Tag Archives: DAP

Tempoh Untuk PAS Berpecah Sudah Tiba


utus meloyo

Ingat tempoh untuk PAS berpecah sudah pun tiba

Ketua Dewan Urusan Ulama PAS Datuk Harun Taib membuat cadangan supaya PAS mengkaji semula kerjasama (tahalus syiasi) dengan PKR.

Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.

Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahalus syiasi itu boleh melemahkan PAS.

Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara specifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap PPAS berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas.

Tentunya andai ini silap sebab tahalus syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat angin berjimak (lama).

Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar PAS yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan.

Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu, ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli PAS terutamanya golongan merasakan diri mereka ‘ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa ‘Melayu’ akan membahas perkara berkenaan.

Apa yang dapat dibayangkan di sini, sekiranya agenda itu dibahas dan diterima sudah tentu PAS akan mempamerkan satu langkah baru yang lama dan sekaligus PAS akan menunjukkan ia dikuasai oleh ‘pedagang-pedagangan’ politik Islam.

Kemungkinan yang boleh disuluh di sini PAS akan mencari rakan politik baru dalam projek ‘tahalul syiasinya’ untuk masa depan bagi meletakkan PAS sebagai sebuah parti dominan seperti diharap Harun.

Bolehkah PAS menjadi dominan dengan pendekatannya tanpa menuruti sungai peralihan kerana politik itu sendiri bersifat pragmatik?

Mungkin di sini PAS akan berpaling tadah bekerjasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan Melayu dan Islam. Tetapi selalu yang disoalkan, apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan PAS? Dan sejauh manakah PAS menyakin Umno memperjuangkan Islam dan Melayu sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan PAS.

Cadangan untuk mendekati Umno ini tidak menghairankan kerana agenda Unity Government masih berjalan tetapi dengan sedikit perubahan dan bertukar pemainnya. Kalau dahulu ia dimainkan oleh bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa yang lain, tetapi kini ada watak lain yang mengambil alih baton kerajaan perpaduan itu dengan melarikannya dalam kabus.

Sekiranya muktamar menerima cadangan itu; PAS memutuskan kerjasama dengan PKR khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak ia akan menjejaskan PAS dari segi kepercayaan umum.

Orang akan melihat PAS tidak konsisten didalam akidah politiknya (kerjasama) atau berbuat sesuatu tanpa berfikir. Golongan muda profesional tentu akan tergencat menyebabkan mereka menarik diri dari PAS.

Pemansuhan kerjasama itu juga boleh menyebabkan orang Cina konfius dengan PAS dan hilang kepercayaan. Kerusi-kerusi bandar yang dimenangi PAS atas sokongan pengundi Cina akan hilang. Implikasi ini kena diterima, sumbangan orang Cina juga dalam hubungan kerjasama ini tidak banyak sikit menguntungkan PAS.

Secara umumnya cadangan Harun agar dikaji semula kerjasama itu tidak boleh dikesampingkan begitu saja dengan syarat ia dibuat secara menyeluruh. Kajian itu bukan saja melihat kelemahan atau pun kenegatifan PAS dengan kerjasama itu sahaja, sebaliknya kaji juga mengenai kesan positifnya seperti salah satu dinyatakan di atas tadi.

Kalau hendak buat kajian jangan melihat cemarnya PKR sahaja, tetapi kena juga lihat kelemahan PAS itu sendiri serta kesalahan-kesalahan dilakukan PAS disepanjang tahalul syiasi itu sendiri.

Sebab PAS juga parti yang tidak sesuci namanya dari segi amlinya. Bila ditengok memang PAS menjadi terlalu toleransi dan anjal dalam aspek-aspek yang perlu dipetegakkan, misalnya mengenai soal agama dan bangsa, tetapi siapa yang salah. Apakah PKR yang menekan PAS agar bersikap begitu atau siapa?

Misalnya dalam layanan liberalisasi keagamaan PAS menjadi tersangat baik dan terbuka sampai Presiden dan Mursyidul Am sendiri sanggup masuk ke gereja demi menarik perhatian dan simpatis politik? Apakah pemergian presiden dan mursyidul am itu atas paksaan PKR atau Anwar? Jawabnya tidak. Ia adalah kehendak dan ijtihad mereka sendiri. Jadi dalam hal ini PKR atau DAP tidak boleh disalahkan atas toleransi keterlaluan itu sehingga menyebabkan Pas rugi melainkan kesalahan kepada PAS juga.

Bagaimana pun, cadangan Harun itu juga dilihat bakal menjadi polemik baru didalam PAS. Cadangan itu sudah tentu akan bertentangan dengan pandangan (pola fikir politik) Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melihat tahalus syiasi dengan PKR itu memberi ruang baru kepada PAS sendiri untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Perwujudan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) PAS sedikit sebanyak ia bertolak dari roh tahalu syiasi. Sebelum mengkaji kebehasilan tahalus syiasi itu kaji dulu apakah untung dan rugi DHPP PAS itu.

Boleh jadi juga isu itu akan digunakan untuk muktamar November nanti untuk menyingkir mereka yang tidak sebulu dan sepasukan dengan mereka, iaini golong merasakan mereka alim ulamak. Golongan profesional yang selama ini membawa anjakan baru dalam politik PAS; mempolitikan ulama dan mengulamakan politik, telah membawa perubahan besar kepada pentadbiran dan sistem politik PAS serta memecahkan ‘bongol-bongol’ pejal dalam rangka kepelbagaian citarasa politik berversiasi negara ini.

Seharus dikaji dengan mendalam dan panjang lebar. Penolakan kerjasama dengan PKR itu sudah tentu ia akan membawa kepada penolakan kerjasama dengan DAP juga dan menolak kerjasama dengan mereka yang benci kepada UBN. Penerimaan itu nanti menyebabkan orang ramai khasnya generasi baru merasakan PAS mundur ke belakang semula. Pandangan itulah yang dimahui Umno bagi melihat Pakatan Rakyat yang kini menguasai suara majoriti menjadi lemah ‘kumbali’. Umno sedang berdoa siang dan malam dengan mendupakan asap kemeyen Islam dan bangsa bagi mempengaruhi PAS.

Apakah langkah dewan ulamak yang ingin membawa PAS kembali ke belakang dalam tribulasi ini kerana mereka sudah termakan cacing dalam mee Umno? Nauzubaliah. Paling menakut dan membimbangkan gara-gara cadangan Harun Taib dan begitu ghairahnya golongan merasakan mereka alim itu menyebabkan PAS akan berpecah dua.

Peristiwa yang berlaku penghujung 1982 menyebabkan Mohd Asri Muda dan rakan-rakan meninggalkan PAS kemudian menubuh Hamim tahun 1986 disebabkan diperlakukan demikian rupa dan kejinya, perlulah disedari dan diambil iktibar. Tempoh untuk PAS berpecah juga sebenarnya sudah sampai selepas, iaini PAS tenang selama 30 tahun. Perhatilah PAS sudah tidak berpecah dan kalut sudah 30 tahun setelah kekalutan terakhirnya 1982.

Mohd Sayuti Omar

Transformasi Najib Jadikan 2 Orang Kuat Umno Masuk DAP !


Biar dicemuh biar caci maki..

Biar didustakan dengan sejuta fitnah, biar segala macam nista dilemparkan..

Transformasi Najib akhirnya menjadikan bekas orang kanan beliau menyertai DAP..

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.

Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.

Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.

Bercakap lanjut, Ariff yang juga seorang kolumnis di FMT berkata DAP kini ‘lebih relevan’ buat orang Melayu berbanding Umno.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” kata Ariff.

Tambahnya, perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff.

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24998

Umno Melucah Lagi Dalam DUN N.9


Sidang DUN: Adun wanita DAP ‘serang’ menteri besar

Berhubung kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah.

SEREMBAN: Sidang DUN Negeri Sembilan hangat seketika apabila Adun wanita Wong May  May (DAP-Mambau) “menyerang” Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah mereka.

Mohamad (BN-Rantau) berkata demikian ketika menjawab soalan asal P Gunasekaran (DAP-Senawang) yang meminta kes jenayah perlu dibanteras secepat mungkin agar orang awam bebas bergerak dan berada di dalam situasi yang selamat.

Jawapan  itu membangkitkan kemarahan May May apabila beliau mendesak Mohamad meminta maaf kerana menyalahkan mangsa jenayah.

“Jawapan ini menghina dan meletakkan kesalahan pada mangsa jenayah sedangkan peratusan mangsa cuai adalah amat kecil.

“Malah rumah Adun Lobak, Loke Siew Fook sendiri pernah dipecah masuk sehingga pintu bilik beliau turut dipecah walaupun rumah beliau mempunyai tiga kunci dan bilik juga berkunci”, kata May May.

Ketika itu  Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) mencelah dengan bertanya pada May May “Mambau masuk bilik Lobak kah?”.

Desak minta maaf

Pertanyaan yang berbaur lucah tersebut membuatkan wajah May May agak berang. Bagaimanapun May May tidak menghiraukan Zainal Abidin dan terus mengasak Mohamad dengan mendesak meminta maaf.

May May juga turut mempertikaikan jawapan Mohamad bahawa kadar jenayah telah menurun sebanyak 20 peratus.

May May berkata kadar jenayah tidak turun tetapi mungkin ramai yang tidak mahu membuat laporan polis kerana hilang keyakinan ke atas pihak polis .

“Ada mangsa yang membuat lima hingga enam laporan polis tetapi tiada tindakan.Kadang kala terpaksa menunggu sehingga berjam-jam untuk membuat laporan polis dan menunggu pegawai penyiasat (IO).

“Mangsa yang dalam keadaan seperti ini sudah tentu akan hilang keyakinan kepada pihak polis”, ulas May May lagi.

Mohamad  bangun dan menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud meletakkan kesalahan kepada orang ramai yang cuai sebagai punca jenayah tetapi sekadar mengingatkan bahawa tanggungjawab untuk memastikan tahap jenayah terkawal itu adalah tanggungjawab bersama dan bukan seratus peratus diletakkan di atas bahu pihak berkuasa semata-mata.

fmt

Jihad Ramadhan Dengan Bakar Pejabat DAP, Ada Pahala Besar?


Agak agak hangpa mamat yang pi bakar pejabat DAP Penang tu dapat pahala besar ke tidak?
Boleh dikira sebagai amal kebajikan dan amal soleh ke tidak?
Atau pun sebagai jihad akbar kerana cuba merosakkan dan memusnahkan harta orang lain.
Sapa ada jawapan ..Cer habaq mai sat..hihihi
Ibu pejabat DAP Pulau Pinang dibakar
Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

“Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama ada suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

“Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

NONEPintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata saksi seorang lelaki mencurigakan dilihat berhenti di hadapan pejabat parti itu sekitar pukul 2.50 pagi, sebelum menyalakan satu kertas suratkhabar.

“Katanya suspek kemudian mencampakkan kertas suratkhabar yang terbakar itu ke premis berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di Georgetown hari ini.

Beberapa makalah penerbitan parti yang ditempatkan di hadapan bangunan dua tingkat itu didapati turut terbakar.

Sementara itu Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Beach Street Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.50 pagi.

Menurutnya empat jentera bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira enam minit kemudian dan mengambil masa sekitar 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.

mKini

Fuhhh…PR Selamatkan Rm200 Bilion Wang Rakyat Malaysia!


 

Belanjawan Negara 2012 dari perspektif Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2011 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.

Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada orang ramai.

Menurut beliau, peruntukkan tersebut cukup besar. Ia sepatutnya sampai kepada sasaran, tetapi terjadi di sebaliknya ekoran sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno BN yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan subsidi itu bagi kepentingan mereka sendiri.

Katanya, kejadian itu menyebabkan rakyat menjadi amat terhimpiit dengan kenaikan harga petrol dan diesel, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima bebanan itu ekoran subsidi yang begitu besar yang telah disediakan oleh kerajaan.

“Begitu juga dengan subsidi bagi padi atau beras untuk petani. Walaupun subsidinya ada dan jumlahnya agak besar, tetapi para petani tetap juga tak dapat, tetap terus miskin dan hidup susah.

“Sebaliknya yang mendapat subsidi itu adalah orang yang dah kaya yang memiliki syarikat-syarikat besar terutama Bernas,” katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahlli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.

Rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini, di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Pada sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Mohamad menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu akan turut menekankan langkah-langkah yang akan dilakukan di negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat untuk kepentingan rakyat.

“Langkah-langkah tersebut seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. Antaranya termasuklah mengadakan skim kifalah bagi ibu tunggal seperti yang dilakukan oleh Kerajaan kelantan yang akan turut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

“Selain itu, kita juga akan turut menyediakan subsidi yang akan disalurkan terus kepada rakyat termasuk subsidi petroleum dan lain-lain subsidi sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara pada pilhanraya umum akan datang,” tegas beliau.

Hd

HOT: Pemuda PAS Tibai DAP Sarawak


PAS kesal ADUN DAP Sarawak enggan bersongkok

Dewan Pemuda PAS kesal dengan sikap beberapa ADUN Sarawak dari DAP yang tidak memakai pakaian rasmi untuk majlis perasmian sidang dewan undangan negeri semalam dengan alasan pemakaian songkok adalah bercirikan Islam.

“Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu sama lain.

NONE“Walaupun perkara ini berlaku di Sarawak, kami amat kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah sokongan rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini.

“Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Harian pada halaman utamanya hari ini memaparkan gambar ketua pembangkang Sarawak Wong Ho Leng yang mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat kerana mendakwa ia bercirikan Islam.

Dalam penerangan gambar itu, menurut akhbar milik Umno itu tindakan DAP dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat Sarawak sedangkan empat lagi ADUN PKR dan Bebas memakainya.

Bagi Raja Ahmad, PAS melihat kegagalan ADUN berkenaan menyarungkan songkok dan berbaju rasmi persidangan adalah kerana gagalnya Umno dan BN dalam mendidik rakyat bagi memahami budaya adat resam orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

“Orang bukan Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsirkan oleh orang bukan Islam.

“Umno sendiri menghalang perlaksanaan hukum Islam dari dilaksanakan dan Umno sendiri tidak ‘mesra’ terhadap hukum-hakam Islam sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu. Begitu juga isu songkok yang dianggap sebagai elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya (Umno),” katanya.

Menurut Raja Ahmad, beliau berharap semua lapisan masyarakat dapat bersama dalam menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri seluruh negara yang mana ia telah disepakati bersama sejak dahulu.

mKini

%d bloggers like this: