Tag Archives: Fasha Sandha

Fasha Sandha Nikah di Thailand ?


FASHA menegaskan tidak akan merahsiakan kepada rakan-rakan media seandainya tiba masa buat dia dan Jejai mendirikan rumah tangga.

Benarkah Fasha bernikah di Thailand ?

KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sememangnya sudah pun diketahui peminat. Biarpun hubungan mereka ada pasang surutnya dan pernah putus sebelum ini, tetapi Fasha kini dikatakan sedang bahagia bersama kekasihnya.

Memandangkan usia percintaan mereka yang sudah mencecah dua tahun, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini sehingga pelbagai spekulasi dibuat oleh segelintir pihak.

Fasha dan Jejai dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon berkenaan pada 28 Mac ini setelah gambarnya memakai gaun pengantin di sebuah butik tersebar di Internet.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu tersebar pula gosip di beberapa laman blog hiburan tempatan mendakwa kononnya kedua-duanya sudah menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah di selatan Thailand!

Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011) baru-baru ini, Fasha menitipkan jawapan tentang semua kisah hangat yang membabitkan dirinya itu.

oleh roni hidayat ridwan

BMW 325i Fasha Sandha Kena ‘Kebas’


Dianggarkan bernilai 200K lebih

Pelakon jelita, Fasha Sandha, 27, mengesahkan kereta mewah miliknya hilang dipercayai dicuri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk, di sini, Jumaat.

“Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.

“Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penanggal di sini, Jumaat.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai kehilangan kereta itu, Fasha enggan memberi sebarang ulasan sebaliknya mengelak untuk menjawab soalan wartawan.

“Hanya seringkas itu sahaja saya boleh cerita,” katanya.

Difahamkan kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fasha menjelaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan apabila gambarnya memakai busana pengantin tersebar di laman blog yang turut dikaitkan kononnya dia ingin berumah tangga.

“Insya-Allah jika sampai jodoh saya akan berkahwin dan apabila sudah bersedia saya akan maklumkan kepada semua. Saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu awal,” katanya.

edit dari..

MOHD AL QAYUM AZIZI mStar

Astaga: Gambar Fesyen ‘Belakang Mati’ Fasha Sanda


Ini bukan fesyen berani mati Fasha Sanda…ini namanya fesyen belakang mati bro..

Cer hangpa tengok banyak kan kat Kolumpo tu …waktu malam laa selalunya pemakai pesyen macam ni keluaq tayang badan…hahahaha macam sial wa cakap luu..

Mampoih…macam puak puak ‘ayam’ keluaq carik makan jer…

Ini bukan salah ibu mengandung laa bro..

Haritu pi Kelantan konon konon ‘pakai tudung‘ ..hahaha hahahaha

Separa Bogel Fasha Sanda

Aktres yang tidak pernah kering dengan kontroversi, Fasha Sandha kali ini tampil berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar belakang badannya.

Laman blog hiburan terkenal, Rotikaya.com menyiarkan gambar-gambar eksklusif Fasha Sandha yang hadir di majlis pelancaran majalah LISA dan mengenakan pakaian merah menjolok mata yang dikatakan ‘sesuai dengan potongan badannya’.

Mungkin ‘takjub’ dengan fesyen pakaian aktres itu, pemilik laman blog tersebut tidak tahu untuk menamakan fesyen yang digayakan oleh Fasha dan hanya mampu menyifatkannya sebagai “awesome”, mungkin sekadar untuk propa.

“Demi Tuhan kami tidak tahu nama khas pakaian yang cukup awesome dikenakan oleh Fasha Sandha malam tadi tetapi menurut seorang ‘pakar fesyen’ yang bersama kami malam tadi, persalinan Fasha Sandha ini cukup berani dan sesuai dengan tubuh badan’nya,” komen pemilik laman hiburan itu.

Fasha pernah menimbulkan gosip hangat apabila gambar dia berbikini di sebuah pulau di luar negara tersebar di internet.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanahair seperti Linda Jasmin, Miera Liyana dan Amanda Imani teruk ‘dibelasah’ peminat industri hiburan tanahair kerana mendedahkan bahagian belakang mereka di majlis-majlis keraian.

Fasha Sandha dijangka turut akan menerima nasib yang sama.

Merujuk kepada gambar yang tersiar tersebut, adalah sangat mengejutkan untuk melihat Fasha Sandha yang seakan-akan sudah menambah berat badan di mana beberapa bahagian belakangnya mendedahkan lemak-lemak berlebihan.

Mungkin Fasha kena pergi gym kot lepas ni.

Enggan memberikan komen lanjut, Mynewshub.my siarkan gambar-gambar Fasha Sandha buat pembaca membuat penilaian sendiri.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Cunnyer Fasha Sandha Bertudung di Negeri Kelantan


BAGI anda yang ingin melihat artis wanita Malaysia yang selama ini “free hair” tiba-tiba bertudung, di Negeri Kelantan lah tempatnya. Difahamkan, kebanyakan artis wanita akan bertudung jika ke Negeri Kelantan.
.
Baru-baru ini semasa program Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 di Negeri Kelantan, menyaksikan ramai artis dan selebriti Malaysia memakai tudung. Fasha Sanda antara artis yang dilihat bertudung.

Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbir negeri serambi Mekah itu dengan konsep “membangun bersama Islam” melarang wanita mendedahkan aurat di tempat awam.
.
Malah iklan-iklan di papan tanda “billboard” seluruh Negeri Kelantan hanya meluluskan paparan iklan dengan gambar wanita bertudung sahaja. Iklan dengan paparan yang mengekploitasikan wanita mendedahkan aurat tidak akan diluluskan.


Free Malays.

Nota: Eloklah selebriti tu semua pakat belajar pakai tudung..

Ramalan Uncleseekers Benar, Artis jadi Kacau Bilau


Artis Kurang Senang Ramalan Buruk ‘Uncle Seekers’

PETALING JAYA: Beberapa orang artis melahirkan rasa kurang senang apabila masa depan mereka dikatakan akan terjadi perkara tidak baik termasuklah penceraian, meninggal dunia dan kegagalan dalam kerjaya.

Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.

“Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.

“Tambahan pula ia merupakan isu yang sangat sensitif. Kenapa perlu menceritakan kepada umum tentang ramalan yang karut itu?” soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Selain Marsha, antara selebriti yang juga ‘terkena’ dengan ramalan Uncle Seekers ialah, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.

Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.

“Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.

“Bagi saya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui tentang masa depan kita dan tidak perlulah dia ingin menceritakan kisah ramalan karut itu dalam blognya.

“Tambah pula, siapa dia yang hendak meramal tentang rumah tangga saya? Setakat ini, Alhamdulillah, kehidupan saya bersama suami bahagia,” ujar Rabecca dengan nada kesal.

Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.

Pakar paranormal itu juga pernah membuat ramalan mengenai kematian Datuk Ahmad Jais dan ramai yang terkejut apabila hal tersebut benar-benar berlaku seperti yang diramalkan.

Sementara itu, Uncle Seekers yang dihubungi menganggap ramalan yang ditulis dalam blog miliknya itu bukan ingin mencari publisiti murahan tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pengikut blognya itu.

“Saya cuma bermimpi dan apa yang berlaku dalam mimpi itu dikongsi dalam blog. Lagipun itu sekadar ramalan, kenapa perlu gusar?

“Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

“Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita,” tegasnya.

* Gambar dipetik daripada blog milik Uncle Seekers.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Fasha Sandha Kalahkan Bik Mama


Fasha Sandha juara bulan januari 2011…

Walaupun blog dan weblog pro PR dan pro Umno membuat pelbagai cerita berkenaan bik mama, ternyata enjin carian google telah memberi juara kepada fasha.

Cerita mengenai ‘makan angin’ dan ‘menteri pelajaran’ baru bik mama mungkin akan menjuarai bulan februari pulak!

Seperkara menarik lagi rakyat Malaysia yang berumur di bawah 35 tahun lebih suka mencari cerita sensasi berkenaan artis.

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.

“Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! disini semalam.

bik mama…

JAGA KAU SANDHA..BULAN FEBRUARI AKU PULAK JUARA!

ha ha ha

dinjawa.lawak politik

%d bloggers like this: