Tag Archives: Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

Anwar Bebas !


Hakim memutuskan keputusan Anwar bebas

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Anwar sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin yang lain.

Tengah hari ini Anwar akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.

Hakim membebaskan Anwar dari tuduan liwat. Keputusan yang benar-benar upset. Keputusan ini sudah tentu disambut dengan linangan air mata kegembiraan oleh puluhan ribu penyokong Anwar yang berhimpun sejak awal pagi.

Apa pula strategi untuk memerangkap Anwar selepas ini ?

Ada agenda lagi ?

mKini

dari sumber TMI..

Putrajaya perlu berhenti menggunakan “politik kotor” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seteleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan beliau, membuktikan kes liwat itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah, kata Pemerhati Hak Asasi,

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah hari ini memutuskan Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.

“Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

“Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin berkata  pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat  Mohd Saiful.

“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.

“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” katanya.

Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan penyokong parti itu.

Berikutan keputusan itu, dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.

Fitnah II: Peguam Anwar Dihalang Rakam Wawancara Saksi Kes


Tangan kami terikat: Peguam Anwar

Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.

anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 sankara nairSankara Nair (kanan) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara 5 orang sahaja daripada 25 saksi yang dijanjikan.

Mereka masih belum mewawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, yang bertemu pengadu Mohamad Saiful Bukhari selepas didakwa diliwat, lapor agensi berita antarabangsa itu.

“Tangan kami terikat ketika mahu memberikan Anwar pembelaan sebaiknya kerana pihak pendakwaan menolak memberikan kami semua saksi yang dijanjikan,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Bagaimana Anwar akan mendapat perbicaraan yang adik apabila kami hendak mewawancara saksi pihak pendakwaan pun tidak boleh untuk memutuskan memanggil yang mana,” tambahnya.

Peguam mohon ketepi Hakim

Perbicaraan kes Fitnah II bersambung semula hari ini dan mahkamah akan mendengar permohonan pasukan peguam Anwar untuk mengenepikan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada terus menghakimi perbicaraan ini.

Berikut adalah laporan langsung daripada mahkamah:

9.00 pagi: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual-bual dengan peguam, Pawancheek Merican dan beberapa openyokong di dalam mahkamah sementara menunggu Hakim Mohamad Zabidin tiba. Anwar memakai sut kelabu dan kelihatan keletihan.

9.02 pagi: Peguam Anwar, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy dilihat bercakap-cakap dengan pendakwa raya, Datuk Mohd Yusoff Zainal Abiden.

9.32 pagi: Karpal Singh membuat permohonan untuk mengenepikan Hakim Mohamad Zabidin dari terus mendengar dan menghakimi kes Fitnah II.

Karpal mendakwa Hakim Zabidin melakukan pra-penghakiman sewaktu menyampaikan keputusan untuk memanggil Anwar membela diri.

Maka, menurut Karpal, Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dan tidak mungkin berlaku adil dalam menghakimi kes ini.

9.34 pagi: Pendakwa raya Yusoff Zainal Abiden menyampaikan hujahnya.

Permohonan kali ketiga ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadapnya.

“Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat,” kata Zabidin.

Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan.

Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri selepas Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkannya kerana terdapatprima facie dalam kes tersebut.

Ia berikutan mahkamah memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana berkenaan seorang yang “berwibawa.”.

Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga.

Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.

Kedua-dua permohonan itu ditolak.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh berkata, beliau dan pasukannya akan mengemukakan rayuan untuk mengenepikan  Zabidin selewat-lewatnya petang ini. Karpal juga memohon agar kes ditangguhkan terlebih dahulu.

Pagi tadi, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan untuk menyingkirkan Zabidin kerana melakukan pra-penghakiman sewaktu membuat keputusan untuk memanggil Anwar membela diri, 16 Mei lalu.

Ini kerana Zaibidin ketika membuat keputusan itu menyatakan saiful sebagai saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai, meskipun fakta perbicaraan menjelaskan percanggahan keterangan yang diberi Saiful di mahkamah

Karpal Singh dalam hujahnya berkata, Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dalam membuat keputusan dan tidak mungkin berlaku adil dalam menghakimi kes ini.

mKini

Nota: Dunia sedang memerhatikan sistem keadilan Malaysia, adakah pada tahun ini graf ketelusan akan menurun  lagi.

Lintas Langsung Keputusan Hakim Hari ini


Kes perbicaraan Anwar

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukar, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.

Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu ‘ole ole’ dengan lirik ‘bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar’.

Sementara itu, selepas 59 hari perbicaraan yang bermula awal tahun lalu, Anwar akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memerintahkannya untuk membela diriu ataupun melepaskan daripada tuduhan liwat.

Ketika ini, kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat.

Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.

Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

mKini

*Berita  rasmi dari twitter Tian Chua : Anwar dipanggil untuk membela diri

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Dalam penghakiman lebih dua jami itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana beliau seorang yang “berwibawa”.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.

HOT: Esok Semua Mata Tertumpu Kes Anwar


Hakim akan mengumumkan keputusannya esok

Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “Lelaki Y” – yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan .

Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah  Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facieterhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama..beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua.. Anwar  menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

 Ketiga… ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut – yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

# Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.

mKini

Nota: Beberapa orang penganalisa politik berpendapat Kes tuduhan keatas Anwar esok akan berakhir dengan Hakim Mahkamah akan membebaskan Anwar.

Berdasarkan beberapa faktor:

a…Kecelaruan mengenai fakta.

b…Kecelaruan mengenai saksi yang tidak dipanggil oleh pendakwaraya.

c…Report dari jude pereira tidak sama dengan report doktor.

d…Jika pilihan kedua diatas diambil oleh Anwar, 73 saksi akan dipanggil oleh Anwar termasuk PM Najib dan Rosmah Mansor.

e…Dan banyak lagi.

Fitnah Liwat II: Keputusan 16 Mei,Anwar Ada 3 Option


Keputusan Hakim pada 16 Mei 

Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini yang membicarakan kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONESelepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguambela Karpal Singh dan Sankara Nair, Hakim Zabidin kemudiannya menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya.

Ia sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun beliau akan membuang kes berkenaan.

Sejumlah 27 saksi pendakwaan memberi keterangan yang masuk bagi hari ke-59 hari ini.

Jika Anwar diarahkan membela diri, beliau mempunyai tiga pilihan iaitu:

1)memberi keterangan di kandang tertuduh,

2)memberi keterangan dari ‘dock’ tanpa boleh disoal oleh pihak pendakwaan

3) memilih untuk berdiam diri.

Sebelum ini, pada hujahnya pagi ini Mohd Yusof berkata keterangan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi tidak boleh diterima.

Ini kerana katanya, Dr Osman tidak menjalankan ujian forensik ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Malah, Dr Osman juga minta Saiful pergi ke hospital kerajaan. Dokumen laporan perubatan (Dr Osman) tidak boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Hujah Yusof lagi, sebahagian apa yang diperkatakan oleh Dr Osman adalah tidak benar (aduan bahawa plastik disumbat ke dubur Saiful).

Peguambela utama, Karpal Singh sebelum ini mahu Dr Osman dipanggil sebagai saksi kerana katanya ketidak-hadirannya menyebabkan ada kelopongan yang serius dalam kes pendakwaan itu.

Yusof berkata hanya fakta relevan yang boleh diterima sebagai bukti dan Saiful memang mengadu kepada Dr Osman tetapi hakikatnya beliau tidak membuat laporan polis ketika itu.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

mKini

%d bloggers like this: