Tag Archives: chef wan

Chef Wan Tibai Adlin ‘Mempersenda’ A.R Tompel ?


“saya tidak persendakan arwah bapa” – Adlin

SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramli menolak dakwaan juri tetap program Maharaja Lawak (MLM), Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan yang menyifatkan dirinya sebagai kurang sopan kerana mempersendakan arwah bapanya pelakon A.R Tompel.

Adlin berkata, dia tidak pernah memperlekehkan atau mempersendakan bapanya kerana dia begitu bangga dan merasakan Chef Wan telah salah faham terhadap lawaknya dipentas.

“Siapa yang tidak bangga dengan bapa mereka? Jadi kenapa perlu saya persendakan bapa sendiri. Itu adalah tidak benar kerana saya menyangjungi setiap apa perkara yang dilakukan oleh arwah bapa,” ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM minggu ketujuh di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Adlin berkata, dia tidak terkesan dengan semua komen pedas daripada chef selebriti itu yang kerap memberi ulasan negatif terhadap persembahannya di MLM.

Ujarnya, dia yakin telah melakukan persembahan terbaik setiap minggu untuk program tersebut untuk para peminatnya.

“Saya tidak mengambil hati dengan segala komen pedas yang diberikan kepada saya kerana tidak mahu ia menggangu emosi saya,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai penyingkirannya pada konsert minggu ketujuh itu, Adlin berkata, dia terkejut dapat bertahan selama itu selepas sentiasa mendapat kritikan negatif daripada pihak juri.

“Saya anggap menyertai program ini adalah sebagai satu percutian buat saya dan ia cukup menyeronokkan. Malangnya percutian itu telah pun habis,” ujarnya.

Selain Adlin, kumpulan Bawal Power (BP) turut disingkirkan bersama-samanya selepas kedua-dua mereka mendapat markah terendah.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI mStar

Chef Wan Tibai Adlin Kaw Kaw


Chef Wan kutuk Adlin

Walaupun chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, tidak hadir pada minggu keempat persembahan, Maharaja Lawak Mega (MLM) Jumaat malam lalu, namun beliau tetap mengikuti perkembangan MLM menerusi siaran ulangan.

Terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara, Chef Wan turut memberikan kritikan pedas terhadap persembahan MLM minggu lalu. Menerusi laman sosial, Facebook miliknya, Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli yang banyak perkataan lucah dan aksi double meaning.

Membawa watak pemain sorak wanita, Adlin, pada mulanya menarik perhatian ramai dengan penggunaan kostum dan basikal sebagai prop. Bagaimanapun, dia dilihat semakin berani apabila membuat persembahan sorak dengan menggunakan banyak perkataan double meaning.

Katanya, Adlin tidak sepatutnya membuat persembahan begitu kerana penonton MLM bukan sahaja di peringkat dewasa, malah terdiri daripada kanak-kanak.

“Persembahan Adlin pada malam itu nampak ‘kelam-kabut’. Tak tahulah apa yang ingin disampaikan, tetapi tidak menepati cita rasa penonton dan juri.

“Begitu juga persembahan minggu ketiga. Dia terlalu ‘berani’ membawa watak ulama dan berbicara mengenai hukum talak dalam bahasa jenaka.

“Lebih baik elakkan dari menggunakan hukum agama kerana banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat jenaka. Tak elok mempermainkan hukum-hukum agama,” kata Chef Wan, seperti yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Malah, Chef Wan turut menyifatkan aksi kumpulan Hiro juga membosankan.

Bagaimanapun, beliau memuji persembahan Boboi dan Osbon kerana dianggap lain daripada lain.

Sementara itu, Adlin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.

Sh

Chef Wan Tibai Kaw Kaw Resepsi Norman Memey


Chef Wan kritik pedas resepsi Norman – Memey

KUALA LUMPUR – Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, meluahkan rasa kesalnya terhadap majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang dikatakan bagaikan model di majlis mereka sendiri.

Selebriti terkenal itu berkata di laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.

“If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.

“Both Pengantin just play their game since its being sponsored.There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la,” komen Chef Wan di laman Facebook miliknya itu.

Selain itu, beliau yang merupakan antara 200 tetamu terpilih majlis berkenaan turut menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh serta tidak sepadan dengan kos tajaan majlis yang sangat mahal itu.

“Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.

“Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik.

“So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 miilion sponsorship is all about,” katanya lagi di laman web yang sama.

Menurut Chef Wan lagi, ramai media yang hadir di majlis itu memberikan reaksi negatif terhadap lagu-lagu gereja yang dinyanyikan, malah tiada doa selamat pun dibuat sedangkan majlis itu merupakan majlis perkahwinan pasangan Islam.

“Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.

“I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding. That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media nanti,” tambahnya lagi.

Chef Wan menyimpulkan bahawa majlis tersebut bukanlah merupakan majlis perkahwinan Norman dan Memey, namun ia lebih kepada majlis keramaian Rafflesia bertujuan untuk mempromosikan barangan kemas mereka dan ‘menenggelamkan’ pasangan itu.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

MyNewsHub

%d bloggers like this: