Tag Archives: Diana Danielle

Nama Anak Farid Kamil ialah Muhammad


muhammad bersaa diana daniel

Tanda tanya mengenai nama anak Farid Kamil dan Diana terjawab

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danialle, 22, mendedahkan nama anak lelakinya yang kini berusia dua bulan sebagai Muhammad Farid Kamil.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini berkata, pemilihan nama tersebut dibuat oleh ibu mertuanya selepas dia pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja.

“Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu,” katanya yang ditemui ketika menemani Farid pada Malam Gala Filem Dampak, di sini, Khamis.

Diana berkata demikian ketika ditanya mengenai anaknya yang dikatakan masih menjadi rahsia dan hanya akan disiarkan melalui program eksklusif sebuah stesen televisyen swasta.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang hubungan dia dan ibunya Norsiah Ramli yang dilaporkan dingin, Diana enggan mengulas perkara tersebut.

“Maaf ya, saya tidak mahu komen tentang itu, terima kasih,” katanya.

Sementara itu, Diana yang masih lagi berpantang itu mengakui belum bersedia untuk kembali berlakon.

“Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali berlakon kerana kondisi saya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad,” katanya.

Tambahnya lagi, dia kurang mempercayai orang luar untuk menjaga anaknya itu ketika dia bekerja.

Sementara itu, Diana kini menetap di kampung halaman suaminya di Kedah bagi menghabiskan tempoh berpantang.

“Saya selesa tinggal di kampung kerana lebih aman seperti ketika saya berada di Australia.

“Insya-Allah kalau ada rezeki anak kedua nanti saya ingin pergi ke tempat seperti itu lagi,” katanya.

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang.

Bercakap tentang pengajiannya, Diana yang sedang menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia, berkata, dia bakal menjalani latihan praktikal di Malaysia selepas selesai proses berpantang.

kemalia othman mStar

Diana Danielle Akan Berkahwin dengan Farid Kamil ?


Betul ke diana dah nak kahwin ?

Pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson, 21, menafikan bakal berkahwin pada tahun ini dengan kekasihnya, Farid Kamil, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Diana berkata, dia dan Farid terkejut dengan spekulasi tersebut kerana mereka belum merancang sebarang perkahwinan dalam masa terdekat.

“Macam manalah gosip itu boleh timbul dan saya rasa ia bukan isu yang penting untuk dihebahkan kerana kami tidak merancang untuk berkahwin.

“Lagipun saya masih muda dan banyak perkara yang perlu diberi fokus pada tahun ini. Alhamdulillah kami masih selesa dengan perhubungan cinta ini dan biarlah masa menentukan sejauh mana perhubungan ini boleh pergi,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Difahamkan, pasangan selebriti ini dikhabarkan sudah memulakan perbincangan asas tentang niat untuk mendirikan rumah tangga.

Malah mereka juga sudah bersedia bergelar suami isteri pada tahun ini walaupun usia Diana masih muda.

Dalam pada itu dia juga sedang sibuk dengan penggambaran filem Hantu Gangster, arahan Namawee.

“Rasa seronok sangat bekerja dengan Namawee. Tambah pula dia mengingatkan saya kepada Afdlin Shauki.

“Walaupun dia pernah mencetuskan kontroversi yang membabitkan hal negara, biarlah ia berlalu kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada kesilapan.

“Kalau boleh saya mahu lihat kerja yang dilakukannya sekarang dan akan datang. Dia mempunyai idea yang sangat bagus dalam mengangkat masyarakat Malaysia melalui setiap filem yang dihasilkannya,” ujar Diana.

Selain itu, pada tahun ini Diana bakal muncul sebanyak empat buah filem lakonannya seperti Azazil, Spilt Gravy On Rice dan Jiwa Taiko.

oleh FERIDE HIKMET ATAK

Farid Kamil Tahu Siapa Punya “Angkara”


Farid dapat mengesyaki siapa individu itu

Pelakon Farid Kamil mengakui dapat mengesyaki beberapa pihak terlibat melakukan ugutan agar dia menjauhkan diri dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan pelakon jelita, Diana Danielle.

Jelas Farid, dia pasti perkara tersebut dilakukan oleh seseorang yang mengenali mereka berdua.

“Saya ada mengesyaki beberapa orang yang berkemungkinan besar melakukan perkara tersebut, namun saya sudah serahkan segalanya kepada polis. Biarlah polis yang menyelesaikan perkara itu.

“Apa yang penting ialah keselamatan kami sekarang. Nasib juga dia beri amaran awal-awal dengan ugutan daripada terus menyerang kami,” katanya ketika di temui padaProgram Rakaman Mega Raya, di sini, Sabtu lalu.

Farid diminta mengulas mengenai ugutan yang diterimanya minggu lalu menerusi panggilan telefon yang menyuruhnya agar menjauhkan diri daripada Diana.

Bagaimanapun, pengarah filem “Kongsi” itu telah pun membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.

Jelas Farid, buat masa ini dia mengambil langkah berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan yang mencurigakan.

“Kalau dulu mungkin saya rasa selamat untuk ke mana-mana seorang diri, namun kini perlu lebih berhati-hati terutamanya di tempat-tempat terbuka dan tidak biasa.

“Tapi saya juga tidak mahu ambil serius perkara ini sehingga mampu membatasi pergerakan saya sebaliknya sekadar lebih berhati-hati,” jelasnya.

Dalam pada itu, Farid turut menceritakan peristiwa ketika dia diugut oleh lelaki tersebut.

“Selepas lapan kali telefon bimbit saya berdering, saya fikir ia panggilan kecemasan kerana nombor tersebut juga tidak dikenali. Ada suara lelaki yang menyuruh agar saya jangan kurang ajar dan menjauhkan diri daripada Diana.

“Dia juga mengugut untuk mencederakan saya dan tahu di mana saya tinggal. Selepas kejadian tersebut saya telefon Diana dan menyuruh agar dia berhati-hati,” jelasnya.

mStar

%d bloggers like this: