Tag Archives: Gaza

Berhibur Dengan Waliband di Kelantan


KOTA BHARU, 31 Dis: Anggota kumpulan band terkenal dari Indonesia, Wali Band begitu bersyukur dan berbangga apabila muncul sebagai band pertama yang diberi peluang membuat persembahannya di Negeri Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Salah seorang anggota kumpulannya, Apoi pada sidang medianya melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan kumpulan mereka bukan sahaja band pertama dari luar negara membuat persembahan, sebaliknya mendahului band dari negara ini sendiri.

Apoi yang bermain gitar seterusnya berharap kumpulan mereka dapat menghiburkan rakyat Kelantan.

“Konsep kami adalah berdakwah, jadi semoga kami dapat berdakwah sambil berhibur,”ujarnya.

Petang semalam anggota ini mengadakan sidang medianya disalah sebuah hotel di sini sempena program mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

Empat anggota anak muda ini akan menjayakan Bazaar 4 Gaza di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Anjung Tulus, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan negeri.

Petang ini Wali Band akan bersama para peminat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

H.daily

Tut -Tut Ganti Kaldai di Gaza


Tut Tut semakin popular di kalangan penduduk Gaza

BANDARAYA GAZA: Keldai semakin kurang digunakan oleh penduduk Gaza selepas kenderaan import Asia, gabungan motosikal dan trak pikap mini yang disebut tut-tut memikat warga tempatan.

Tut-tut mula diseludup dari Mesir sejak beberapa bulan lalu kini sering kelihatan di jalan sesak wilayah Palestin itu berikutan bahan bakarnya dikatakan lebih murah berbanding makanan yang perlu diberi kepada keldai. Sebahagiannya digunakan untuk mengangkut barang manakala yang lain dilengkapi dengan tempat duduk, kanopi pelbagai warna dan langsir untuk dijadikan sebagai teksi, bas sekolah atau van penghantar pizza.

Ia menandakan penduduk Gaza mampu menerima keadaan sukar, termasuk sekatan sempadan Israel dan pemerintahan pihak berkuasa kumpulan militan Islam Hamas.

Malah, tut-tut juga membantu mewujudkan beberapa pekerjaan sekali gus mengurangkan serba sedikit kadar pengangguran yang melebihi 30 peratus.

Ahmed Madhoun, yang berkata dia tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan mengajar kerana bukan penyokong Hamas, membeli tut-tut empat bulan lalu dengan harga AS$2,200 (RM7,040) atau gaji seorang buruh selama empat bulan.
Madhoun kini berpendapatan antara AS$8 (RM25.60) dan AS$14 (RM44.80) sehari dengan mengedarkan barangan kepada kedai dan menghantar catuan makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Minggu ini, Madhoun dan empat pemandu tut-tut lain berbaris di luar pusat pengedaran makanan PBB di kem pelarian Shati. Sejak beberapa bulan lalu, kereta keldai dilihat menunggu untuk membawa guni beras atau gandum di situ.

Ahli ekonomi, Mohsen Ramadan berkata kira-kira 20 peratus permohonan pinjaman di agensi mikrokewangan adalah untuk membeli tut-tut.

Namun, masa depan ekonomi keseluruhan di Semenanjung Gaza masih suram. Aktiviti ekonomi hanya mula meningkat selepas Israel menarik balik sekatan musim panas lalu berikutan kritikan antarabangsa terhadap serangan kapal membawa bantuan ke Gaza dan membenarkan barangan pengguna.

Ketika sekatan, penyeludupan melalui terowong di bawah sempadan Mesir menjadi kebiasaan di Gaza. Penyeludupan kini berkurangan kerana barangan pengguna kini datangnya dari Israel melalui darat. Tuk-tuk masih lagi penting melalui terowong kerana Mesir, tidak membenarkan perdagangan dengan Gaza.

Tut-tut mula muncul di jalan-jalan di Gaza dengan jumlah yang banyak beberapa bulan lalu, berikutan minyak seludup yang murah.

AP

%d bloggers like this: