Tag Archives: Bukit Mertajam

Bekas Naib Presiden PAS Sahkan Konsep Kepimpinan Ulama Dari Iran


pas

Konsep kepimpinan ulama dalam Pas bukan berasal dari Mesir atau Turki

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mengesahkan Majlis Syura Ulama berasal dari Iran dengan mengatakan beliau bertanggungjawab merangka pindaan perlembagaan parti Islam itu.

Menurut Nakhaie, Majlis Syura Ulama bukan satu kesilapan dan menegaskan ia adalah perkara yang wajar diambil demi memastikan PAS dipimpin mereka yang tahu mengenai ajaran Islam.

“Saya sebagai Naib Presiden PAS ketika itu ditugaskan membuat  beberapa pindaan Perlembagaan PAS, memasukkan kehendak dalam perlembagaan yang dinamakan Majlis Syura Ulama, yang dipimpin oleh Mursyidul Am.

“Saya yang rangka draf dan ia diluluskan Jawatankuasa Agung PAS yang kemudiannya diterima muktamar,” katanya dipetik daripada akhbar Sinar Harian.

Bagaimanapun menurut Nakhaie, ajaran dari ulama Syiah Iran tidak boleh diterima.

“Kita hanya ambil strukturnya sahaja, tetapi pengisiannya hendaklah berasaskan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu  mengatakan kepimpinan Ulama dan Unit Amal berasal dari Iran.

Mohamad  berkata, beliau dan rakan-rakannya dari Pemuda PAS yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS kerana tertarik dengan konsep “Wilayatul Faqih” yang digagaskan oleh Ayatollah Ruhullah Khomeini selepas berlakunya revolusi di negara tersebut.

“Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana,” katanya.

“Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu. Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang,” katanya.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran.

DIYANA IBRAHIM tmi

Buat Seks… Dalam Surau Pulak dah


Malaysia boleh!…apa sudah jadi?

Dalam surau pun depa tibai serupa jugak…kalu dulu aku duk denganr jugak ‘rumahku syurgaku’dan ‘masyarakat penyayang’ dan macam macam lagi slogan yang indah indah bunyiannya..

Apabila mai ‘Malaysia Boleh’, ‘islam HADhari’ dan 1 Malaysia..gejala tidak bermoral semakin bertambah…hangpa boleh tengok statistik semakin naik..

Inilah yang dikatakan oleh Baginda Rasul SAWW ” Umatku akan menganuti AGAMA pemerintah mereka” …(Ummati aa’la diini mulukihim)…Cer hangpa tanya ostad kazim kawan baik bro Manjungmari dan Abu Nawas tu…apa maksud sabda junjungan tuu.

Mungkin berkat dari fatwa al ulama’ dr mahadir kot…kalu laksanakan hukum rejam nanti habis batu tak ada kita nak buat jalan.

Surau tempat mengadakan hubungan seks

Surau adalah kemudahan yang disediakan kepada orang awam untuk menunaikan solat bagi umat Islam.

Namun, disebabkan keadaannya yang terbiar, ada yang tergamak mengambil kesempatan dengan menjadikan tempat itu sebagai lokasi pemuas nafsu.

Di Kompleks Bukit Mertajam umpamanya, surau yang terletak di tingkat dua bangunan usang itu dilihat menjadi lokasi popular untuk pasangan bercinta memadu kasih.

Malah, lebih menyedihkan ramai dalam kalangan yang terlibat terdiri dari pelajar sekolah.

Pekerja di sebuah premis dekat kompleks berkenaan, Ramzam Shah Mohd Abu Bakar, 36, berkata, pernah ada peniaga di situ terserempak dengan pasangan berbogel sedang asyik melakukan hubungan seks di dalam surau berkenaan.

Menurutnya, keadaan itu sudah pun berlarutan sejak beberapa tahun lalu menyebabkan tiada sesiapa dalam kalangan pekerja mahu pun pengunjung yang naik ke sana.

“Bukan sahaja surau yang terbiar, malah Kebanyakan kemudahan yang disediakan sudah rosak, malah pengunjung yang datang ke sini juga semakin berkurangan.

“Jika dahulu, kompleks ini riuh-rendah dengan kehadiran pengunjung, tetapi, kini suram. Jika dahulu ramai yang menyewa kedai di sini, tetapi, kini hanya tinggal kira-kira tujuh sahaja yang kebanyakannya mengusahakan kedai jahit,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau keadaan di surau itu bagi membendung gejala tidak sihat dari terus berlarutan.

Hs

Bob Lokman Ikrar Bantu PR Ke Putrajaya


Bob Lokman berucap bersama Mat Sabu dan Omar Hasan

Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman berkata tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya.

“Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.

200211 bob lokman kerdau“Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya,” kata Bob Lokman ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam, Khamis lalu.

Menurut laporan Harakahdaily, Bob Lokman yang menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

“Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, ” katanya.

Beliau berceramah di pentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Yang dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar mereka tidak terpesong daripada aqidah Islam.

Mereka disaran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.

Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakuo itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas ditambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

azlan“Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, ” katanya.

Baginya, sekarang masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.

mKini

Pemimpin BN Jangan Mati Cara Ini


MAYAT warga Nepal dibawa turun dari atas pokok kelapa di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, Bukit Mertajam, pagi semalam.

Hanya satu nasihat dari blog ini semua kepada pemimpin UMCO jangan mati dengan cara seperti warga Nepal itu.Jika ada harta atau wang ringgit yang disimpan diluar negeri eloklah bawa balik ke Malaysia ini.

Jangan cuba elak dari ditangkap seperti mamat nepal diatas.

Tak payahlah diikutkan cara warga nepal itu ,itu bukan cara yang Allah kehendaki.Sekiranya terasa dihati harap dimaafkan.

Berita mengenai gambar diatas…

Warga Nepal mati atas pokok kelapa

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Nepal yang melarikan diri dengan memanjat pokok kelapa selepas menceroboh kebun durian di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, di sini malam kelmarin, ditemui mati di atas pelepah pokok itu, pagi semalam.

Kematian lelaki berusia 20-an yang tidak memiliki dokumen pengenalan, disedari jam 10 pagi semalam dengan lilitan tali pinggang di lehernya, iaitu selepas hampir 24 jam berada atas pokok setinggi kira-kira 20 meter. Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengalami kesukaran membawa turun mayat lelaki itu, terpaksa meminta bantuan penduduk kampung dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Pemilik kebun, Arshad Abu Seman, 30, berkata kira-kira jam 10 malam kelmarin, beliau bersama beberapa rakan ke kebun untuk mencari durian dan terserempak beberapa lelaki yang kemudian melarikan diri dan seorang daripada mereka yang dipercayai ketakutan, memanjat pokok kelapa.

“Kami memujuk lelaki itu turun tetapi dia enggan dan membaling kelapa ke arah kami,” katanya sambil menambah mereka meninggalkan lelaki itu sendirian selepas menunggu beberapa lama.

Kematian disedari pagi semalam selepas sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, tiba untuk memberi bantuan tetapi mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia.
Pegawai Bomba II Rejab Ahmad, berkata pihaknya menghadapi kesukaran dan mengambil masa lama membawa turun mayat di celah pelepah kelapa.

Sementara itu, Mohd Ridzuan Shahak, yang membawa turun mayat, berkata beliau mendapati mulut mangsa berdarah dan kesan gigitan kerengga di muka serta badan, selain lilitan tali pinggang di leher.

Bernama

%d bloggers like this: