Tag Archives: England

PM Naik Angin


Perdana Menteri Britain naik angin

Perdana Menteri Britain, David Cameron (gambar) menggunakan kata-kata kesat dalam penerbangan pulang dari lawatannya ke Pakistan selepas beliau dimaklumkan tentang kontroversi berkaitan komennya bahawa Britain sepatutnya dipersalahkan kerana mencetuskan banyak krisis besar dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Perdana menteri berkenaan berpaling kepada seorang wartawan yang membangkitkan isu tersebut dan menjawab menggunakan kata-kata kesat.

Insiden itu berlaku selepas Cameron, 44, cuba menjauhkan dirinya dengan sejarah kolonial Britain semasa beliau menyampaikan satu ucapan di Pakistan.

Ditanya tentang permusuhan panjang antara Pakistan dan India berhubung isu wilayah Kashmir yang bermula sejak pemerintahan Empayar British, beliau memberitahu:” Saya tidak mahu menampilkan Britain sebagai watak utama yang mana, seperti masalah-masalah lain di dunia, kami yang bertanggungjawab kerana mencetuskan isu tersebut,”

Kenyataannya dikritik hebat dan menjadi tajuk utama akhbar-akhbar Britain pada keesokan harinya tetapi beliau cuma mendapat tahu tentang perkembangan tersebut semasa dalam penerbangan pulang ke London kelmarin.

“Britain perlu berhenti daripada malu tentang sejarahnya sebagai negara penjajah,” seorang pakar Unit Pengkajian Dasar Komanwel, Daisy Cooper ketika mengulas kenyataan Cameron.

Beliau kemudian bertanya siapakah wartawan yang melaporkan berita tersebut dan apabila wartawan berkaitan mengangkat tangan, beliau terus memakinya.

Agensi

Gambar X-RAY 125 Tahun akan diLelong


GAMBAR-gambar sinar-X pertama yang dirakam di Britain pada 1896.


Gambar sinar X pertama akan dilelong di Britain.

LONDON – Seorang pengumpul barangan antik, Roy David tidak menyangka sekotak fail yang dibelinya dengan harga beberapa pound 15 tahun lalu, tersimpan beberapa gambar berharga, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas menyelongkar kotak tersebut baru-baru ini, dia menemui gambar-gambar sinar-X yang pertama dirakam di Britain.

Kini, gambar-gambar tersebut yang dirakam oleh seorang pencipta Britain, Alan Swinton, pada Januari 1896, bakal dilelong pada harga £20,000 (RM123,294) dalam satu lelongan di sini, Mac depan.

Gambar-gambar itu termasuk tangan duit syiling, pisau cukur dan gabus.

Berdasarkan dokumen-dokumen yang ditemui bersamanya, beberapa pakar sejarah mengesahkan bahawa gambar-gambar itu adalah sahih.

Swinton merakam gambar-gambar itu beberapa minggu selepas penemuan sinar-X dibuat oleh seorang saintis Jerman, Wilhelm Rontgen pada 1896.

ksm/Agensi

Wenger mahu bunuh Chelsea


Atsene Wenger mahu ‘bunuh’ Chelsea

LONDON – Arsene Wenger mahu memusnahkan terus sisa-sisa harapan Chelsea untuk bergelar juara liga musim ini apabila menerima kunjungan lawan mereka itu di Stadium Emirates awal pagi esok.

Amaran keras yang dibuat pengurus Arsenal itu bertujuan untuk mengingatkan Chelsea bahawa hanya kemenangan menjadi matla- mat anak-anak buahnya.

Keyakinan Wenger itu ditambah dengan kehadiran semula Cesc Fabregas dan Robin Van Persie dalam kesebelasan utama pasukannya buat kali pertama sejak Ogos lalu.

“Sudah tentu ini adalah perlawanan ‘mesti menang’. Ia peluang terbaik buat pemain muda saya melakukannya untuk membuatkan nasib Chelsea bertambah parah,” katanya.

Begitupun, berdasarkan pertemuan sebelum ini, rekod Arsenal tidaklah begitu baik setiap kali berdepan Chelsea tetapi prestasi semasa menjadi ukuran Wenger.

Ini memandangkan Chelsea yang kini di tangga keempat Liga Perdana England gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawa- nan terbaru mereka.

Sedangkan Arsenal berjaya kembali melonjak ke tangga kedua liga dengan di- pisahkan hanya satu mata sahaja berbanding pendahulu, Manchester United.

“Kami yakin untuk mencatat kemenangan ke atas Chelsea kali ini walaupun gagal menewaskan United dua minggu lalu. Peningkatan pasukan kami cukup membanggakan berbanding pasukan lain.

“Chelsea kini berada dalam situasi semakin hilang keyakinan berbanding prestasu mereka pada Oktober lalu,” tegasnya.

ksm/AFP

Yuran:Kereta Putera Charles diSerang Student


Camilla terkejut bila ada pelajar menggoncang Royal Roll Royce DiRaja England

Roll Royce Putera Charles dilontar cat

Polis tidak dapat mengelak dari serangan cat oleh pelajar

Kereta DiRaja England diserang para pelajar kerana kenaikan Yuran Pengajian

LONDON: Perusuh bertempur dengan polis di luar Parlimen dan menyerang kereta yang membawa pewaris takhta, Putera Charles, ketika kerajaan campuran Britain melepasi ujian besar pertama dalam undian untuk menaikkan yuran universiti.

Berpuluh pegawai polis dan penunjuk perasaan cedera apabila bantahan pelajar di tengah London itu bertukar ganas ketika kerajaan menang tipis undian di Parlimen. Charles dan isteri, Camilla, terperangkap dalam protes itu apabila kereta mereka diserang dan dilempar cat ketika melalui kawasan itu untuk ke sebuah pawagam. Pasangan diraja itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Keputusan undian ialah 323 menyokong dan 302 membantah usul menaikkan had maksimum yuran tahunan di universiti mulai 2012.

Yuran asas kini akan meningkat kepada 6,000 pound (AS$9,460) dengan had maksimum 9,000 pound berbanding 3,290 pound sekarang.

Insiden ganas itu berlaku ketika kumpulan pelajar merusuh di jalan-jalan raya di sini kerana memprotes kenaikan yuran pengajian di universiti Britain.

Dalam kejadian tersebut, sekumpulan 20 penunjuk perasaan bertopeng menyerang hendap kereta pasangan diraja itu ketika mereka keluar menyaksikan satu persembahan diraja di Paladium London sekali gus mengembalikan igauan ngeri peristiwa percubaan untuk menculik Puteri Anne pada 1974.

Namun, kali ini, penunjuk-penunjuk perasaan menggoncang dan menendang kereta diraja serta membalingnya dengan sejumlah bom cat sambil melaungkan kata-kata kesat.

“Penggal kepala mereka!,” jerit beberapa penunjuk perasaan kelmarin.

Seorang saksi berkata, Putera Charles tenang sepanjang insiden tersebut.

“Charles menyuruh isterinya duduk di lantai kereta dan memeluknya untuk menenangkannya,” kata seorang saksi berusia 23 tahun, Adnan Nazir.

Camilla dan Putera Charles, 62, selamat dalam serangan itu tetapi ia mencetuskan kritikan berhubung tahap kawalan keselamatan keluarga diraja Britain yang longgar.

Sementara itu, Perdana Menteri, David Cameron berkata, ketika bercakap di luar pejabatnya di Downing Street di sini menyatakan, kerajaan memandang serius insiden tersebut dan mahu mereka yang terbabit ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

“Saya menyalahkan kumpulan perusuh tersebut dalam kejadian ini yang bertindak ganas dan saya mahu mereka ditangkap dan dihukum dengan sewajarnya,” kata Cameron.

Agensi

%d bloggers like this: