Tag Archives: Haji

Gambar Hajjah Rosmah dan Haji Najib Yang Dinantikan


.

.

.

Rakyat Malaysia menantikan kepulangan Tuan Haji Najib dan First Lady Hajjah Rosmah dengan kesabaran untu melihat adakah jambul bik mama akan hilang setelah menunaikan fardhu haji.

Nampaknya seperti telahan beberapa blogger otai adalah tepat..Anda dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri ‘PERUBAHAN’ itu.ini bukan gambar super impose.

Blog ini juga berharap akan dapat menyaksikan perubahan pada jambul Hajjah Rosmah pada posting yang lalu. Apa pun segala yang berlaku itu adalah pilihan masing masing..Semuanya berada dalam ‘ilmullah‘.

wallahu aa’lam.

Kisah Haji Najib dan Haji Malcolm X di Mekah


Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.

“Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah.

“Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi.

Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk  Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno.

Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini.

“Malcolm X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat,” katanya.

Malclom X atau nama sebenarnya, El-Hajj Malik El-Shabazz adalah pemimpin Islam Afrika yang terkenal di dunia dan meninggal dunia pada 21 Februari 1965.

Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22667

Ambik Kau: Pencacai Umno Kena ‘Bangang’ dengan Anwar


Tuan Haji Anwar jawab tohmahan haji pencacai Umno

Sejak Najib berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah dan haji, timbul sindiran dan cakap-cakap berunsur fitnah daripada pencacai UMCO di laman sosial dan di blog  kononnya DSAI belum menunaikan haji. Berkokoklah mereka dengan sekuat-kuatnya, maklumlah idola mereka kini berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Antara kata yang dilemparkan termasuklah: “Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?” Bukan sahaja memfitnah tentang haji, malah jurublog penyokong UMCO tegar ini turut mengaitkan DSAI dengan fitnah video lucah yang kononnya berlaku di Bangkok.
Sila lihat paparan skrin di bawah ini:
Tohmahan pencacai UMCO itu dijawab oleh DSAI di Twitternya hari ini. Dalam mesej balasnya kepada seorang pengikut, DSAI menyatakan bahawa beliau sudah 2 kali menunaikan haji. -DCM
Nota : Buat kerja haji tak payah heboh heboh laa.
%d bloggers like this: