Tag Archives: David Cameron

Perang Syria: PM Kalah Undi !


no war

David Cameron kalah pengundian penggunaan ketenteraan ke atas Syria

Perdana Menteri Britain, David Cameron kalah undi parlimen yang penting malam semalam bertujuan untuk membuka jalan bagi Britain untuk menyerang Syria.

Dalam perkembangan yang memalukan dan tidak dijangka, Cameron dan kerajaan campuran gagal memenangi undi untuk meluluskan usul yang akan diberi kuasa tindakan ketenteraan terhadap Syria, pada dasarnya beliau tewas  285-272 undi.

Cameron berkata, selepas itu beliau tidak akan mengatasi kehendak parlimen dalam meluluskan tindakan ketenteraan,beliau  berkata ia adalah jelas bahawa penggubal undang-undang British tidak mahu melihat serangan tentera ke atas kerajaan Syria untuk menghukum serangan senjata kimia haram di pinggir bandar Damsyik minggu lepas .

Apabila ditanya oleh pemimpin Buruh Ed Miliband sama ada beliau berjanji tidak akan memintas Parlimen dan membenarkan tindakan ketenteraan, beliau berkata:

“Saya boleh memberi jaminan. Saya percaya dalam keperluan untuk tindak balas yang sukar penggunaan senjata kimia, tetapi saya juga percaya dalam menghormati kehendak Dewan Rakyat ini.

“Ia adalah malam yang sangat jelas bahawa Dewan tidak meluluskan usul, ia adalah jelas kepada saya bahawa Parlimen British, mencerminkan pandangan rakyat British, tidak mahu melihat tindakan tentera British ke atas Syria – saya akan bertindak dengan sewajarnya. ”

-reuters

David Cameron Ketawa Besar baca Statement Najib hari ini?


aku ingat laa mungkin David gelak sampai jatuh kerusi..

Agak agak hangpa kalu David Cameron baca  statement Najib ni apa dia nak kata?

Macamlah si david tu buta kepala atau pekak badak..hahaha..apalah punya kelentong si Najib ni..

Mungkin Najib duk ingat si David tu duduk di kawasan Felda dalam Parlimen Pekan kot?…hahaha

Tu pun Najib nak buat sandiwara aka penglipur lara lagi…hahaha, Najib lupa dah kot David sudah jamu  ‘air kuning’  di London 4,5 hari lalu.

Najib jelas niat sebenar Bersih pada Cameron

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini. Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar itu ketika lawatan itu berlangsung.( ruang untuk polis membantai protester)

“Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom “that we have room for dissent” (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia,” katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.

Hadir sama menyambut beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

“Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis,” kata Najib.( mana janji kata nak bagi stadium)

Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh badan tidak berdaftar itu bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut “pembaharuan pilihan raya”.( david pun tahu itu satu kempen)

“Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Asia Barat. Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat,” katanya.( spr n da geng sebagai pelindung)

Beliau berkata Perdana Menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.

“Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih,” kata Najib. ( logik ke 1 rumah ada 88 pengundi?..dalam syiling dan tandas pun ada orang duduk ke)

Bernama

Besar ‘Kemaluan’ Najib di Kota London ..part II


Ratu elizabeth pakai pakaian kuning untuk sindir,perlekeh Najib Rosmah

Pemakaian kuning Ratu Elizabeth ketika menyambut Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kunjungan hormat ke Istana Buckingham, London semalam, menunjukkan kritikan sinis terhadap Perdana Menteri itu.

Kolumnis Suara Keadilan, Hishamuddin Rais berkata, pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan adalah kritikan terhadap dasar dan tindakan Najib.

“Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib. Dalam bahasa diplomatik, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu.

“Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu,” katanya kepada KeadilanDaily.

Hishamuddin adalah pengkritik sosial dan pengkaji semiotika iaitu ilmu mengenali tanda dan makna melalui komunikasi objek dan persembahan.

Gambar menunjukkan Najib sedang tunduk bersalaman dengan Ratu Elizabeth di sebuah bilik pertemuan itu dilaporkan agensi berita Bernama.

Satu lagi gambar menunjukkan Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond turut memakai tali leher kuning, ketika Najib dan Rosmah melawat Bangunan Stesyen Kereta Api London.

Malah, Najib tidak disambut dengan hamparan permaidani merah apabila tiba di Lapangan Terbang Farnborough, London, malah kedatangannya tidak disambut Perdana Menteri Britain, David Cameron, malah membatal majlis makan tengah hari bersama Najib

Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali pada kiriman twitter menulis, pula berkata, tiga penghinaan (insult) pada satu masa terlalu banyak.

“Demonstrasi di depan pejabat Datuk Bandar, majlis makan tengah hari yang dibatalkan dan Ratu memakai pakaian kuning ketika Najib dan Rosmah membuat kunjungan hormat. Tiga penghinaan (insult) pada satu masa terlalu banyak,” katanya.

Besar ‘Kemaluan’ Najib di Kota London


Ayat ‘ kemaluan’ menurut Tun Seri Lanang menafsirkan sifat malu yang terjadi…(tiada maksud lain)

Hari ini bukan sahaja rakyat Malaysia yang menumpukan perhatian kepada ketibaan PM Najib di London,malah seluruh dunia ingin melihat bagaimanakan sambutan yang akan diberikan oleh kerajaan Britain kepada Pm kerana dalam kenyataan Utusan dan Berita harian menyebut PM dijemput oleh PM Britain David Cameron.

Hasil dari carian di internet bagi maklumat ketibaan semua akhbar online dunia tidak menunjukan sebagai GAH untuk ketibaaan PM di Kota London.

Red Carpet atau karpet merah semestinya dibentangkan kepada jemputan VVIP sesebuah negara, jadi kemana perginya karpet merah itu?

Sesudah itu PM Najib agak malang lagi kerana jemputan ‘Lunch’ pula dibatalkan oleh PM David Cameron..

wartawan TT melaporkan dari Kota London.

We have been writing to the Home Secretary here (Theresa May) and the UK Parliamentary Working Group on Malaysia and Human rights. Today we received a response from Bill Cash (Chair of the UK PArliamentary Working Group on malaysia) to say he will take up this matter urgently with the Foreign Office.

We also got a small group together to protest today during lunchtime outside Downing Street as Cameron was meant to have lunch with Najib (But think it was cancelled as Cameron got bogged down with PM question time).

Anyway we didn’t see Najib bt we had a lot of yellow posters and banners and picketed along the broad lines of ‘Malaysia stop abusing human rights ‘ and ‘Stop detention without trial’, ‘Free all detainees now’ , ‘Mr cameron hear our plea, tell Najib to set them free’ ;).

Jika anda mempunyai maklumat lain ,silakan kita berkongsi disini.

PM Naik Angin


Perdana Menteri Britain naik angin

Perdana Menteri Britain, David Cameron (gambar) menggunakan kata-kata kesat dalam penerbangan pulang dari lawatannya ke Pakistan selepas beliau dimaklumkan tentang kontroversi berkaitan komennya bahawa Britain sepatutnya dipersalahkan kerana mencetuskan banyak krisis besar dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Perdana menteri berkenaan berpaling kepada seorang wartawan yang membangkitkan isu tersebut dan menjawab menggunakan kata-kata kesat.

Insiden itu berlaku selepas Cameron, 44, cuba menjauhkan dirinya dengan sejarah kolonial Britain semasa beliau menyampaikan satu ucapan di Pakistan.

Ditanya tentang permusuhan panjang antara Pakistan dan India berhubung isu wilayah Kashmir yang bermula sejak pemerintahan Empayar British, beliau memberitahu:” Saya tidak mahu menampilkan Britain sebagai watak utama yang mana, seperti masalah-masalah lain di dunia, kami yang bertanggungjawab kerana mencetuskan isu tersebut,”

Kenyataannya dikritik hebat dan menjadi tajuk utama akhbar-akhbar Britain pada keesokan harinya tetapi beliau cuma mendapat tahu tentang perkembangan tersebut semasa dalam penerbangan pulang ke London kelmarin.

“Britain perlu berhenti daripada malu tentang sejarahnya sebagai negara penjajah,” seorang pakar Unit Pengkajian Dasar Komanwel, Daisy Cooper ketika mengulas kenyataan Cameron.

Beliau kemudian bertanya siapakah wartawan yang melaporkan berita tersebut dan apabila wartawan berkaitan mengangkat tangan, beliau terus memakinya.

Agensi

%d bloggers like this: