Tag Archives: Himpunan belia 1 juta

Kah kah Kah Belia 1 juta Kena Tipoo..Nasik Ayam 6 Ringgit!


Peniaga pada himpunan belia tak letak tanda harga, guna bahan polisterin

PUTRAJAYA: Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!

Itulah harga sesetengah makanan yang dijual di medan selera sempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 berakhir semalam yang mengejutkan kebanyakan pengunjung kerana dianggap tidak masuk akal.

Ramai kecewa kena tipu hidup hidup

Kebanyakan pengunjung yang ditemui kecewa dengan tindakan peniaga itu tetapi pada masa sama meletakkan tanggungjawab terhadap penganjur kerana mungkin mengenakan sewa terlalu mahal kepada peniaga terbabit yang akhirnya memindahkan kos itu kepada pengguna.

Tinjauan Berita Harian mendapati selain menjual makanan terlalu mahal, peniaga juga didapati tidak meletakkan tanda harga selain sebahagian besar menggunakan pinggan polisterin yang diharamkan di sesetengah tempat kerana tidak mesra alam sekitar dan kesihatan.

Seorang suri rumah dari Desa Pinggiran Putra berkata, beliau terkejut apabila terpaksa membayar RM20 bagi empat pinggan char koteow, RM8 bagiair bancuh dan RM9 bagi tiga jantung jagung bakar ketika menjamu selera bersama tiga ahli keluarga pada Jumaat lalu.

Akibat tiada tanda harga, kebanyakan pelanggan hanya “melopong”apabila hendak membayar kerana menyangka harga makanan adalah pada kadar biasa.
Bagaimanapun, harga makanan syarikat francais tidak dinaikkan.
Peniaga kerepek dari Kluang Johor, Ramli Kamal, 43, berkata sewa untuk tapak berkhemah berkeluasan 120 meter persegi ialah RM3,000 untuk tiga hari.

“Kebanyakan peniaga di sini ialah kecil-kecilan dan memang mereka terpaksa naikkan harga jualan untuk menampung kos.

“Kami sedar yang datang kebanyakannya remaja tetapi apa boleh buat kerana peniaga terpaksa menjaga kosnya,” katanya yang meminta sewa khemah jualan dikurangkan pada tahun depan.

Nor Akmaliyah Mohd Zainal, 17, dari Johor yang menyertai himpunan itu berkata beliau membayar RM5 bagi sepinggan char koteow dan RM2 untuk segelas air bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1.

“Saya terkejut kerana makanan terlalu mahal dan mereka tidak sepatutnya buat begitu, kami yang masih belajar bukan bawa duit banyak.

“Kalau saya tahu, tentu saya makan di tempat lain,” katanya.
Pekerja swasta, Shahrul Sahab, 26, berkata peniaga bertindak demikian mungkin kerana sewa tapak yang mahal.

Beliau berkata, tidak masuk akal harga minuman bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1 di pasar malam dinaikkan hingga RM2.

Cuaca panas membuatkan minuman seperti itu laris dan memberi pulangan lumayan kepada peniaga.

“Sepatutnya penganjur dan pihak berwajib mewujudkan harga makanan seragam dan peraturan meletakkan tanda harga perlu diwajibkan seperti biasa,” katanya.

Himpunan itu bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.
samadi ahmad

%d bloggers like this: