Tag Archives: Gangguan Seksual

HOT: Ganggu Secara Seksual Bung Simpan Pistol


Betul ke Bung Mokhtar Raden kena ganggu secara seksual?

Bunyik macam lawak aja..Nak ganti MP Jerai yang jadi raja lawak parlimen ke?

Aku agak agaklah siapa yang pakai baju biru ni lagi lebih ganggunya pada bung Mokhtar tu..

Hiburan petang dalam Parlimen

Ahli parlimen kontroversi Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini mendakwa beliau menghadapi ‘ganguan seksual’ daripada beberapa kumpulan wanita berhubung kenyataannya bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalanraya.

Dakwanya, kenyataan beliau “diputar belitkan oleh pihak pembangkang” bagi menunjukkan sikapnya yang seksis.

“Selepas kenyataan saya diputar belitkan, saya menjadi fokus wanita di negara ini, termasuk kumpulan-kumpulan wanita.

“Saya mohon bantuan speaker kerana ini ganguan seksual ke atas saya,” katanya semasa perbahasan soalan tambahan.

Bung menafikan kenyataannya sebelum ini menjadikan wanita sebagai sasaran. Katanya, beliau hanya menekankan berhubung jumlah kemalangan yang tinggi antara tahun 2000 dan 2009, iaitu pada 370,000 kes.

“Sebab itu saya kata JKR (Jabatan Kerja Raya) perlu memastikan jalan-jalan kita mesti diturap tar. Kita mahu jalan tetapi jika ia mengakibatkan kemalangan, ini amat bahaya.

“Sebab itu, wanita tidak harus tersinggung. Saya tiada niat memperkecilkan (wanita). Wanita adalah anugerah Allah dan mesti dijaga sebaik mungkin…

“Tolong jangan anggap saya seorang seksis atau musuh anda. Saya jaga mereka (wanita) juga,” katanya sambil disambut gelak ketawa.

Joseph Sipalan

%d bloggers like this: