Tag Archives: Farid kamil

Nama Anak Farid Kamil ialah Muhammad


muhammad bersaa diana daniel

Tanda tanya mengenai nama anak Farid Kamil dan Diana terjawab

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danialle, 22, mendedahkan nama anak lelakinya yang kini berusia dua bulan sebagai Muhammad Farid Kamil.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini berkata, pemilihan nama tersebut dibuat oleh ibu mertuanya selepas dia pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja.

“Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu,” katanya yang ditemui ketika menemani Farid pada Malam Gala Filem Dampak, di sini, Khamis.

Diana berkata demikian ketika ditanya mengenai anaknya yang dikatakan masih menjadi rahsia dan hanya akan disiarkan melalui program eksklusif sebuah stesen televisyen swasta.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang hubungan dia dan ibunya Norsiah Ramli yang dilaporkan dingin, Diana enggan mengulas perkara tersebut.

“Maaf ya, saya tidak mahu komen tentang itu, terima kasih,” katanya.

Sementara itu, Diana yang masih lagi berpantang itu mengakui belum bersedia untuk kembali berlakon.

“Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali berlakon kerana kondisi saya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad,” katanya.

Tambahnya lagi, dia kurang mempercayai orang luar untuk menjaga anaknya itu ketika dia bekerja.

Sementara itu, Diana kini menetap di kampung halaman suaminya di Kedah bagi menghabiskan tempoh berpantang.

“Saya selesa tinggal di kampung kerana lebih aman seperti ketika saya berada di Australia.

“Insya-Allah kalau ada rezeki anak kedua nanti saya ingin pergi ke tempat seperti itu lagi,” katanya.

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang.

Bercakap tentang pengajiannya, Diana yang sedang menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia, berkata, dia bakal menjalani latihan praktikal di Malaysia selepas selesai proses berpantang.

kemalia othman mStar

Diana Danielle Akan Berkahwin dengan Farid Kamil ?


Betul ke diana dah nak kahwin ?

Pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson, 21, menafikan bakal berkahwin pada tahun ini dengan kekasihnya, Farid Kamil, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Diana berkata, dia dan Farid terkejut dengan spekulasi tersebut kerana mereka belum merancang sebarang perkahwinan dalam masa terdekat.

“Macam manalah gosip itu boleh timbul dan saya rasa ia bukan isu yang penting untuk dihebahkan kerana kami tidak merancang untuk berkahwin.

“Lagipun saya masih muda dan banyak perkara yang perlu diberi fokus pada tahun ini. Alhamdulillah kami masih selesa dengan perhubungan cinta ini dan biarlah masa menentukan sejauh mana perhubungan ini boleh pergi,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Difahamkan, pasangan selebriti ini dikhabarkan sudah memulakan perbincangan asas tentang niat untuk mendirikan rumah tangga.

Malah mereka juga sudah bersedia bergelar suami isteri pada tahun ini walaupun usia Diana masih muda.

Dalam pada itu dia juga sedang sibuk dengan penggambaran filem Hantu Gangster, arahan Namawee.

“Rasa seronok sangat bekerja dengan Namawee. Tambah pula dia mengingatkan saya kepada Afdlin Shauki.

“Walaupun dia pernah mencetuskan kontroversi yang membabitkan hal negara, biarlah ia berlalu kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada kesilapan.

“Kalau boleh saya mahu lihat kerja yang dilakukannya sekarang dan akan datang. Dia mempunyai idea yang sangat bagus dalam mengangkat masyarakat Malaysia melalui setiap filem yang dihasilkannya,” ujar Diana.

Selain itu, pada tahun ini Diana bakal muncul sebanyak empat buah filem lakonannya seperti Azazil, Spilt Gravy On Rice dan Jiwa Taiko.

oleh FERIDE HIKMET ATAK

Farid Kamil Tahu Siapa Punya “Angkara”


Farid dapat mengesyaki siapa individu itu

Pelakon Farid Kamil mengakui dapat mengesyaki beberapa pihak terlibat melakukan ugutan agar dia menjauhkan diri dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan pelakon jelita, Diana Danielle.

Jelas Farid, dia pasti perkara tersebut dilakukan oleh seseorang yang mengenali mereka berdua.

“Saya ada mengesyaki beberapa orang yang berkemungkinan besar melakukan perkara tersebut, namun saya sudah serahkan segalanya kepada polis. Biarlah polis yang menyelesaikan perkara itu.

“Apa yang penting ialah keselamatan kami sekarang. Nasib juga dia beri amaran awal-awal dengan ugutan daripada terus menyerang kami,” katanya ketika di temui padaProgram Rakaman Mega Raya, di sini, Sabtu lalu.

Farid diminta mengulas mengenai ugutan yang diterimanya minggu lalu menerusi panggilan telefon yang menyuruhnya agar menjauhkan diri daripada Diana.

Bagaimanapun, pengarah filem “Kongsi” itu telah pun membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.

Jelas Farid, buat masa ini dia mengambil langkah berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan yang mencurigakan.

“Kalau dulu mungkin saya rasa selamat untuk ke mana-mana seorang diri, namun kini perlu lebih berhati-hati terutamanya di tempat-tempat terbuka dan tidak biasa.

“Tapi saya juga tidak mahu ambil serius perkara ini sehingga mampu membatasi pergerakan saya sebaliknya sekadar lebih berhati-hati,” jelasnya.

Dalam pada itu, Farid turut menceritakan peristiwa ketika dia diugut oleh lelaki tersebut.

“Selepas lapan kali telefon bimbit saya berdering, saya fikir ia panggilan kecemasan kerana nombor tersebut juga tidak dikenali. Ada suara lelaki yang menyuruh agar saya jangan kurang ajar dan menjauhkan diri daripada Diana.

“Dia juga mengugut untuk mencederakan saya dan tahu di mana saya tinggal. Selepas kejadian tersebut saya telefon Diana dan menyuruh agar dia berhati-hati,” jelasnya.

mStar

Sara Ali Menggigil Sebelum ‘Ditampar’ Yasmin Hani


Pelakon Sara Ali mengakui menggigil apabila melakonkan babak yang memerlukannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon Yasmin Hani dalam drama Wasiat yang bakal disiarkan di Astro Prima 27 Julai ini.

Kata Sara, kakinya berasa kaku apabila melontar kata-kata itu sebelum ditampar oleh Yasmin Hani yang memegang watak ibu tiri kepada kekasihnya lakonan Farid Kamil.

“Saya tidak tahu kenapa saya rasa sangat takut sehingga menggigil dan kaku untuk melakonkan watak tersebut, mungkin kata-kata tersebut terlalu kasar yang pernah saya ungkapkan, tapi Alhamdulillah babak tersebut berjaya dilakukan dengan baik.

“Dalam babak tersebut, selepas melontarkan kata-kata kesat, Yasmin menampar saya, mungkin babak tersebut juga antara babak yang saya dapat menjiwainya,” katanya ketika majlis pra tonton drama Wasiat dan Hantu Motel, di sini, Isnin.

Turut hadir barisan pelakon drama Wasiat dan Hantu Motel seperti Yasmin Hani, Beto Kusyairi, Azharani, Bell Ngasri dan Faisal Ishak.

Tambah Sara, dia juga terpaksa mengambil masa untuk mendapatkan keserasian dengan pelakon-pelakon yang lain terutamanya Farid Kmail dan Yasmin Hani kerana kali pertama bergandingan.

“Pada mulanya memang agak risau dan perasaan kurang keyakinan untuk berlakon bersama pelakon-pelakon senior yang sudah ada nama ini.

“Saya mengaku terpaksa ambil masa untuk mendapat keserasian dengan mereka, tapi lama kelamaan kami sudah seperti adik beradik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sara berkata cabaran utamanya apabila melakonkan watak Hanna yang merupakan seorang gadis bersifat lemah lembut.

“Saya seorang yang kasar, jadi apabila disuruh bawa watak gadis lembut dan ayu saya rasa sangat sukar kerana bertentangan dengan karakter sebenar saya.

“Apa yang saya buat ialah membuat kajian terhadap kawan baik saya yang juga seorang model, saya lihat bagaimana dia berjalan dan bercakap,” katanya.

kemalia othman

HOT: PEKIDA ‘Bergaduh’ Dengan Farid Kamil dan Syamsul


 

Pekida mahu saman Farid Kamil dan Syamsul kerana dedah perkara sulit

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini.

“Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

“Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

“Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat,” ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

“Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

“Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.

kemalia othman

Bercinta Dengan Orang Utan


Bercinta dengan orang utan’ – Farid Kamil kecewa

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil kecewa apabila sebuah artikel di ruangan pojok pada sebuah akhbar mengatakan ingin melihat pelakon itu bercinta dengan seekor orang utan.

Menurutnya, walaupun ia ditulis ringkas yang berbunyi, Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan, ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminatnya.

“Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia.

“Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya,” katanya dengan nada sinis.

Tambah pelakon tersebut, dia berharap agar pihak yang mengata buruk tentangnya berfikir sebelum menulis dan tiada lagi kata-kata negatif yang membabitkan haiwan ditujukan kepadanya lagi atau orang lain.

Sementara itu, Farid gembira apabila badannya semakin susut dan tidak menggelebeh hasil daripada latihan menunggang kuda sejak beberapa bulan yang lalu.

“Setiap kali saya tidak mempunyai apa-apa kerja, saya akan menghabiskan masa menunggang kuda.

“Memang sejak kecil lagi saya meminati sukan polo. Dan alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi ujian Royal Malaysia Polo Club di mana saya boleh menyertai perlawanan kuda jika mahu.

“Justeru itu, saya juga telah membeli seekor kuda untuk memudahkan saya membuat latihan,” jelasnya yang sedang sibuk mengarah filem barunya, Petiga.

feride hikmet atak

%d bloggers like this: