Tag Archives: Fida

Fida Sudah Temui Pengganti Mamat (Sepah)


Siapa ‘S’ dihati Fida ?

Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat (Sepah), pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’.

Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.

“Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja.

‘S’ muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Fida berkata dia tertarik kepada ‘S’ kerana kematangan dan cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan kehidupan pada masa hadapan.

“Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.

“Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali,” katanya.

Diusik tentang harapan yang pernah disuarakannya sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, Fida berkata perkara itu memang menjadi impiannya namun dia hanya mampu berserah kepada Tuhan bagi menentukan jodoh yang terbaik.

“Memang saya pernah bercakap mengenai harapan untuk melangkah ke alam perkahwinan jika bertemu dengan jodoh yang terbaik.

“Pada tahun depan, usia saya pun akan mencecah 26 tahun tapi soal jodoh adalah ketentuan Allah, saya hanya mampu berserah,” katanya.

Ditanya adakah dia masih berkawan dengan Mamat, Fida berkata dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang atau mengenangkan semula insiden yang mencalarkan nama baik dan maruahnya.

“Bagi saya perkara yang lepas, biarlah berlalu. Kami tidak lagi berhubung, lagi pun ketika kami berdepan konflik tersebut, saya tidak melihat kesungguhannya untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.

“Biarlah saya jalani hidup hari ini dengan pengalaman baru. Saya doakan yang terbaik untuk apa sahaja perkara yang dilakukannya,” katanya.

Hubungan Mamat dan Fida berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya ke akaun Facebook miliknya, sekali gus mengakibatkan gambar tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Siapa ‘VIP’ Dihati Fida Sekarang ?


Ada V.I.P sedang mendekati Fida

TAHUN 2011 merupakan tahun yang telah memberi impak yang cukup besar kepada Fida Ibrahim sehinggakan namanya acap kali menjadi sebutan di kalangan peminat hiburan tempatan.

Jika sebelum ini dia dikenali sebagai artis yang bersih daripada sebarang cerita panas, kini semuanya mulai berubah apabila sudah ramai yang memperkatakan tentang dirinya terutama yang membabitkan isu kontroversi.

Bermula dengan kisah percintaan yang terjalin antara dia dengan Mohd. Noor Murad atau Mamat yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Sepah, sehinggalah dia dikritik hebat kerana tidak lagi tampil dengan ciri-ciri gadis muslimah.

Malah, sekeping gambarnya tidak bertudung dan telah dimuat naik oleh Mamat menerusi laman Facebook ternyata mengejutkan ramai terutamanya peminat dan seterusnya ia menjadi punca dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan pelawak berkenaan.

Bangkit daripada hujan kritik yang menimpanya, Fida menegaskan bahawa sehingga kini dia masih lagi bertudung dan segala perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu adalah sekadar mengikuti perkembangan fesyen.

“Saya tahu ramai yang telah mengkritik saya terutamanya menerusi laman-laman blog hiburan tentang penampilan saya sekarang. Sebenarnya apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya melalui penampilan menerusi gaya dan fesyen yang terkini.

“Sebagai seorang artis sudah tentu saya tidak mahu terus tampil dengan imej yang sama. Cuma saya sedar ada segelintir pihak tidak puas hati dengan penampilan saya sekarang kerana tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti dahulu,” tegasnya.

Tambah Fida, dia sendiri cuba mengelak untuk memperkatakan dengan lebih lanjut tentang aurat, namun memberitahu dia masih lagi kekal menutup kepala dan berharap agar peminat dapat menerima perubahan tersebut.

Pada masa yang sama, dia juga menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak mengenai perubahan yang dilakukannya sekarang itu adalah semata-mata mahu mencari publisiti murahan supaya orang lebih mengenali dirinya.

Ujarnya, segala kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya itu dianggap sebagai satu tamparan yang cukup hebat sepanjang berkecimpung dalam dunia seni dan mengakui agak tertekan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya itu.

“Mulanya saya ada membaca komen-komen negatif yang dilemparkan dan secara jujurnya saya memang amat kecewa. Bagi saya masing-masing ada hak untuk membuat kritikan, tetapi yang cukup mengecewakan saya apabila ada yang bertindak keterlaluan.

“Kalau mereka memberi kritikan yang membina terutamanya tentang kerjaya, saya masih lagi boleh menerimanya. Namun apa yang membuat hati saya terguris apabila ada yang sanggup menggunakan kata-kata kesat,” luahnya.

Meskipun pada awalnya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku, Fida mengakui dia kini sudah dapat menerima hakikat bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang terutama tentang perubahan terhadap dirinya itu.

Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana terus mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan segala yang berlaku ke atas dirinya itu ternyata tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni.

“Saya menganggap semua yang berlaku itu ada hikmahnya dan setakat ini saya masih lagi menerima tawaran untuk berlakon dan mengacara walaupun terus dikaitkan dengan isu-isu kontroversi,” ujarnya.

Tidak terikat

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat.

Mengenai status dirinya ketika ini, Fida memberitahu, setelah hubungan percintaannya putus di tengah jalan, dia mengambil keputusan untuk tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“Sebenarnya selepas hubungan saya dan Mamat putus memang ramai lelaki yang cuba mendekati saya seperti di kalangan artis dan orang biasa. Malah, saya akui pernah cuba didekati golongan VIP.

“Walaupun ramai yang cuba untuk menjalinkan hubungan serius, tetapi rasanya biarlah sekarang saya solo dahulu. Cuma saya tidak nafikan yang kini agak rapat dengan seseorang,” jelasnya.

Menurut Fida, jejaka tersebut adalah seorang ahli perniagaan dan mereka berdua sebenarnya sudah lama saling mengenali iaitu sebelum dia menjalinkan hubungan cinta dengan Mamat lagi.

Ujarnya, selama ini hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Namun, selepas apa yang menimpa dirinya telah menyebabkan hubungan mereka kini menjadi lebih rapat.

“Selepas hubungan cinta saya gagal serta dikritik ramai pihak, dialah lelaki yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya. Itu yang menyebabkan kami rapat dan saya memang selesa berkawan dengannya.

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami masih lagi berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Lagipun kami belum pernah berbincang untuk menjalinkan hubungan yang serius,” ujarnya.

kosmo

Bekas Kekasih Kata Mamat Sepah Lebih Teruk Dari Monyet


Adda belasah mamat sepah

Bekas kekasih Mamat Sepah, Adda, mengutuk keras Mamat dengan menyifatkannya sebagai tidak sedar diri dan bersikap lebih teruk dari seekor monyet.

Adda mengamuk di laman twitter semalam dengan mengeluarkan kata-kata yang agak kasar terhadap bekas kekasihnya itu dan menganggap Mamat sebagai lupa daratan serta berlagak hebat setelah menjuarai program Maharajalawak anjuran Astro.

“Ko ni mmg tak sedar diri lg kn!! Pelik la manusia mcm ko ni..monyet pn tk mcm ko la!!!!

“Manusia klu dh kat atas tu mmg mudah lupa diri, setakat ko juara dlm Malaysia, ko tk yah nk brlagak la!! Bkn ko harumkn nama negara pn!!,” kata Adda melepaskan marahnya pada Mamat semalam.

Adda juga turut mempertikaikan sikap Mamat yang dikatakan berpura-pura ‘tunjuk baik’ kepada peminat industri hiburan tanahair.

“Tk yah nk brlagak baik la weyhh!! Klu ko baik sgt ko tkkn kena buang la!! Pastu tk reti sedar diri lg,” katanya lagi.

Selain itu, Mamat yang baru putus cinta dengan kekasih terbarunya, Fida, juga disifatkan sebagai tidak mampu berfikir dan ‘kaki perempuan’.

“Mgkn sbb ko tk de pelajaran, sbb tu ko ckp tk pakai otak kot!! Dasar buaya darat!! Keong racun!!!!”, tambah Adda lagi.

Adda turut mendedahkan bahawa ketika Mamat menjadi kekasihnya, bekas anggota kumpulan Sepah itu sering meminta hubungan mereka putus.

“tu arr..dia tu ape yg tk puas ati ngn Adda pn tk tau!! Tu la ms bercinta dulu ngn Adda, sibuk nk break!!,” ujarnya di laman Twitter miliknya itu.

Bagaimanapun, Mamat cuba menyampuk emosi Adda tersebut dan mempersoalkan sebab Adda mengamuk kepadanya.

“Aiyyyyoooo datin…..nape memarah ni????” kata Mamat ringkas.

Mamat pernah bercinta seketika dengan Adda sebelum bertukar kekasih dengan seorang lagi artis baru, Fida, dan kemudiannya hubungan tersebut putus juga ekoran insiden pendedahan gambar peribadi di luar negara.

Fida memutuskan hubungan tersebut setelah Mamat menyiarkan gambarnya yang tidak bertudung ketika melancong ke Singapura bersama keluarga dan Mamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Mamat turut disingkirkan dari menganggotai kumpulan Sepahtu yang ditubuhkan oleh dua orang lagi bekas anggota kumpulan Sepah, iaitu Jepp dan Shuib, yang menyifatkan sahabat mereka itu bermasalah serta sering menimbulkan kontroversi yang menjejaskan nama baik kumpulan mereka.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

%d bloggers like this: