Tag Archives: Guru

Gila: Guru Wanita Kena Cekup Ada ‘Hubungan Terlarang’ dengan 11 Pelajar


Guru Berasmara dengan 11 pelajar lelaki

COVINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang guru wanita berusia 41 tahun dituduh mengadakan hubungan seks dengan 11 orang pelajarnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pihak pendakwa raya AS percaya guru berkenaan, Cindy Clifton akan dikenakan lebih banyak dakwaan berhubung jenayah terhadap pelajar bawah umur berbanding guru-guru lain di AS sejak sedekad lalu.

Dia kini berdepan 53 tuduhan yang membawa hukuman penjara lebih 60 tahun.

Polis berkata, Clifton menggunakan minuman keras untuk mengumpan remaja-remaja terbabit sebelum dia melakukan hubungan seks dengan mereka di kediamannya di sini, negeri Tennessee.

Clifton didakwa berasmara dengan 11 pelajar berlainan antara bulan April dan Julai tahun ini.

Menurut polis, kebanyakan pelajar terbabit merupakan rakan-rakan anak perempuannya.

Semua mangsa Clifton berusia antara 14 hingga 17 tahun dengan sebahagian mereka ialah pelajar di sekolah Crestview tempat guru berkenaan mengajar.

Polis di sini melancarkan satu siasatan pada Ogos lalu selepas pengetua sekolah berkenaan membuat aduan berhubung perilaku tidak bermoral membabitkan Clifton.

Selepas tiga bulan siasatan dilakukan, pihak berkuasa mengenakan 53 pertuduhan terhadap Clifton.

Peguamnya bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut. Beliau menyatakan Clifton ialah seorang isteri yang setia, guru yang berdedikasi dan kerap menghadiri upacara keagamaan di gereja.

Clifton menangis apabila gambarnya dirakam semasa dalam tahanan polis.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$40,000 (RM126,100) tetapi diperintahkan supaya hadir di mahkamah semalam untuk berdepan 53 dakwaan terhadapnya termasuk jenayah rogol dan memberikan alkohol kepada remaja bawah umur.

Pada minggu lalu, seorang guru wanita berusia 33 tahun di negeri Ohio, Stacy Schuler dipenjara selama empat tahun selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan lima pelajarnya.

Dia didapati bersalah atas 16 tuduhan jenayah seks selepas seorang juri di Cincinnati menolak alasan tertuduh bahawa dia kurang siuman.

Agensi

Ada Lagi…’Cikgu Terlampau’ Pulak dah


Kontraktor dan guru kena cekup khalwat

Gara-gara tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih sedang berasmara di dalam sebuah rumah di Kampung Batu 9, di sini, dicekup penduduk, polis dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, pagi kelmarin. Gambar Hiasan.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Baru Batu 9, Ahmad Baharom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki yang menjadi port melepaskan nafsu mereka.

Menurutnya, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihannya tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu tidak ada di rumah, memaksa kami memecahkan pintu depan rumah yang dikunci dari dalam kerana pasangan itu enggan beri kerjasama.

“Lelaki berusia 30-an adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun berasal dari Terengganu, adalah seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Setapak Kuala Lumpur” katanya ketika ditemui pemberita.

Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukkan dokumen mengatakan mereka pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jaipk Hilir Perak.

Pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan akhbar hanya boleh dibuat Pegawai Penguatkuasa di lbu pejabat Jabatan Agama lslam Perak di lpoh.

Gb

Nota: Kan dah kantoi, keluarga suruh kawen cepat cepat buat dekkk jer

Janji TPM Kecewakan 400,000 Orang Guru


Lebih dari 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

“Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi “teras” pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan “tonggak” pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernamamengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

“Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah,” katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai,” katanya.

mKini

Nota: Eloklah para guru beralih sokongan kepada PR pulak,kita tengok janji Buku Jingga untuk menambahkan elaun guru sebanyak rm500 sebulan!

%d bloggers like this: