Tag Archives: Dang Wangi

Mamat Bangla Tibai Duit Fauzi Nawawi $118,000.00


Hasil niaga Fauzi Nawawi $118,000.00 lesap

KUALA LUMPUR – “Saya tawarkan RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pencuri itu,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi.

Beliau berkata selepas geram dengan tindakan seorang pekerjanya warga Bangladesh berusia 20-an yang melarikan RM118,000 wang hasil perniagaan dan peruntukan perbelanjaan restoran berasaskan makanan Iran miliknya di Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang diusahakan bersama seorang rakan berasal dari Iran.

Kehilangan wang dan suspek disedari kakitangan restoran berkenaan jam 5 pagi kelmarin sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, Fauzi berkata, dia dan rakannya itu mengambil alih restoran berkenaan hampir dua bulan lalu daripada pemilik asal yang menghadapi masalah kewangan.

“Sebelum memulakan perniagaan, saya membayar tunggakan gaji tiga bulan kepada semua pekerja dan mengambil semula mereka bekerja dengan saya.

“Ini bertujuan melancarkan urusan perniagaan kerana semua pekerja sudah terlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang mencuri wang berkenaan ditugaskan menjadi juruwang dengan gaji RM2,000 sebulan dan disebabkan itu dia tahu tempat wang perniagaan disimpan.

“Pekerja lain menyedari kehilangan wang dalam peti simpanan itu jam 5 pagi selepas membuat kiraan sebelum menutup restoran. Manakala, suspek sudah menghilangkan diri sejak jam 3 pagi.

“Mereka (pekerja) memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek sudah meninggalkan kawasan restoran,” katanya.

Fauzi berkata, beberapa pekerjanya bergegas ke kediaman suspek di Keramat, di sini sebelum hampa apabila dia sudah keluar dari rumah itu.

“Saya yakin wang yang dicurinya itu masih berada dalam simpanannya. Malah, perasaan saya kuat mengatakan dia masih berada di ibu kota,” katanya. Fauzi berkata, sesiapa yang mengenali lelaki terbabit atau terserempak dengannya boleh menghubungi balai polis terdekat atau pekerjanya, Ong Bak di talian 013-2244386.

myMetro

Gempar: Cobaan Bunuh Anwar Ibrahim!


Dakwaan Naib Presiden KEADILAN

Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, serangan gas pemedih mata yang dihalakan tepat ke arah  Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu, adalah siri terbaru dalam cubaan membunuh Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian ketika  sidang media selepas menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakqry Jaafar Sidek membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD).

Laporan itu berhubung serangan kanister gas pemedih mata yang dilakukan polis terhadap Anwar dan Fayyadh ketika mereka berada di terowong KL Sentral semasa perhimpunan aman Bersih 2.0.

Menurut N. Surendran, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis bagi mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.

Surendaran berkata, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa  insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki Datuk Seri Wan Azizah, ancaman terhadap cucu Anwar dan kes cubaan membunuh  membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.

Turut hadir ketika laporan polis itu dibuat ialah  Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, dan Peguam Lawyers For Liberty, Nadiah Nadwa Fikri dan

Pada 10 Mei lalu, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan polis berhubung insiden pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.

Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.

Pada masa yang sama, Nurul Izzah menerima ugutan SMS dari seseorang yang tidak dikenali yang mengugut untuk menculik anaknya bagi memaksa Anwar berundur dari politik.

Kd

Gempar: Anak Nurul Izzah Kena Culik?


SMS arah Anwar undur atau anak Nurul diculik

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk “ancaman serius” terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

“Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya,” tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan diculik pada 20 Oktober 2007 dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

dap pc on crime sharlinie campaign 280108 groupDalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa “sesuatu yang tidak elok” akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak, yang sulung adalah perempuan, manakala yang kedua pula adalah lelaki.

SMS penuh yang diterima berbyunyi seperti berikut:

“YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie.

“Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi.

“Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab.”

Dipercayai bermotif politik

Menurut Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai beliau pertama kali menerima ugutan itu pada 5 Mei lalu daripada individu tersebut yang mendesak bahawa “ada sesuatu perkara yang penting” untuk diberitahu kepadanya

“Dia juga meminta agar saya menelefon beliau dengan segera. SMS tersebut diulang dua kali pada hari yang sama,” katanya.

Katanya, beliau amat bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan keluarganya.

Beliau menyifatkan “ancaman” tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menamatkan perjuangan politik ayahnya.

“Saya percaya kesalahan serius telah dilakukan oleh penghantar SMS ini termasuk ugutan jenayah menurut seksyen 503, konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A, dan konspirasi serta percubaan untuk melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh dan/atau menyebabkan kematian,” katanya dalam laporan polis itu lagi.

Semua peruntukkan tersebut di bawah Kanun Keseksaan.

“Ini bukan kali pertama keluarga saya diancam bermotifkan politik kerana sebelum ini ugutan fitnah video seks dan sabotaj terhadap kereta yang dipakai ayah saya pada 19 April 2011,” katanya.

mKini

Gempar: Wartawan TV3/4 Kena ‘Hamput’


Tanya soalan lain ‘jangan biadap dengan saya’

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.

Turut menemani beliau hari ini ialah peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah Ismail, serta tiga orang wakil rakyat parti itu, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.

NONEAnwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan dijangka akan memberi keterangan berhubung alibi beliau berhubung kejadian seks dalam rakaman kontroversi itu.

Anwar sebelum ini turut memberi kenyataan kepada polis ketika beliau membuat aduan pada 22 Mac lalu.

Anwar juga telah menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

DNA apa you nak?” soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan dari stesen TV3.

Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus bertanyakan soalan yang sama dalam sidang media di kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.

Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.

“TV3 adalah alat perkakas murahan Umno dan saya minta saudari ingat itu,” herdiknya lagi.

Anwar juga berkata, Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan sama ada perbuatan tayangan pornografi itu merupakan strategi untuk mengekalkan kuasa perdana menteri itu.

“(Jelaskan) bagaimana dia gunakan (akhbar) Utusan (Malaysia) dan (portal) Agendadaily sebagai perkakas murahan untuk sebar jenayah yang begitu kotor dan jijik.

“Sekarang dia mahu hancurkan maruah keluarga (saya),” katanya.

Sementara itu, peguamnya, R Sivarasa berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemukakan soalan yang tidak relevan ketika siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukakan itu.

Namun, beliau tidak menyifatkan soalan yang diajukan polis bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.

“Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain,” katanya lagi.

Tambahnya, laporan polis sebelum ini juga dibuat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan oleh trio berkenaan.

“Mereka ugut, ancam supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah.

“Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar,” tambahnya.

Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan terhadap kes itu.

mKini

Nota: ambik sebij hang pandai duk spin cerita sangat!

%d bloggers like this: