Tag Archives: China

400 Juta Warga China Tidak Tahu Mandarin


nihaoma

Fakta terkini

Beijing: Lebih 400 juta rakyat China tidak boleh bertutur bahasa Mandarin yang juga bahasa kebangsaan di negara itu, manakala sebahagian besar bercakap dengan gaya bahasa yang teruk, lapor media tempatan.

Banyak dialek
Parti Komunis yang memerintah China berusaha mempromosikan bahasa Mandarin sejak berdekad lalu untuk menyatukan rakyat negara itu yang mempunyai beribu-ribu dialek dan bahasa minoriti, namun terhalang oleh saiz negara yang besar dan kurang pelaburan dalam bidang pendidikan.

Jurucakap Kementerian Pelajaran China, Xu Mei yang dipetik agensi berita Xinhua, berkata hanya 70 peratus rakyat negara itu boleh berbahasa Mandarin tetapi sebilangan besar tidak fasih, manakala 30 peratus lagi atau kira-kira 400 juta penduduk langsung tidak boleh menuturkannya.

Beliau berkata, China mungkin tidak akan berjaya menjadikan bahasa Mandarin atau sebelumnya dikenali sebagai Putonghua sebagai bahasa yang boleh dituturkan seluruh rakyat.

Promosi bahasa

“Tahun ini kementerian menumpukan kawasan terpencil dan pedalaman yang didiami kebanyakannya etnik minoriti,” katanya, menjelang kempen tahunan mempromosikan bahasa Mandarin yang diadakan setiap tahun sejak 1998.
Usaha mempromosikan bahasa Mandarin menjadi isu perdebatan dan pertelagahan di China, malah mencetuskan tunjuk perasaan dan keganasan.

– AGENSI

Peminat Berbogel protes Persaraan Yao Ming


Bogel bantahan terhadap persaraan Yao Ming

Yao Ming mengumumkan persaraan beliau dari pemain bola keranjang profesional pada hari Rabu.

Bintang Houston Rocketss berusia 30 tahun itu mengambil keputusan kerana kecederaan untuk bersara awal.

Peminat perempuan, yang belajar langkah Yao Ming, cuba untuk masuk ke tempat di mana sidang akhbar telah diadakan di Shanghai, China.
Dia di sana untuk membantah persaraan legenda bola keranjang, tetapi dihalang oleh pengawal keselamatan kerana kod berpakaian yang tidak sesuai.

Wanita berbogel dengan mempunyai lukisan badan jersey satu seksi, dengan ‘Yao’ perkataan dan nombor ’11 ‘di belakang.

Wanita, yang dilihat menangis teresak kerana  persaraan Yao Ming, kemudian pegawai membawanya ke sebuah bilik oleh seorang pengawal.

Agensi

Nota: macam macam gila atas dunia ni

Cerita menarik: Sebelah Wajah Budak Lelaki Penuh Bulu


Sebelah wajah budak lelaki penuh bulu

AN QI, dari Dehui, Wilayah Jilin dilahirkan dengan sebelah wajahnya dipenuhi bulu.

DEHUI, China – Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat.

An Qi yang menetap di sini, Wilayah Jilin berkata, dia sedih mengenangkan keadaan dirinya yang kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekelas.

Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental.

Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.

Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya.

Agensi

Tangkap Ikan Dengan Tangan


SEKUMPULAN nelayan menangkap ikan dengan menggunakan tangan di Tasik Xiannv, China baru-baru ini.


Tangkap ikan dengan tangan

TASIK XIANNV, China – Sekumpulan nelayan tidak menggunakan pukat untuk menangkap ikan tetapi hanya menadah tangan bagi mendapat haiwan itu di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Keadaan itu berlaku kerana musim panas yang melanda di wilayah Jiangxi sekali gus menyebabkan paras air menjadi cetek, baru-baru ini.

Agensi

Gempar: Budak 3 Tahun Berat 60 Kilogram


 

Berat badannya sentiasa bertambah sejak berumur 3 bulan

BEIJING – Masalah obesiti kini melanda kebanyakan kanak-kanak di seluruh dunia begitu juga dengan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun mencapai berat badan lima kali ganda berbanding berat kanak-kanak sebaya usianya.

Seorang kanak-kanak dari China, Lu Kao, 3, mengalami pertambahan berat badan secara drastik dan berterusan sejak dia berumur tiga bulan, sehingga kini beratnya mencecah 60 kilogram.

“Hao mempunyai selera makan yang luar biasa kerana dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi dalam satu masa,” menurut ayahnya, Lu Yuncheng.

Ibu bapanya kini berasa khuatir dengan tahap kesihatan Kao walaupun doktor menyatakan hormon kanak-kanak ‘sihat’ itu berada pada paras normal dan sukar untuk mengesan punca berat kanak-kanak itu yang terus meningkat secara mendadak.

Ibunya berharap agar berat badan Kao akan menurun bagi mengelakkan masalah berkaitan kegagalan fungsi sistem badan akibat keadaan fizikalnya itu.

sinar

Kisah Benar: Upah Orang Rosakkan Lamborghini Sendiri


BEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China.


Pemilik kereta upah orang rosakkan Lomborgini

BEIJING – Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin. Continue reading

%d bloggers like this: