Hakim memutuskan keputusan Anwar bebas
9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
Anwar sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin yang lain.
Tengah hari ini Anwar akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.
Hakim membebaskan Anwar dari tuduan liwat. Keputusan yang benar-benar upset. Keputusan ini sudah tentu disambut dengan linangan air mata kegembiraan oleh puluhan ribu penyokong Anwar yang berhimpun sejak awal pagi.
Apa pula strategi untuk memerangkap Anwar selepas ini ?
Ada agenda lagi ?
mKini
dari sumber TMI..
Putrajaya perlu berhenti menggunakan “politik kotor” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seteleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan beliau, membuktikan kes liwat itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah, kata Pemerhati Hak Asasi,
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah hari ini memutuskan Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.
“Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.
“Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu kenyataan hari ini.
Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat Mohd Saiful.
“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.
“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” katanya.
Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan penyokong parti itu.
Berikutan keputusan itu, dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.