Tag Archives: fitnah

Siapa Editor TV Yang Mohon Maaf Pada Anwar dan Kak Wan ?


Agak agak hangpa editor Tv mana satu…tv1,tv2,tv3,4,5,6,7,8,9 atau 10..

Aku ucapkan tahniah kepada editir tersebut kerana berani datang mengaku kesilapan dan mohon maaf kepada Anwar dan kak Wan Azizah..masih ada kesempatan sebelum malaikat maut datang menjemput..

Pastinya bukan Tv RTM dan TV3/4 aku rasa laa..hahaha

Fitnah 2: Editor TV mohon maaf pada Anwar

Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.

“Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Fitnah 2.

“Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian,” kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.

Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.

Mahkamah pada 18 Oktober lalu menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan akhir kes pembelaan dan pendakwaan sebelum membuat keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan pihak pendakwaan, bagi mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat Anwar di Munich, Jerman pada 2004.

Saksi berkenaan bagaimanapun gagal mencabar keterangan Dr Thomas Hoogland yang sebelum ini memberitahu mahkamah Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan liwat ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Sementara itu, Anwar sebelum ini mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya didengar sebelum hujah akhir daripada peguam dan pihak pendakwaraya.

Pada 6 Oktober lalu, hakim Zabidin menerima permohonan Najib dan Rosmah bagi mengenepikan sepina yang memerintahkan mereka hadir memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

Keputusan itu mengecewakan peguam kerana menganggap kedua individu itu saksi relevan dalam kes berkenaan.

Ini kerana Najib sebelum ini pernah menemui pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis dengan memfitnah Anwar meliwatnya pada 28 Jun 2008.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22697

Utusex Kena Bayar Pak Janggut RM60.000.00


utusex kantoi lagi..hahaha

Ambik kau, pandai sangat buat fitnah..hahahaha

Saman fitnah: Mahkamah arah Utusan malaysia bayar MP Shah Alam $60,000.00

KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu.

Wakil rakyat Shah Alam itu menang dalam kes saman ke atas akhbar milik Umno pada 30 September lalu.

Artikel itu bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut”, disiarkan pada September 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi Komersial Dr Prasad Sandosham Abraham mengeluarkan perintah kepada Utusan dan Ketua Pengarang kumpulan itu Datuk Abdul Aziz Ishak agar membayar ganti rugi kerana menyiarkan tulisan tanpa mendapatkan pengesahan berkaitan kandungannya terlebih dahulu.

tmi

Naik Hangat: Utuseks Kena ‘PAU’ RM5,000.00 Dengan Teresa KoK


Pernyataan berunsur fitnah Utusan adalah benar:  Hakim

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, menolak permohonan Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) untuk mengenepikan pembelaan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam saman fitnah yang difailkan syarikat akhbar itu terhadapnya.

Hakim Datuk John Louis O’hara pada penghakimannya juga memerintahkan UMMB untuk menjelaskan kos sebanyak RM5,000 kepada Teresa, 47, yang juga Setiausaha Kebangsaan DAP.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan yang difailkan oleh Teresa menerusi peguam Sangeet Kaur telah menimbulkan isu yang boleh dibicarakan.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili UMMB memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Pada 27 Februari 2009, UMMB selaku plaintif telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa atau nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Saman tersebut difailkan atas dakwaan Teresa bahawa Utusan Malaysia telah ‘memutar-belitkan’ pernyataan-pernyataan beliau mengenai makanan yang disajikan ketika berada dalam tahanan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) 1960 kerana disyaki memudaratkan keselamatan negara pada tahun 2008.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya berkata, pernyataan fitnah Teresa itu dibuat pada 22 September 2008 dan ia telah diterbitkan oleh pihak media tempatan serta blog beliau sendiri.

UMMB antara lain menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel, perkataan, petikan atau komen yang berunsur fitnah daripada laman blog dan laman web tersebut selain perintah injunksi, ganti rugi am, khas, tambahan dan punitif.

mStar

%d bloggers like this: