Tag Archives: Dubai

Filem Terbaru Shah Rukh Khan ‘Tak LAKU’ ?


Nasib kaulah ‘Datuk’ Melaka ..

Filem Ra.One kurang laris

MUMBAI – Filem bajet besar yang menampilkan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan bertajuk Ra.Onemenerima maklum balas bercampur-campur kelmarin.

Pujian diberi kepada kesan-kesan khas yang digunakannya, tetapi skripnya dikritik. Menjadi antara filem India paling mahal dengan perbelanjaan mencecah AS$20 juta (RM61.3 juta), Ra.One dilihat gagal memecahkan rekod hari pertama tayangan.

Laman web Boxofficeindia.com yang memantau kutipan filem di panggung menyatakan filem adiwira sains fiksyen versi Hindi itu berjaya mengutip sekitar AS$3 juta (RM9.20 juta) dalam tempoh 24 jam pertama selepas ditayangkan pada Rabu lalu.

“Ia mungkin menjadi filem kedua atau ketiga yang mencatat kutipan tertinggi. Namun, ia ketinggalan sebanyak 30 peratus berbanding rekod filem Bodyguard yang ditayangkan dua bulan lalu,” katanya.

Khan dilihat berusaha keras mempromosikan filem tersebut selama beberapa bulan dengan menghadiri tayangan-tayangan perdana antarabangsa di Dubai, London dan Toronto.

Dalam filem tersebut, Khan memegang watak G.One yang menentang makhluk jahat bernama Ra.One untuk menyelamatkan manusia sejagat.

Afp

Fakta: Kenapa Lambat Berbuka Puasa,imsak di Burj al-Khalifa Building


Waktu terbenam, terbit matahari di tingkat 80 ke atas berbeza

DUBAI: Umat Islam yang menghuni di tingkat 80 dan tingkat lain yang lebih tinggi Burj Khalifa di Dubai dinasihatkan melewatkan waktu berbuka puasa mereka sepanjang Ramadan ini selama dua hingga tiga minit berikutan waktu terbenam matahari yang berbeza, kata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Dubai.

Waktu imsak mereka juga adalah dua minit lebih awal berbanding mereka yang tinggal di tingkat lebih rendah, kata jabatan yang sama dalam satu fatwa yang dikeluarkan.

“Penghuni di Burj Khalifa mempunyai waktu berbuka puasa, imsak dan solat Subuh yang berbeza bergantung kepada tingkat berapa mereka tinggal,” kata ketua bahagian fatwa jabatan itu, Ahmad Abdul Aziz Al Haddad.

Beliau berkata, penduduk Islam yang tinggal di tingkat 80 hingga 150 menara tertinggi di dunia itu, perlu menangguhkan waktu berbuka puasa mereka selama dua minit manakala mereka yang berada di tingkat 151 hingga 160 perlu berbuka kira-kira tiga minit lebih lewat.

“Penghuni di tingkat 80 hingga 150 perlu menunaikan solat Asar dan isyak dua minit lewat manakala solat subuh dua minit lebih awal.

“Mereka yang menghuni tingkat 150 ke atas perlu melambatkan solat Asar dan Isyak mereka tiga minit tetapi mempercepatkan waktu solat subuh tiga minit lebih awal berbanding waktu yang ditetapkan penduduk di tingkat lebih bawah,” katanya.

Al Haddad berkata, perbezaan waktu ini bagi bangunan setinggi 160 tingkat itu adalah kerana waktu matahari terbenam bagi penduduk di tingkat atas tetapi penduduk terbabit adalah mula-mula dapat melihat matahari terbit pada awal pagi.”

Agensi

SB Jatuh Tingkap Ketika Mabuk Asmara


SB jatuh dari tingkap kediamannya

Seorang wanita Russia berdepan hukuman penjara setahun selepas jatuh dari tingkap kediamannya di tingkat pertama ketika cuba melakukan seks dengan seorang lelaki Maghribi.

Mahkamah memenjarakan wanita berusia 29 tahun dikenali sebagai SB tanpa kehadirannya Rabu lalu, kerana melakukan seks secara sukarela dengan lelaki Maghribi berusia 40 tahun, dikenali sebagai MS.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tambahan sebulan kerana kesalahan minum arak. Kedua-duanya juga boleh diusir pulang.

SB bertemu MS di bar hotel lima bintang di sepanjang Jalan Shaikh Zayed. SB berkata, MS menaiki teksi bersamanya selepas dia meninggalkan bar itu.

Agensi

Hosni Mubarak Kena Denda Kerana Minum ARAK


Hakim jatuhkan hukuman denda kepada Hosni Mubarak

DUBAI: Seorang hakim mengenakan denda ke atas Hosni Mubarak kerana meminum arak, semalam.
Hosni dituduh melanggar undang-undang minuman keras Dubai yang melarang orang awam meminumnya di luar hotel atau restoran.

Bagaimanapun, Hosni yang dihukum itu bukanlah diktator Mesir yang digulingkan rakyatnya sendiri baru-baru ini, sebaliknya seorang lelaki Pakistan yang bekerja di Dubai.

Hakim menetapkan Hosni didenda RM826 atas kesalahan itu.

Media tempatan melaporkan, hakim tidak dapat menahan senyumnya ketika memanggil defendan untuk mendengar hukuman.

Reuters

Nota: Nama Hosni Mubarak semakin dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat walau dimana pun.

Tetapi apakan daya kerana nama itu sudah dibenci kerana kerakusan pemimpin Mesir sendiri. Selepas ini jika ada lagi pemimpin negara yang bersifat seperti pemimpin Mesir itu,rakyat akan juga memanggilnya Mubarak.

Amah@Maid Jadi Blogger Terkenal


Blogger ‘Dubai Sally’ Terkenal di Rantau Teluk Arab

DUBAI: Seorang pembantu rumah Filipina menarik perhatian apabila memiliki laman blog sendiri dinamakan ‘Dubai Sally’ yang menjadi suara ribuan pembantu rumah di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sally bekerja dengan pasangan yang mempunyai dua anak yang sedang bersekolah menceritakan tugasan hariannya daripada menjaga anak itu, membersihkan rumah, mencuri masa untuk bergosip dengan pembantu rumah jiran, keseronokan belajar komputer, kerinduan kepada negaranya, teman baik beliau Lilibeth hingga kepada rancangan mencari wang lebih.

Blog itu dimulakan dengan cerita dirinya. “Nama saya Sally. Saya tinggal sebagai pembantu rumah di Dubai sejak beberapa tahun. Saya menggunakan komputer majikan saya ketika beliau tiada di rumah. Rakan saya menunjukkan bagaimana untuk menggunakan blog. Majikan saya tidak tahu saya menulis mengenai kerja dan kehidupan harian saya. Tolong jangan maklumkan kepada beliau.” Atas permintaan beliau juga, identiti Sally masih lagi tidak diketahui. Idea untuk menulis blog bermula dari satu perbualan beliau dengan majikannya.

“Satu hari, majikan saya berkata: Sally kehidupan awak amat menarik. Awak perlu tulis sebuah buku. Saya beritahu kepada Lilibeth dan dia tunjuk bagaimana membina blog. Katanya, ‘Siapa tahu, satu hari nanti ia menjadi sebuah buku,” kata Sally.

Kisah Sally adalah berkisar apa yang berlaku di sekelilingnya terutama majikannya, diikuti anak majikan, Rayan berusia lima tahun dan Sara, 12.

Ia turut memperkenalkan Lilibeth yang mengajarnya menggunakan komputer; Maria, juga amah cuba menjual komputer lamanya.  Agensi

%d bloggers like this: