Tag Archives: Business and Economy

Berita Baik: Pemilik Dinar Emas Kelantan Untung Berganda


Dinar Emas: Masa lancar RM323 hari ini RM809

Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.

Hd

Boleh Pakai Ke? ..Payudara Selaku Petunjuk Ekonomi


Adakah benar kenyataan firma ini? hahahah

LONDON: Sebuah firma pemborong runcit Britain, Debenhams, mendakwa saiz payudara wanita boleh digunakan untuk menentukan kedudukan ekonomi negara.

Debenhams berkata saiz coli berubah seiring turun naik ekonomi Britain, selepas menjalankan kajian terperinci membabitkan sejarah payudara wanita Britain.

“Kini kita boleh melihat rekod ekonomi Britain hanya dengan mengikut peredaran zaman. Sejarah ekonomi negara berkembang bersama besar atau kecilnya saiz coli,” kata jurucakap Debenhams, Ed Watson.

Beliau berkata ahli sejarah seperti Simon Schama dan David Starkey kini tidak lagi menjalankan kajian di perpustakaan, sebaliknya hanya melihat saiz payudara wanita untuk menentukan situasi keseluruhan rakyat negara ini.

Awal abad ke-21 menyaksikan kadar inflasi meningkat dalam pelbagai cara dan wanita terpaksa menggunakan segala aset yang ada termasuk payudara untuk keselesaan hidup mereka.

Agensi

Pelik Tapi Benar: Harga Minyak Serantau Turun, BN Naikan Harga Pulak


Apa logiknya Bn menaikan harga minyak petrol?

Nak cari modal untuk buat PRU13 ke?

Harga minyak diperdagangan Asia turun lagi

KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan Umno-Barisan Nasional ghairah untuk menaikkan harga minyak, harga bahan bakar itu di perdagangan asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang kuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat.

Kontrak utama New York, minyak mentah jenis light sweet bagi pengiriman Julai turun 95 sen kepada USD 99.15 setong, sementara minyak mentah Brent North Sea juga turun 70 sen kepada USD 111.69 dolar setong.

“Harga minyak mentah melemah kerena pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berjalan perlahan dan permintaan bahan bakar negara itu kemungkinan turun,” kata Ker Chung Yang, penganalis dari Phillip Futures di Singapura.

Ia adalah penurunan mendadak kali kedua dalam bulan ini, selepas harga minyak di pasaran Asia jatuh kepada AS$101 setong 10 Mei lalu.

Para pedagang kini memfokus kepada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang akan mengadakan pertemuan tingkat menteri yang dijadualkan diadakan di Vienna, pada 8 Jun.

OPEC mengeluar 40 peratus dari minyak mentah dunia dan setiap komen yang disampaikan organisasi minyak dunia itu akan memberi kesan terhadap harga minyak antarabangsa.

Di sebalik penurunan itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilapor akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini.

Firma penyelidikan pelaburan, AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, menjadikan RM2.10 seliter.

Ia disebabkan keinginan kerajaan untuk menarik balik subsidi kepada rakyat secara perlahan-lahan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13999

Minyak Petrol Ron95 Naik Lagi 30 sen Hari Ahad ini?


Minyak petrol ron95 akan naik harga mulai pagi ahad ini
Berita yang tersebar di kalangan ramai
di Lembah Klang bahawa petrol RON95 akan dinaik
harga mulai tengah malam, iaitu awal pagi, Ahad.
Kenaikan dijangka sebanyak 30 sen seliter.
Wallahu A’lam …!
siyasahsyariyah.blogspot.com

http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/05/ron-95-naik-30-sen-pagi-ahad-ini.html

Anwar Beri Amaran Keadaan 2008 Akan Berulang


Kenaikan harga barang seperti situasi 2008

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008.

“Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005.

“Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010,” kata Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Anwar, bekas menteri kewangan berkata, statistik inflasi terbaru dikeluarkan Bank Negara untuk empat bulan antara Januari dan April lalu begitu membimbangkan.

“Saya prihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9 peratus harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas,” katanya.

Kata beliau, jika kenaikan itu tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun ini akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak 2006.

“Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat kenaikan mendadak harga minyak dan petrol” kata beliau lagi.

Dalam kenyataan itu, kata Anwar, harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Katanya, perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan statistik dikeluarkan Bank Negara menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi.

Malah kata Anwar, PR yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Oleh itu kata Ketua Pembangkang di Parlimen, alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi atas alasan boleh meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah.

“Jelasnya rakyat yang terkesan akibat daripada program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin.

“Rakyat mula muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh BN apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, PR telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga.

“Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat IPP.

“Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM28 bilion setiap tahun,” katanya lagi.

tmi

Naik Harga: Dr Dzul Hentam Mat Sembab


SHAH ALAM 14 MEI : Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka kepada teguran orang ramai berikutan kenaikan harga barangan dan bukannya marah apabila dikritik sebegitu, kata Ahli PaMenurut Dr Dzulkifli, Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang  mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat, kata beliau.

“Kita tahu di negara  barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya.” kata Dr Dzulkifli.
Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat,” tambah beliau.
Pagi tadi  Muhyiddin sekali lagi memilih majlis membabitkan penduduk luar bandar untuk  mendakwa kononnya Malaysia adalah negara ulung memberikan subsidi kepada rakyat.
Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.
“Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.
“Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar,” kata Muhyiddin  ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1 Malaysia di Kampung Sungai Ular Pahang.
Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.
Dr Dzulkifli berkata keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.
“Dia (Muhyiddin) masih dalam pemikiran lamanya yang belum sedar bahawa rakyat hari ini sudah celik dan punya keberanian untuk menegur bahkan mengkritik kerajaan sebab rakyat hari ini tahu bahawa mereka sebenarnya yang mengangkat kerajaan.”
“Dia masih lagi mempunyai minda lama yang menganggap bahawa kerajaan itu bos dan rakyat mesti dengar dan ambil apa saja yang kerajaan beri, kononnya kerajaan tahu semua,” tambah Dr Dzulkifli.
Muhyiddin mendakwa walaupun harga barangan naik “rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing.”
Ini bukan kali pertama Muhyiddin memberikan maklumat salah kepada penduduk luar bandar. Pada pilihanraya Sarawak beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju, malah antara yang terbaik di seluruh dunia.
“Perisytiharaan” itu dibuat kepada sekumpulan pengundi Iban di sebuah rumah panjang berhampiran Sri Aman Sarawak.
Kenyataan itu bercanggah dengan ketetapan agensi-agensi antarabangsa yang masih menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun. Malah Perdana Menteri Najib  Razak sendiri  mensasarkan 2020 untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, jika ekonomi berkembang purata lapan peratus setahun.
tvs news
Nota: Muhyiddin memang sengaja mencari pasal untuk membodohkan rakyat Malaysia. Eloklah TPM pun dua kali lima jugak ,memang tak tahu fakta ekonomi tapi buat buat tahu.
Inikah pemimpin yang akan membawa kecemerlangan ekonomi untuk rakyat? Menteri menteri yang pandai buat fitnah seks dan bahan lucah ini semua patut direhatkan pada PRU13 nanti.
%d bloggers like this: