Tag Archives: Dewan Rakyat

‘Fatwa’ Yang Haram Diamalkan ?


Fatwa ke petua ke apa ni?

Dakwat Kekal: Perkasa tidak wajar keluar ‘Fatwa’

PAS menggesa Perkasa tidak mengeluarkan fatwa sendiri sambil menegaskan, tanggapan pertubuhan pendesak itu bahawa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 adalah tidak berasas.

Sebaliknya tegas parti Islam itu, orang Melayu kalangan ahli Umno sahaja yang tidak akan mengundi kerana unsur sabotaj dari dalam parti itu sendiri, ekoran beberapa isu seperti pemilihan calon, sebagaimana diperkatakan sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak melihat alasan orang Melayu dan mereka yang beragama Islam akan mengelak daripada mengundi hanya kerana penggunaan dakwat kekal.

“Penggunaan dakwat kekal tidak bercanggah, Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah memberi kebenaran kepada penggunaan dakwat kekal,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat partinya di sini, hari ini.

Sambil menyindir, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, “ini fatwa siapa? Fatwa Perkasa.”

“Sepatutnya Perkasa memperjuangkan isu berkaitan dengan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, bukannya mengatakan bahawa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika menggunakan dakwat kekal,” katanya.

Pada sidang media itu Mahfuz juga menggesa agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA, yang menurutnya menindas dan menjadikan kakitangan awam, yang majoritinya orang Melayu, seolah-olah “buruh paksanaan.”

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, kebanyakan ahli Perkasa merupakan ahli Umno, dan oleh itu, “saya merasakan orang Umno sendiri yang tidak akan turun mengundi kerana isu sabotaj. Bukannya orang lain.”

“Dan juga bukan kerana penggunaan dakwat kekal,” kata beliau sambil berkata keputusan itu diluluskan oleh Parlimen dan ketua Perkasa merupakan salah seorang anggota Dewan Rakyat.

“Jadi, saya tidak nampak mengapa mahu membantah penggunaan dakwat kekal,” katanya.

Dalam satu kenyataan semalam, Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Kelmarin, SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan menggunakan dakwat kekal adalah muktamad.

tmi

Kisah Ular Lidi dah Telan Naga


Syarikat kerdil bolot projek mega ?

Ahli Parlimen Machang mempersoal pemberian kontrak bagi membina hospital baru kepada sebuah syarikat kerdil Najcom Sdn Bhd dan UEM Group Berhad.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal melaksanakan tadbir urus yang baik tetapi sebaliknya mendedahkan projek-projek mewah kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, terkini ialah pemberian kontrak bagi membina hospital baru untuk wanita dan kanak-kanak kepada sebuah syarikat kerdil Najcom Sdn Bhd dan rakan usahasama UEM Group Berhad.

Beliau merujuk kepada laporan www.theedgemalaysia.com 19 Oktober lalu berhubung pemberian kontrak yang dianggarkan bernilai di antara RM700 juta hingga RM900 juta yang dimuatkan dalam Belanjawan 2012 dan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober.

Menurut Saifuddin dalam satu kenyataan media, Najcom ialah sebuah syarikat pembinaan yang tidak dikenali berpengkalan di Pulau Pinang yang dimiliki oleh individu-individu yang rapat dengan Barisan Nasional.

“Projeknya yang terbesar setakat ini ialah projek pembinaan Institut Nutraseutikal dan Pharmaseutikal di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang bernilai RM80 juta yang ditawarkan pada 2008.

“Selain itu, projek-projek Najcom yang lain kesemuanya kecil-kecil belaka yang bernilai kurang dari RM10 juta maka sukar untuk kita mempercayai syarikat itu mampu melaksanakan projek yang bernilai hampir RM1 bilion,” kata beliau yang juga setiausaha agung PKR.

Katanya, UEM Group Berhad sejak sekian lama mempunyai hubungan rapat dengan golongan elit Umno dan bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan parti perkauman itu.

“Oleh itu, kita memandang berat di mana sebuah lagi projek mewah diberi kepada syarikat-syarikat kroni secara rahsia dan berselindung disebalik inisiatif kewangan swasta (PFI – private finance initiative),” katanya.

Ujar beliau, “tidak dapat disangkal lagi bahawa kerajaan akan terlibat dalam pembiayaan projek ini, secara langsung atau tidak langsung, sama ada melalui jaminan kerajaan terhadap pinjaman-pinjaman yang akan dibuat oleh syarikat kerdil ini atau melalui pemberian aset-aset kerajaan.

‘Pintu belakang’

Saifuddin menegaskan selama ini BN telah menggunakan kaedah pembiayaan dengan menggunakan ‘pintu belakang’ dalam banyak projek rakyat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009.

“Ini termasuk pembiayaan kos projek insfrastruktur terbesar MRT sebanyak RM55 bilion dan pembangunan semula tanah-tanah kerajaan di Sungai Buloh dan Sungai Besi oleh syarikat-syarikat swasta.

“Rakyat berhak untuk mengetahui maklumat secara terperinci berhubung penyerahan tugas membina hospital itu kepada Najcom dan UEM Group Berhad.

“Ini termasuk kaedah pembiayaan yang dicadangkan, perbandingan nilai yang bakal diperolehi oleh kerajaan dengan kertas-kertas cadangan yang berbeza oleh pembida-pembida yang lain,” ujarnya.

Menurut beliau, perhatian utama harus diberi kepada cara bagaimana Najcom dapat mengatasi masalah kurang pengalaman dan kemampuan dari sudut kewangan untuk melaksanakan projek mega ini.

Negara ini katanya, tidak mampu untuk melihat sebuah lagi projek awam yang gagal di masa depan yang dibebani dengan hutang yang banyak terutama apabila kerajaan BN hampir melepasi had maksimum hutang negara yang ditetapkan oleh Parlimen.

Pada 19 Oktober, The Edge Financil Daily melaporkan syarikat kerdil Najcom, bersama UEM Group Berhad berjaya membolot projek mega pembinaan hospital bernilai di antara RM700 juta hingga RM900 juta.

Setelah diselidik dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah didapati saham Najcom di miliki oleh Zainabbi Abubacker sebanyak 52.5% dan Datuk Haja Najmudeen Kader (47.5%).

tmi

Kesian: Khairy Kena Tibai dengan Anwar


‘Fahamlah saya Rembau tak dilantik dalam kabinet’

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘berbohong’ dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.

“Ini merupakan satu pembohongan bagi mengelirukan orang ramai. Dalam ucapannya, lain, dengan angka yang hanya RM5 bilion, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat dinyatakan begitu besar sehingga berbelas bilion,” kata Khairy.

Ketika bangun menjawab tuduhan itu bagi sesi perbahasan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini, Anwar berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana ucapan beliau itu dibuat ketika Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 belum dibentangkan oleh beliau.

Oleh itu, ucapan beliau mengenai perkara itu hanyalah pada anggaran kasar, tetapi angka yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu adalah jumlah yang lebih terperinci yang sepatutnya dijadikan rujukan dan diterima.

Menurut beliau, Khairy ternyata keliru dengan perkara itu dan beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan tersebut kerana jelas berpunca dari kekurangan penelitiannya sendiri mengenainya.

Walaupun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Khairy melakukan penelitian lebih mendalam berhubung perkara itu, Khairy tetap menuduh Anwar “berbohong” dan menyifatkan belanjawan Pakatan Rakyat itu hanyalah angka untuk mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang bangun mencelah turut meminta Khairy lebih cermat dengan ucapannya kerana angka RM5 bilion yang diucapkan oleh Anwar itu hanyalah anggaran kasar, manakala angka sebenar yang dibuat dengan lebih terperinci sememangnya seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Namun Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tetap mempertahankan tuduhan beliau, malah melebarkan pula hujahnya dengan bukti tidak tepat yang turut dibabitkan perbezaan harga komputer masa lalu dan terkini.

Tindakan Khairy memaksa Anwar yang juga Ketua Umum PKR bangun kembali selepas itu dan berkata, Khairy ternyata keliru dan tidak teliti dalam membaca ucapan beliau dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu.

“Sikap seperti ini tidak sepatutnya dimiliki. Tetapi sekarang fahamlah saya kenapa Ahli Parlimen Rembau tidak dilantik dalam Kabinet,” katanya.

Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula ketika bangun berucap mengingatkan Khairy dan para pemimpin Kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab terhadap wang negara dalam melaksanakan sesuatu projek.

Katanya, belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah untuk menyelamatkan wang negara dan bagi kepentingan rakyat yang sepatutnya diteliti dengan mendalam sebagai rujukan.

“Tetapi tentang projek komputer ini, di Terengganu sekarang pun (yang diperintah oleh BN) masih juga belum selesai-selesai,” katanya.

Hd

Mahfuz Omar Tumbuk Tajuddin Pasir Salak ?


Buku bertemu ruas’

Itulah ungkapan terbaik untuk kejadian hangat pada sidang dewan Rakyat hari ini, hangpa pun dah kenal si Tajuddin ‘kepala masam’ tu kan..haa ambik kau hari ini..silap kau hari ni pegi serang mahfuz buat apa? kau ada berani masuk ISA, penjara macam Mahfuz ke?..Kalu belum cukop ilmu didada lebih baik kau pegi ‘menuntut’ dulu!

Bagi aku Mahfuz bukan ‘saiz’ untuk Tajuddin coba lawan..hahaha

Kalu sekadar nak tunjuk gedebe ..boleh jalan laa bro…Mahfuz tu dah cukop masak dengan perangai pencacai macam kau tu.

Apa lagi kau tunggu ..saman jer laa si Mahfuz tu..kan Mahfuz dah bagi baik punya offer kat nko?…hahaha hahaha

Ops Lalang: Dewan Rakyat kecoh

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987.

Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut.

Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka.

Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.

“Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina,” katanya.

Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.

Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.

Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.

“Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya,” katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Hd

7.10.2011 Jadikan Bajet Terakhir Bn Mentadbir Malaysia


BN sudah gagal mentadbir Malaysia

PM Najib akan membentangkan bajet 2012 pada 7 oktober nanti.

Mari kita jadikan bajet terakhir Bn mentadbir Malaysia..

Rakyat masih menjadi kilang duit Bn sejak mamak mahathir lagi!

Malaysia masih kekal dengan bajet defisit selama 12 tahun berturut turut dan akan menjadikan pada 13 tahun berturut turut pada tahun ini.

Semenjak diperintah oleh mamak Mahathir, Pak Lah dan Najib Bn tidak berupaya bangkit dari persaingan ekonomi serantau dan masih mencorot dari jiran serumpun kita Indonesia.

Bn sudah tidak berupaya mengembangkan lagi ekonomi Malaysia dan lebih teruk dari Thailand yang sentiasa bergolak dengan politik tempatannya.

Bn perlu diundurkan dengan cara terhormat, Umno yang menjadi tunjang Bn hanya mengkayakan pemimpin dan kronis mereka sahaja.sudah sampai masanya Umno/Bn kita jadikan pembangkang pula dalam Dewan Rakyat.

Satu contoh kegagalan Bn ialah tidak dapat membendung kenaikan harga barang keperluan rakyat dan minyak.Bn lebih suka mengkayakan pemilik IPP dan kroni mereka sahaja.

Bajet 2012 dibentang di Parlimen 7 oktober -Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya.(janji saja).

“Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di sini Selasa.

Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.

“Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Bernama

Berita baik: Semua Ahli Parlimen Boleh Tengok Video 3 Boroi


Nazri dah tunjuk di punya anak jantan.

Berani kerana benar takut kerana salah, cadangan dari peguam Karpal Singh telah disokong oleh Nazri.

Biar semua MP tengok dan nilaikan samada benar Anwar dalam video itu atau siapa yang berperut boroi itu,jugak adakah video itu dibuat di KL atau Thailand.

Alang alang nak tunjuk biar semua MP tengok dan nilai sendiri tanpa ada ugutan lagi.Sejarah akan terpahat Malaysia sebagai negara yang ingin menegakkan demokrasi.

Bukankah Dewan Rakyat bebas dari undang undang dan tempat menggubal undang undang?jadi apa nak takut..(jangan pinda gambaq lain dah la)

Bentara Dewan..Sila jalankan tugas..

Nazri Sokong Tayang video seks di Parlimen

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyokong cadangan supaya rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen.

Mohamed Nazri berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan speaker Parlimen kerana hanya beliau mempunyai kuasa menentukan sesuatu keputusan dalam dewan.

“Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang.

“Kalau nak tayang di Parlimen, di mana? Kalau di perkarangan Parlimen susah nak dapat imuniti, kena tanya speaker dulu sebab dia yang tentukan, tak payah buat usul, minta sahaja kepada speaker,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Ke-5 Jabatan Peguam Negara Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Karpal Singh yang disiarkan akhbar mencadangkan supaya rakaman video berkenaan ditayangkan di Parlimen semalam.

Karpal berkata video itu perlu ditayangkan bagi membolehkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk semua anggota Parlimen mengenal pasti identiti individu lelaki dalam rakaman terbabit.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya daripada sudut undang-undang mengenai penayangan video itu berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana masih belum mendapat kertas siasatan daripada Ketua Polis Negara.

“Ini sangat kontroversi, saya cadangkan baca Akta Penapisan Filem kerana ada dinyatakan betul-betul apa yang menjadi kesalahan… dalam akta itu memang ada tapi bergantung kepada jenis kes.

“Dalam kes ini tak boleh nak komen lagi sebab belum terima kertas siasatan, polis tak serahkan lagi sebab ada sedikit siasatan lagi,” katanya.

Bernama

%d bloggers like this: