Tag Archives: Dr Rani Othman

Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa Pulanglah Sebagai Mujahid Sejati !


Buangkan saja hiruk pikuk asam garam perjuangan..

Bak kata pepatah tersohor..’ikan tidak masin di air laut, tetapi masin di daratan’..

Perjuangan Pas tidak akan rugi tanpa kamu berdua..Pas tidak akan hilang dari bumi Malaysia kerana kamu berdua atau bertiga bersama anak Tok Guru Nik Aziz si Nik Abduh.

Hentikanlah penggunaan media musuh untuk ‘selak kain’ kamu semua. Masuk semula kedalam saf.

Mari kemari bertakbir dan bersalawat bersama pejuang pejuang lain bermula dari Tuan Guru Presiden sehinggalah  Mat pelekat poster.

Kredit kepada Mat Mat pelekat poster yang sanggup memanjat tiang talipon,pokok dan sebagainya walau ditengah malam ,tengahari dan waktu hujan.

Jangan buat tindakan memusnahkan diri

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

PAS Selangor menyifatkan tindakan Exco Hal Ehwal Islam negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali hanya menghancurkan diri sendiri apabila terus menyuarakan kekecewaan peribadinya ke atas parti kepada umum.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

Katanya, Hasan perlu menunjukkan sikap lebih terbuka ekoran tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi Hasan namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas daripada pemimpin PAS tersebut.

“Sepatutnya kita tanya diri sendiri apa silap kita. Saya yang baru jadi Adun di Meru, ada orang Umno tegur dan beritahu silap saya. Hasan lebih tahu Gombak Setia, beliau patut tanya apa salah diri sendiri.

“Saya ada mesej untuk tawarkan beliau jawatan sebagai ahli perhubungan PAS Negeri. Tapi bagi SMS, hubungi beliau pun tiada jawapan.

Saya minta untuk jumpa namun dapat tahu beliau akan buat sidang media.

“Saya ingatkan Hasan Ali agar dapat muhasabah diri. Apa yang beliau lakukan hanya merosakan diri sendiri. Sedangkan parti (PAS) ada kekuatan sendiri. Apa yang beliau lakukan hanya memberi kesan minimal pada parti,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Kecewa hilang kerusi dan sokongan parti

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pula berkata tindakan Hasan dan juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa melahirkan kekecewaan dengan menggunakan media Umno adalah akibat kehilangan kerusi dan sokongan dalam parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS mahu menyelamatkan Hasan dan Nasha serta menasihatkan kedua-dua pemimpin terbabit agar tidak mengikut jalan sendiri.

Ujar Khalid, contoh sedia ada dapat dilihat apabila bekas Naib Presiden PAS Datuk Nakhaei Ahmad bertindak keluar PAS sedangkan beliau hanya diperalatkan oleh Umno.

“Jangan kecewa tidak terpilih di kawasan Gombak Setia kerana kawasan lain ada menawarkan beliau (Hasan Ali) juga. Kita ada mesyuarat dengan Perhubungan PAS Negeri dan kawasan lain juga mahu calonkan beliau untuk bertanding.

“Tengok Nakhaei bekas Naib Presiden PAS, keluar parti habis macam itu sahaja. Beliau hanya diperalatkan oleh Umno. Kita nak selamatkan Hasan Ali dan Nasha bukan nak bantai mereka dan saya nasihatkan agar jangan ikut jalan sendiri,” katanya.

oleh Fazy Sahir

JAIS Buat Caca Marba Lagi


JAIS dakwa Khalid samad kerana tazkirah tanpa ‘tauliah’

 Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah.(Khalid dan Dr Rani yang kini menjadi mangsa terbaru Jais)

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

“Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais,” kata Dr Rani kepada Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya.

Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam.

Ekoran itu, 12 orang Islam yang berada dimajlis itu sedang disiasat oleh Jais.

PAS pula mendesak Jais mendakwa mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar mana-mana peraturan ekoran dakwaan Jais itu.

Sebelum itu, usaha PAS untuk berbincang dengan Jais dan Gereja gagal apabila kedua-dua pihak tidak bersedia berbuat demikian.

Setiausaha Agung PAS. Datuk Mustafa Ali pula mendakwa, ada tangan-tangan Umno di belakang tindakan Jais ini. Ekoran itu, Umno Selangor berkata Mustafa akan disaman. Mustafa pula menjawab pihaknya sedia bertemu Umno di mahkamah dan akan memberikan bukti dakwaan beliau di mahkamah.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadhan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.

“Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang.

“Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya.

“Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya.

“Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu.

“Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri.

“Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan,” cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya.

Hd

%d bloggers like this: