Tag Archives: hantaran

Gambar Suami Syella Yang Sebenar !


Musa Hasan bukan suami Syella

Semalam aku dah kata suatu hari gambar sebenar siapa suami syella pasti akan terbongkar jugak.

Nah sekarang ‘orang media’ sendiri’ yang membongkar..hahaha

Bertuah laa orang tuu, aku ulangi sekali lagi selamat pengantin baru dan selamat berbahagia hendaknya..

Cuma satu jer aku suka kata dah kawen elok elok tuu tak payah laa duk sembunyi sembunyikan sehingga menimbulkan berbagai spekulasi dan andaian..agama tak suruh macam tu laa.

ini kata ‘orang media’ tu..

Sebenarnya tak apa jika kita mahukan privacy tetapi pada Hani, bila sudah dihebahkan tentang kos atau hantaran berjuta juta lemon tu, ia bagai mengundang rasa riak. Maafkan Hani kalau bunyinya kasar. Apatah lagi, bila orang pertikai mengenai kereta Mini Cooper tu, lekas lekas Syella menafikan itu kereta yang diterimanya sebaliknya ia sekadar bersifat sementara, kerana menunggu kereta Audi yang ditempah tak sampai sampai.

Betulkan ayat Hani ni kalau silap tetapi bukan ke semua yang kita miliki di dunia ni kan memang bersifat sementara.

Pada pendapat Hani yang masih single ni, macam tak manis dihebahkan demikian rupa sehingga mengundang pelbagai telahan / cakap cakap termasuk melibatkan bekas Ketua Polis Negara. Perkahwinan dalam Islam itu kan satu ibadah, satu perkara yang suci, kenapa pulak hanya gambar si isteri sahaja disiarkan.

Syella perlu faham, kalau dah ditulis hantaran berjuta ringgit, mestilah orang nak tahu. Kalau hantaran RM8,000 ke, orang tak peduli pun apatah lagi Syella dah lama pudar dari industri.

Yelah, bukan setiap hari kita dengar orang kahwin berjuta ringgit kan. Kalau di Indonesia mungkin hari hari sebab berjuta rupiah kan. Di India pun sama. Mesti orang tak heran sikitpun!

Sejak foto persandingan Syella tersebar di pelbagai blog termasuk blog politik yang menyiarkan wajah suami wanita ini, ia dah jadi seperti pertandingan ‘mari teka siapa’.

Hani yang kenal Tan Sri Musa ni pun tergelak sebab biarpun ditutup wajahnya, Hani tahu itu bukan Tan Sri Musa sebab beliau tinggi orangnya, tetapi dalam gambar tu agak pendek.

Apapun, Hani ucapkan tahniah pada Syella dan suami – orang kuat Proton tetapi tentunya bukan Pengarah Urusannya, haa yang ni Hani kena tulis sebab kat internet ni, orang suka betul meneka dalam kesamaran.

Dan terima kasih pada Abang Nara kerana memberi peluang pada Hani untuk menulis bagi laman paling best ini.

Hani Marissa.beutifulnara.com

Hantaran Rita RM30,000


Majlis pertunangan Erni Dekritawati Yuliana Buhari dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah malam tadi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26 dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, malam tadi.

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak, dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim serta suami.
Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba jam 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Pertunangan Erni Dekritawati Yuliana atau Rita dengan Kamarulazlan yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Mashitah menamatkan spekulasi berkaitan lelaki pilihannya kerana Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa individu. Difahamkan, jumlah hantaran yang bakal diterima Rita pada majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung 4 Disember depan ialah sebanyak RM30,000 serba satu manakala majlis persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember.
Kisah peribadi Rita mula menjadi perhatian umum selepas ibunya bersama tiga yang lain, dibunuh kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke sungai dalam kejadian di Ladang Gadong, Banting, pada Ogos tahun lalu.

Oleh Abdullah Wahab dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

HM

%d bloggers like this: