Tag Archives: Harga Gula Naik

Naik Harga: Anwar Dakwa “Taikun” Gula Untung 1 Bilion RM


sugar

Anwar dakwa syarikat gula untung 1 bilion

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa penghapusan subsidi 34 sen sekilogram bagi gula memberikan keuntungan sebelum cukai syarikat monopoli gula sehingga RM1 bilion dengan lonjakan keuntungan 20% hingga 25%.

Ketua Pembangkang itu berkata, penghapusan subsidi itu hanya menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM551.25 juta.

“Apa yang menjadi pertanyaan kita ialah mengapa korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga gula,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, liberalisasi gula perlu dilakukan untuk mengelak monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pemotongan subsidi dengan penyertaan syarikat baru.

Anwar berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal mengimbangi pengurangan subsidi dengan sejumlah RM7.29 bilion subsidi dikurangkan bagi 2014 dengan RM39,408 bilion berbanding RM46.698 bilion pada 2013.

“Potongan subsidi sebanyak RM7.29 bilion jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014. Kesimpulannya, perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip oleh kerajaan ini masih akan dibiayai oleh penerima BR1M kerana pengurangan subsidi walaupun BR1M ditambah,” katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penghapusan subsidi gula secara serta-merta. – 28 Oktober, 2013.

tmi

Gula Naik lagi 20 sen..TQ Bn


Terima kasih kepada pucuk pimpinan negara yang tersangat prihatin kepada masalah rakyat.

Esok naikkan pulak harga minyak petrol ron95 kepada rm2.50 kupang seliter.

Lesen pengimpot gula eloklah biar kock brothers monopoli sorang sorang,jangan duk bagi orang lain ada lesen gula.

Konsortium Melayu biar depa makan pasir..kerajaan tak perlu bagi lesen apa pun kat depa…kata sorang tu ( orang melayu bukan pandai berniaga).

‘Pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan’

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

“Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat,” kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai “4-dalam-1” itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan “5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itumkini

%d bloggers like this: