Tag Archives: CNN

Ada Blogger Pompuan Bangga ‘Hilang Dara’ Pada Usia 18 Tahun


Gila: Aliaa bangga hilang dara pada umur 18 tahun

Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.

Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.

Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.

Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.

Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.

Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.

“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.

Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.

“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.

Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.

Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.

Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.

Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.

mynewshub

Bik Mama Cakap Macam Budak Tak Lulus SRP


Kan dah kata..

Bik Mama sendiri dah tunjukkan kebodohannya

Manalah Bik Mama tahu soal persekitaran dan takdir Allah SWT

Ha ..Media antarabangsa pun dah ‘bedal’ baik punya sama Bik Mama

Memalukan rakyat Mesia saja ..emmm betul ke beliau ni first lady..

baik duk diam diam jadi fat lady lagi baguih..ha ha ha

Rosmah patut minta maaf pada kerajaan dan rakyat Jepun

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara. Continue reading

Seluruh Dunia Ketawa Lawak Bodoh Berita Harian


Paparan kartun yang tidak menggambarkan sensitiviti seluruh rakyat Malaysia

Kreativiti ‘Mangkuk Hayun’ Berita Harian mempersendakan bencana pada rakyat Jepun

KUALA LUMPUR: Tiada pihak, lebih-lebih lagi pengamal media wajar menjadikan tragedi bencana alam sebagai modal kreativiti hingga menyinggung sensitiviti masyarakat dunia, khususnya negara terbabit.

“Bayangkan, kalau kita di tempat mereka dan melihat jenaka kejam ditujukan kepada kita?” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada KeadilanDaily, hari ini. Continue reading

Auw..Auw You Ni Ganas Lah!


Tadi pagi sepupunya mengaitkan Anwar sebagai ‘pengganas’ kerana laporan dari sumber yahudi Amerika.

Petang ini pula Isyam mengatakan dia belum membaca laporan itu TETAPI mengarahkan polis menyiasat.Apa kejadahnya pulak! Laporan dia tak mahu baca tetapi mengarahkan Polis menyiasat.Undang undang atau kanun mana mana you pakai ni.sepatutnya sebagai Menteri beliau perlu baca dahulu laporan CNN itu.Bersumber dari mana? mungkin sumber dari APCO laa kot.

Seperkara lagi beliau menegaskan ini bukan soal politik tetapi soal keselamatan.Din nak tanya disini Anwar tu bukan orang politik ke? atau hang baru nak kenal dengan Anwar anak Pak Brahim tu.

Ha ha ha…Anwar ada nampak macam muka PENGGANAS ke?

malaysiaKini melaporkan…..

Polis diarah siasat hubungan Anwar – pengganas

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

NONEDakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.

“Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas.

“Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini.

“Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan…suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Bercakap kepada pemberita di Felda Chemplak selepas solat Jumaat, Hishammuddin juga ditanya jika Anwar akan dipanggil untuk siasatan.

“Saya tidak tahu. Awak perlu tanya kepada polis,” jawabnya.

Menurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.

Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai “sesuatu yang sangat berbeza – dan lebih membimbangkan”.

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu “ada kalanya” membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda.

disediakan oleh…..dinjawa.lawak politik

Kesian Najib Kantoi Lagi


Cubaan terbaru Najib untuk menghalang pengaruh Anwar gagal lagi.

Sebelum ini Najib telah cuba memburukkan Anwar melalui media Australia dan ‘Ejen Singapore’.

Dakwaan Najib bahawa Anwar mendapat sponsor dari beberapa ‘orang kaya’ Saudi ternyata tidak menjadi.

Anwar menyatakan tindakan terdesak Najib berikutan PM Rosmah ‘kena londeh’ mengenai lawatan keluar negara dan Pejabat First Lady Of Malaysia dibongkar oleh media alternatif.Belanjawan PM Rosmah yang ternyata membazir dan program separuh masak ETP Najib yang gagal tidak dapat ditutup lagi.

Hari hari malang bagi Najib semakin nampak kini,apakah propaganda Najib selepas ini?

malaisiaKini melaporkan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut stesen berita antarabangsa, CNN – yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu – menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.

Najib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.

“Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim” dan “dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.

Tidak terkejut

Dalam reaksi segera, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun 2012.

NONE“Saya tidak terkejut bahawa perdana menteri akan pergi sejauh luar negara, bukan untuk tujuan menarik pelaburan asing, tetapi sanggup singgah untuk memfitnah saya,” kata Anwar mengulas laporan CNN itu.

Katanya, Najib begitu gentar dengan Pakatan Rakyat sehinggakan tidak berani menyahut cabarannya untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar ekonomi negara.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah,” katanya.

Najib takut

azlanMenurut Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib.

“Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.”

Anwar sebelum ini telah dituduh oleh musuh-musuhnya mempunyai hubungan dengan badan pemikir Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika. Pertubuhan itu juga dengan pertubuhan Muslim Brotherhood atau Muslim Ikhwanul yang didakwa membiayai rangkaian pengganas di seluruh dunia.

Anwar pernah menjadi ahli lembaga pengarah IIIT. Pertubuhan ini pernah diserbu dan digelidah oleh oleh FBI pada tahun 2002 kerana disyaki membiayai rangkaian pengganas, tetapi tidak ada dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai “sesuatu yang sangat berbeza – dan lebih membimbangkan”.

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

“Ia juga mendapati bahawa al-Qaeda danTaliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penggalangan dana, walau pelbagai tindakan diambil bagi menyekat aliran tunai berkenaan.”

%d bloggers like this: