Tag Archives: dr MiM

Terkini: Blogger Umno Dr Novandri ‘Sesak Nafas’


Ibu Anya Ann Corke akan kemukakan saman pemula terhadap fitnah dr Mat indon Mali

Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

NONEIni, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

“Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini,” katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.

NONEAnya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya.

mKini

Anya Corke Pernah ‘Date’ Dengan Anak Guan Eng


Menurut sahibul semak papagomol dan pawang diraja MiM mata satu yang berasal dari mujapahat, kedua mapley itu pernah mengadakan satu perhubungan..katanya di ‘ALAM FANA CINTA’…

Riwayat tersebut diperakui benar oleh sahibul najibul rosmah dan mat yidin yang merupakan kepala negara pada ketika itu…riwayat tersebut masih tercoret dalam keadaan elok dan boleh didapati pada makalah ‘Utusan Terlampau’..

hahaha hahahaha Woit..Gila ka apa ka?

Bangang siot wa cakap luu..hahaha hahahaha..Bila masa pulak awek juara catur tuu jumpak anak lim guan eng…kalu doktor mat indon mali tu cakap …PERNAH JUMPAK DALAM MIMPI LAA BRO…pasti aku percaya…hahaha hahahaha

atau kalu lebih mantop lagi …cakap saja macam ni..dr MiM tu ‘berahi tahap gaban’  bila tengok gambo Anya Corke…hahaha hahahaha

Anya Corke nafi dirinya mangsa ‘pencabulan‘…mKini

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis itu.

NONEIsnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

%d bloggers like this: