Tag Archives: Google

‘Angry Birds’ Edisi Malaysia Sudah Datang


Jangan biarkan hak anda dicuri 

Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini mencontohi semangat juang burung-burung yang menentang pencuri dalam permainan Angry Birds.

Dalam satu kenyataan sempena ulangtahun kedua Angry Birds, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan menyifatkan Angry Birds sebagai permainan yang mengajar rakyat agar bangkit berjuang menghapuskan kezaliman.

“Slogan ‘Jangan Curi !!’ dalam permainan itu adalah simbol kemarahan rakyat terhadap empat pengkhianatan pemimpin terhadap rakyat di Malaysia.

“Ianya adalah penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum, penyelewengan Felda dan langkah penyenaraian Felda Global Ventures yang menggadai nasib peneroka, keraguan daftar pemilih oleh SPR sebagaimana didedahkan oleh Pemuda PAS dan kontroversi projek National Feedlot Centre bernilai RM250 juta sebagaimana dilapor Ketua Auditor Negara”, katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Pengarah Institut Polisi Studi dewan itu, Mohd Syahir Sulaiman pula berkata, rakyat negara ini wajar mengambil semangat sama demi menentang budaya korupsi dan pecah amanah di kalangan pemimpin negara.

Angry Birds katanya memberi inspirasi perjuangan mempertahankan hak dengan semangat yang ditunjukkan secara kreatif dan penuh tekad berusaha untuk mendapatkan kembali telur mereka yang dicuri.

“Pada setiap peringkat, Angry Birds perlu meningkatkan keupayaan untuk memecahkan tembok dan helah oleh si pencuri untuk berselindung.

“Ini mengajar kita tiga perkara iaitu; rakyat perlu bangkit menentang kezaliman, pencuri akan ditentang dan pihak yang benar pasti akan mengalahkan pihak yang salah”,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ‘Angry Birds’ adalah salah satu daripada carian Google paling popular di kalangan rakyat Malaysia, yang berjaya memecah rekod tertinggi di dalam sejarah permainan video dengan jumlah muat turun melebihi 500 juta, hasil idea permainan yang santai, interaktif, dan mempunyai makna tersendiri.

Hd.

Google Musnahkan Laptop



IMEJ di laman YouTube menunjukkan komputer riba Chrome OS dirosakkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menggunakan alat pembakar roti yang dihempaskan ke arah papan kekunci komputer itu.

Walau komputer musnah tetapi data tidak hilang

LOS ANGELES – Enjin carian Internet terkemuka, Google menyiarkan satu rakaman video di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan sebanyak 25 buah komputer riba Chrome OS keluarannya dirosakkan dengan pelbagai cara, lapor sebuah akhbar semalam.

Komputer riba itu dirosakkan bagi membuktikan bahawa data di dalamnya tidak akan hilang.

Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan melemparkan cawan kopi, terkena aiskrim dan dihempas ke dinding.

Data yang dihasilkan oleh pengguna tidak akan hilang kerana pendekatan yang diaplikasikan dalam komputer tersebut membolehkan data disimpan secara dalam talian.

Seorang pengguna YouTube menulis komen: “OK, saya faham. Saya tahu apa makna dalam talian, sila hentikan perbuatan membunuh komputer riba.”

Sebahagian pengguna memuji tindakan Google menggunakan aplikasi itu walaupun keperluan sambungan Internet mungkin menjadi masalah utama.

ksm/Agensi

Billionaire SEGERA!


Terus Jadi bilionair bila jual laman web


LAMAN web Groupon milik Andrew Mason.

LONDON – Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion).

Agensi

%d bloggers like this: