Tag Archives: Erra Fazira

Astaga: Ada Tarian Seks di Istana Budaya ?


Haaa.Apa nak kata lagi…Malaysia Boleh?

Standard dah naik sama taraf dengan Thailand dan yang sewaktu dengannya!

Memang cukop mengghairahkan betul aksi Aarin Aziz dengan pelakon seksi seksa Jasmin Hamid.

Paparan aksi HOT itu bersempena persembahan teater ..Badai Semalam.

Turut menjayakan teater itu Erra Fazira.

Peminat dan penggiat seni berbaloi ke melihat persembahan ‘kotor’ ni ?

Pak Menteri Rais Yatim ‘sure’ tak akan kacau punya program ni..

Kan…yang berani mendedahkan payudara dan seluar dalam pun ok kan…kan ..kan

JAIS,JPM gerenti buat  dekkk jer …hahahaha

Petikan gambar dari izyan.com..

Yusry KRU Tak Jadi Nikah Lisa Surihani Pada 2012?


 

Yusry tolak spekulasi nikah Lisa Surihani 2012

Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim menolak dakwaan kononnya akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lisa Surihani pada tahun hadapan seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian pada Sabtu lalu.

Pihak KRU Studios dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini, Selasa berkata, laporan berita berkenaan adalah tidak benar dan ia mungkin berlaku salah faham.

“Akibat laporan berkenaan, Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut khususnya tentang beliau dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun 2012.

“Dengan ini Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataannya Yusry turut menambah pihaknya masih belum berbincang mengenai isu perkahwinan dan meminta semua pihak agar tidak keliru dengan pendedahan yang dibuat akhbar berkenaan.

Katanya, pada masa akan datang dia akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa Surihani kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.

Sabtu lalu sebuah akhbar yang memetik kenyataan Yusry dengan melaporkan pengarah filem Karak itu membayangkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan selepas gagal dengan perkahwinan pertama bersama aktres Erra Fazira.

mStar

Cantiknya Erra Fazira Bertudung



ERRA (kanan) menurunkan tanda tangan sambil disaksikan Suhaimi (kiri) dan Pengurus Cawangan Desa Murni Batik Kuala Terengganu, Fatimah Fathiyyas Ismail pada perasmian di Jalan Kuala Berang, Kampung Pengadang Baru, semalam.

Erra dipusat batik MIFFA

Syarikat Bumiputera terbesar dalam industri pencetakan batik digital, Desa Murni Batik Sdn Bhd, cawangan Pengadang Baru di sini, sesak selepas orang ramai menyerbu untuk menyaksikan dengan lebih dekat dutanya, Erra Fazira, kelmarin.

Terbukti, kehadiran aktres tinggi lampai ke pusat jualan batik itu untuk merasmikan pembukaan galeri baru batik digital buatan Terengganu disambut meriah hampir 500 pengunjungnya.

Pengarah Urusannya, Suhaimi Embong, berkata pada tahun ini, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak RM15 juta berbanding RM11 juta tahun lalu dan yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap produk dihasilkan termasuk yang terbaru sempena pembukaan galeri baru.

“Pembukaan galeri batik dan tudung MIFFA pelbagai saiz bermula dari S hingga XL hasil rekaan 35 pereka anak tempatan diketuai seorang pereka dari Milan, Itali.

“Dengan tema 1Tudung 1Batik 1Rekaan, semua tudung ini dijual pada harga RM99 hingga RM399, manakala rekaan batik digital pula dijual pada harga RM230 hingga RM450 menggunakan fabrik berkualiti dari Itali dengan corak eksklusif,” katanya selepas pembukaan galeri baru dan pelancaran tudung MIFFA oleh Erra Fazira.

Selain itu, Suhaimi berkata, pihaknya juga merancang membuka sembilan lagi cawangan baru tahun ini dan ketika ini enam cawangan sudah dibuka termasuk empat di Kuala Terengganu dan satu di Kuala Lumpur dan Kota Bharu, Kelantan yang dibuka semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut mengintai peluang untuk membuka cawangan di Singapura dan Brunei serta beberapa negeri lagi berikutan sambutan menggalakkan di kalangan peminat batik.

“Kita juga merancang menghasilkan pakaian mandi muslimah iaitu idea Duta Tudung dan Batik Desa Murni, Erra Fazira sendiri memandangkan ia mempunyai pasaran luas di Asia Tengah, selewat-lewatnya tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Erra turut melahirkan rasa bangga kerana terpilih menjadi duta kepada pengeluar batik terulung di negara ini yang sudah bertapak sejak 1974.

faizul azlan

HOT: Suami Erra Fazira Kawen Lain?


Benarkah suami Erra sudah kahwin lagi satu?

Desas desus hangat dan bualan sejak sebulan yang lalu dikalangan peminat mengatakan perkara itu.

Pelakon Erra Fazira, 37, menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.

Menjawab desas-desus terbaru mengenai Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV itu, Erra mengakui terkejut dan baru pertama kali mendengar gosip tersebut.

“Saya sendiri sebagai isterinya pun tidak pernah pula mendengar cerita ini. Sebelum ini sudah banyak cerita tentang rumah tangga kami diperkatakan.

“Saya menerima dakwaan ini sebagai sesuatu yang lucu dan menganggap ia tidak benar sama sekali,” katanya yang ditemui selepas terlibat dalam program TV3, Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa.

Mengulas lanjut mengenai cerita negatif yang melanda rumah tangganya kebelakangan ini, Erra berkata dia percayakan Emran dan sekiranya perkara itu berlaku, tentulah dia orang pertama yang akan mengetahuinya dahulu.

“Sudah banyak kes yang berlaku apabila rumah tangga artis yang aman damai pun didakwa ada masalah. Jadi saya sudah tidak kisah dengan cerita sebegini,” katanya.

Cerita terbaru mengenai rumah tangga pelakon jelita itu kembali diperkatakan baru-baru ini apabila timbul pula kekecohan di kalangan petugas Bernama TV yang mendakwa Engku Emran merancang untuk berkahwin lagi.

mStar

%d bloggers like this: