Tag Archives: dunia

Gambar Wanita Juara Gemuk Seantero Dunia


Pauline ditabal sebagai wanita paling gemuk di dunia

SACRAMENTO:: Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California berkata, dia kini berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula.

Pauline mendakwa, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks’ dan dia mengadakan seks setiap hari.

Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.
Dia mahu mengurangkan berat badannya hingga ke 91 kilogram sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater.

Pemegang rekod dunia ini menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik.

“Katanya, keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan.

“Berat badan ibu saya ialah 181 kilogram dan bapa saya pula lebih 272 kilogram,” katanya.

“Saya ada lapan adik beradik dan mereka semua mempunyai berat badan melebihi 136 kilogram, kecuali seorang.”

“Setiap kali kami meraikan sesuatu, kami akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, kami akan dipujuk dengan aiskrim.”

Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya.

DM

Kerana Meluat, Porsche 911 Jadi Bahan Tembakan


KERETRA Porsche 911 dipenuhi dengan kesan tembakan di Jamaica Plain, Massachusetts baru-baru ini.

Porsche 911 jadi sasaran latihan menembak

JAMAICA PLAIN, Massachusetts – Seorang pemilik kereta mewah Porsche 911 mengambil keputusan membiarkan keretanya yang berharga AS$80,615 (RM244,300) menjadi sasaran latihan menembak.

Beliau bertindak demikian kerana bosan dengan kerosakan enjin kereta tersebut yang kerap berlaku.

Kereta itu diberikan kepada sebuah persatuan yang dikenali sebagai Comm2A yang terletak di Jamaica Plain, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Hasilnya, kereta yang berwarna perak itu menerima 10,000 tembakan peluru dari 140 pucuk senjata api.

Ia diletakkan di kawasan latihan menembak dan menjadi sasaran latihan oleh ahli persatuan terbabit.

Tembakan yang datang dari beberapa mesingan dan senjata automatik menyebabkan rupa sebenar bentuk Porsche tersebut sukar dikenali.

Sebelum ini, pemilik yang tidak mahu dikenali itu dikatakan telah membelanjakan beribu-ribu dolar untuk membaiki masalah enjin dan sistem penyejukan kereta tersebut.

Agensi

Budak Magnet Ada Kuasa Sembuh Penyakit?


IVAN STOILJKOVIC menunjukkan alat senaman pengangkat berat melekat pada tubuhnya.


Bahan logam boleh melekat pada tubuh Ivan

KOPRIVNICA, Croatia – Seorang budak berusia enam tahun, Ivan Stoiljkovic yang tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya.

Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang.

Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya.

Agensi

Buang Bayi Cara baru 2011 (2)


Masukkan bayi kedalam beg pakaian

HAMBURG – Polis Jerman memburu seorang ibu selepas dia dipercayai memasukkan bayinya yang berusia sehari ke dalam sebuah beg pakaian dan menutupnya sebelum meninggalkan bagasi tersebut dekat sebuah hotel di sini, kata polis kelmarin.

Bayi berkenaan yang digelar Marie, hanya ditemui selepas beg itu dibawa seorang pekerja hotel berkenaan untuk disimpan di tempat simpanan beg yang tidak dituntut.

Pekerja itu kemudian mendengar bunyi tangisan bayi itu di dalam beg berkenaan pada Selasa lalu.

Sebelum ini beberapa kakitangan keselamatan memeriksa beg itu yang ditemui dekat hotel berkenaan selepas orang awam menemui beg berkenaan.

Bayi itu berada dalam keadaan sihat, dipakaikan baju panas ketika ditemui dalam beg berkenaan.

Bayi itu kini berada dalam jagaan pihak Hospital Kanak-Kanak Altona di sini.

Beberapa doktor hospital berkenaan mendedahkan bahawa bayi perempuan itu lahir dengan berat 2.2 kilogram dan tingginya 45 sentimeter.

Menurut mereka, ibu Marie dipercayai bersalin tanpa bantuan perubatan berdasarkan tali pusat bayi itu yang cuma diikat dengan menggunakan sehelai benang.

ksm/AP

Gerhana separa matahari di Asia Barat dan Eropah



GERHANA matahari separa yang dapat dilihat di Gaza semalam.

 


BERN – Langit musim sejuk bertukar menjadi gelap di Switzerland kerana fenomena gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah pada pagi semalam.

Sebuah akhbar melaporkan, keadaan di bandar raya ini menjadi gelap seperti senja semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari tren dan bas untuk ke tempat kerja.

Gerhana itu dapat dilihat dengan jelas di Geneva dan beberapa kota lain di Switzerland menjelang pertengahan waktu pagi sebelum langit beransur cerah.

Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana matahari paling jelas berlaku di Sweden apabila hampir 85 peratus matahari berada di belakang bulan.

“Kerana jajaran kedudukan bulan dengan matahari, gerhana kali ini kelihatan kecil,” kata seorang ketua balai cerap, Tycho Brahe di selatan Sweden.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan bayang bulan dapat dilihat dari bumi manakala dalam gerhana separa hanya sebahagian matahari terhalang oleh bulan.

Sementara itu, penduduk di pedalaman Rusia, Kazakhstan, Mongolia dan barat daya China dapat melihat gerhana matahari itu pada waktu senja.

ksm/Agensi

Wanita berambut perang lebih berjaya dalam hidup


‘Blondies’ dikatakan lebih berjaya dalam kehidupan

LONDON 29 Dis. – Wanita berambut perang sering dianggap bodoh, tetapi golongan itu juga didapati lebih berjaya dalam hidup apabila memperoleh pendapatan tahunan lebih 600 pound (RM2,861) berbanding wanita berambut gelap dan merah.

Satu kajian oleh syarikat kecantikan Britain, Superdrug mendapati wanita berambut perang memperoleh purata pendapatan 23,150 pound (RM110,313) setahun, berbanding 22,586 pound (RM107,627) yang dibawa pulang wanita berambut perang dan 22,327 pound (RM106,383) oleh wanita berambut merah.

Kajian melibatkan 3,000 wanita profesional itu juga menunjukkan majoriti pekerja wanita berambut perang merasakan mereka tidak dipandang serius di tempat kerja, walaupun menerima gaji lebih tinggi.

Wanita berambut perang pula lebih mendapat perhatian di tempat kerja apabila lapan daripada 10 responden mendakwa mereka merasakan diri lebih bernilai semasa bekerja.

“Kajian ini membuktikan kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan paras rupa mereka dan kita juga tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengikut penampilan seseorang.

“Wanita berambut perang mungkin dikenali sebagai kurang matang dan liar, tetapi kajian ini menunjukkan mereka memperoleh pendapatan yang lebih tinggi,” kata Pengarah Kelengkapan Dandanan Diri Superdrug, Simon Comins.

Menurut kajian, wanita berambut merah lebih gemar bertukar-tukar kerja bagi mendapatkan pendapatan serta kedudukan yang lebih baik, berbanding wanita berambut gelap yang memilih untuk kekal lebih lama di sesebuah syarikat bagi mendapat kenaikan pangkat.

Wanita berambut perang pula didapati lebih menitikberatkan hubungan baik dengan pelanggan dan mahu sentiasa didampingi teman di tempat kerja.

Kajian itu mendapati wanita berambut perang gemar dipuji oleh rakan sekerja atas usaha mereka berbanding wanita berambut gelap dan merah yang tidak memerlukan penghargaan daripada orang sekeliling.

Agensi

%d bloggers like this: