Tag Archives: FRU

Video Mahasiswa Menjawab Polis ‘Tidak Ganas’ di UPSI


Anak muda mahasiswa sambut tahun baru 2012 dengan suara lantang.

Seperti kisah Mat Sabu berdemo berulang lagi untuk menggegarkan kezaliman AUKU..

Anak muda bukan anjing..

Anak muda bukan hamba abdi..

Anak muda bukan kucing kurap..

Anak muda bangun menentang kezaliman AUKU..

Tahniah kepada anak muda era baru Malaysia !

Belasah Mahasiswa ,perlakuan FRU diluar batasan kemanusiaan

Fariz Musa, koordinator sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13, mengecam tindakan ganas polis yang di luar kewarasan kemanusian dan menuntut Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab atas tragedi membelasah mahasiswa di luar perkarangan Universiti  Perguruan Idris Shah (UPSI).

“Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya brutaliti dan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan FRU yang menangkap, membelasah dan mencederakan kumpulan aktivis dan mahasiswa.

“Tindakan biadap di luar kewarasan manusia ini langsung tidak dapat diterima mana-mana manusia yang berakal. Ia jelas sekali melampaui batas.

“Polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan, tergamak jadi alat penguasa.

“Datuk Seri Hishamuddin Hussin dan  Tan Sri Ismail Omar wajib bertangungjawab atas insiden itu,” kata Fariz pada kenyataan media, awal pagi ini.

Beliau mendesak semua 17 aktivis dan mahasiswa termasuk Setiausaha Jingga 13, Saifuddin shafi Muhammad yang turut ditahan, dibebas segera tanpa syarat manakala pampasan diberi kepada mereka yang cedera.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24941

Kompom Polis Patahkan Tulang Rusuk dan Gigi Baharuddin?


“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.

itu adalah kenyataan dari Polis sendiri bukan mat sabu atau anwar..maka jelaslah sekarang siapa yang menyebabkan kecederaan arwah Baharuddin.

paling pelik sekali ialah bukan nak tolong kawan tu tapi bantuan CPR apa kejadah tu ,sampai patah tulang rusuk ..dan satu lagi hangpa guna tiub stainless steel ka …sampai patah gigi kawan tu.

kenyataan saleh mat rasid sendiri….tak dak sapa sapa pun reka..

http://www.malaysiakini.com/news/170675

Video: Gas Pemedih Mata dilepaskan Tepat ke arah Peserta Bersih


Fayyadh mengalami kecederaan teruk akibat tembakan kanister gas oleh pasukan FRU di KL Sentral pada himpunan aman Bersih 9 Julai lalu

Bukti mangsa dan video

Meskipun berulangkali menafikan, terdapat bukti jelas menunjukkan Polis di Raja Malaysia melepaskan tembakan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Rakaman menunjukkan tembakan gas yang dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih di laluan bawah KL Sentral

Tembakan tersebut yang dilakukan secara mendatar ke arah orang ramai, menyalahi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan.

Terdapat beberapa rakaman yang disiarkan di internet terutama menerusi laman Youtube yang membuktikan perkara itu. Salah satunya rakaman video oleh sebuah portal berita.

Video berdurasi kira-kira 14 minit itu menunjukkan tembakan dilepaskan di dua tempat berasingan bermula di KL Sentral dan Dataran Merdeka.

Bermula minit ke 7:48, rakaman itu menunjukkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), menghalakan penembak gas tepat ke arah peserta yang berkumpul antara jarak 20 hingga 30 meter di KL Sentral.

FRU turut melepaskan tembakan secara mendatar di Dataran Merdeka

Mengikut pemerhatian dalam rakaman berkenaan, polis tidak mensasarkan tembakan pada paras 45 darjah ke udara seperti sepatutnya dilakukan, sebaliknya disasarkan pada paras hidung.

Sekurang-kurangnya tiga das pertama tembakan dilepaskan ke arah peserta himpunan dengan muncung senapang dihalakan terus ke arah mereka.

Bermula minit ke-8 pula, tujuh lagi das tembakan dilepaskan mengakibatkan orang ramai terperangkap di laluan bawah KL Sentral. Keadilandaily difahamkan dua arah laluan berkenaan pada masa itu telah pun dikepung pasukan FRU.

Visual polis menembak terus ke arah ratusan peserta himpunan berhampiran Dataran Merdeka pula ditunjukkan bermula pada minit ke-12.

Polis tanpa teragak-agak turut melepaskan tembakan kanister termasuk ke arah seorang orang kelainan upaya (OKU) bertongkat yang turut sama berhimpun di situ.

orang ramai yang terperangkap di laluan bawah KL Sentral akibat serangan gas pemedih mata FRU

Cara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata sebelum ini menjadi isu kerana kanister yang dilepaskan secara mendatar menyebabkan kecederaan teruk kepada orang awam.

Ia bertentangan sekali dengan arahan atau kaedah penggunaan yang tertera pada Kanister gas tersebut yang menyebut  ‘Do Not Fire Directly At Persons‘ atau ‘Jangan tembak ke arah orang ramai’.

Kanister yang bergerak pada halaju tinggi itu juga menyebabkan kecederaan parah pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Al-Bakqry menyebabkan pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menerima enam jahitan di kepalanya akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu.

KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan kanister yang digunakan polis adalah dari jenis sama yang digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Video tembakan itu boleh didapati di sini (http://www.youtube.com/watch?v=nYPlTFwQfUY)

Kd

Apa sudah Jadi…Kanister 1Mesia sama dengan 1israel?


Apa jawapan terbaeeek KPN.timbalan KPN dan pak Menteri Samuden?

Inilah detik cemas sebelom KPN bawak keluaq bideo Bersih versi pdrm punya!

Kita tunggu ,bagaimana rupa bideo versi ‘TIDAK GANAS’ itu...

Sebelom itu nak dengar jugak macam mana kanister israel ada dalam tangan pdrm?

FRU guna kanister israel sahkan kezaliman BN– Shuhaimi Shafei

Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih,  didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada.

Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.

Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin.

Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.

“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya.

“Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi.

Kd

Alamak…Menteri Kesihatan dah ‘Terlentok DOG’


what you expect now….kikiki

Kita boleh nampak jelas sekarang ,doktor doktor yang terlibat itu adalah orang yang benar.

Hangpa nak ugut doktor tu pulak?

Apa lagi yang boleh meragukan ..bukti kukuh sudah tersedia..kluk klek Pak Menteri baik buang dalam longkang jer..

Itulah akibatnya bila berkawan dengan geng C4 dan video seks..

Bersih 2.0: Menteri Kesihatan tubuh panel khas siasat kes Hospital Tung Shin

Dilihat sebagai perkembangan  mengejutkan banyak pihak, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasakan Hospital Tung Shin di sini ketika cuba meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai  dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu kata Liow, beliau percaya langkah ini akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai sejak beberapa hari lalu.

“Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital,” kata Liow.

“Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya,” kata beliau.

Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.

“Orang ramai yang menyaksikan insiden itu boleh tampil membantu inkuiri. Mereka yang mahu identiti mereka tidak dikenali juga boleh berbuat demikian,” kata Liow lagi.

Dalam satu kenyataan awal pagi, Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan mahu kerajaan pusat sewajarnya memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.

“Kami, doktor-doktor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu),” kata mereka.

Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Liow yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian.

Kelmarin, Dr Chua, yang juga bekas menteri kesihatan pula berkata, pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

“Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka dalam kenyataan itu.

tmi

Kantoi: Sebelas Doktor Tampil Sahkan Hospital Tung Shin diserang


Pak Menteri BN kantoi lagi

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung ‘serangan polis’ ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdailyhari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3“Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1“Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

mKini

%d bloggers like this: