem kawalan keselamatan data pertahanan negara yang ketat, namun masih ada lagi sesetengah pihak yang cuba menceroboh dan membocorkan rahsia itu kepada umum.

Katanya, sejak penubuhan kementerian itu, ada penggodam yang sentiasa mencari jalan untuk menembusi sistem keselamatan itu bagi kepentingan tertentu.

“Kita sentiasa meneliti jika maklumat-maklumat pertahanan negara terkeluar daripada simpanan.

“Ini kerana saya fikir tidak ada mana-mana pemimpin bersetuju jika maklumat pertahanan keselamatan keluar sebagai satu dokumen yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat kementeriannya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks berhubung maklumat diklasifikasikan sebagai sulit negara atau organisasi kepada umum.

NONEAhmad Zahid berkata, kementeriannya akan melakukan penyiasatan terperinci terhadap laporan itu dengan kerjasama Kementerian Luar bagi meneliti aspek undang-undang yang boleh dilakukan dan diambil bagi menghentikan aktiviti itu dijalankan.

“Seperti apa yang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata semalam, kita akan siasat kesahihannya.

“Jika ia membabitkan mana-mana syarikat yang didaftarkan di dalam Majlis Industri Pertahanan, Keselamatan dan Penguatkuasaan, kita akan ambil langkah tertentu supaya tidak melanggar piagam dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau aktiviti dalam dan luar negara yang dilihat membahayakan keselamatan dari segi pendedahan maklumat atau kebocoran dokumen sulit pertahanan negara.

bh/mk

%d bloggers like this: