Tag Archives: Blog

Ada Gambar Blogger Pompuan Bogel Pulak dah


Aktivis wanita siar gambar bogel kerana bantah kebangkitan parti islam
.
Seorang aktivis wanita yang juga penulis blog politik berumur 20 tahun mengejutkan seluruh Mesir apabila menyiarkan gambarnya berbogel sebagai bantahan kepada kebangkitan gerakan Islam di sana.
 .
Tindakannya itu dibuat atas nama ‘menentang keganasan, perkauman, seks dan hipokrasi’. Begitulah luahannya dalam blog dimana gambar tersebut disiarkan. Tindakannya tersebut berjaya menarik pengunjung seramai 1.5 juta orang sejak ia disiarkan dalam minggu ini.
 .
Tindakan Aliaa Mahdy tersebut dilihat sebagai aksi provokasi terhadap pemerintahan sementara tentera dan juga peningkatan sokongan terhadap parti Islam yang dijangkan bakal memenangi pilihan raya parlimen Mesir yang bakal menjelang.
 .
Dunia sudah berubah sekarang ini. Sesiapa saja mampu mengejutkan masyarakat melalui penggunaan media komunikasi internet di mana setiap individu mampu meluahkan apa saja pendapat atau perasaan mereka.
 .
Bagi menarik perhatian, penggunaan gambar bogel mampu menarik jutaan peminat masuk menjenguk ke dalam dunia cyber di mana tiada perasaan malu untuk kita melakukannya kerana tidak ada sesiapa yang sedang melihat kita. Hanya keyakinan bahawa diri kita sebenarnya sentiasa diperhatikan sahaja yang mampu menhan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang walaupun sendirian di dalam bilik yang kosong.
.
Nukilan Bro…wartashubhi.

Kawal Media Internet: Bukti BN Bacul Selamanya


Pelbagai pihak pengamal media membantah dengan tegas langkah kerajaan untuk mengawal media internet.

Mereka merumuskan itu adalah nyawa terakhir Bn sebelum dikebumikan menjelang PRU13 nanti.Ada juga yang mengatakan bahawa langkah itu mengundurkan Malaysia ke belakang.

Sepatutnya jika terdapat web atau blog yang menyerang dan menangkis dakyah dari BN,seharusnya pihak BN juga menjawab dan menangkis hujah lawan melalui web dan blog.

Bak kata pepatah ‘kayu lawan kayu’ dan ‘pisang lawan pisang’,tentunya nampak tidak ada keadilan apabila kayu melawan pisang.

malaysiaKini melaporkan…

Pengumuman dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri..

Garis panduan itu antaranya akan merangkumi peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2001, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Ia juga akan merangkumi peruntukan dalam Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Garis panduan ini akan dijelaskan kepada orang ramai melalui satu roadshow yang akan dijalankan ke seluruh negara.

Bantahan dari berbagai golongan pengamal media…

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu “usaha ke kebelakang” yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Ahmad Lutfi Othman…

Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang pengusaha dan pengamal media tradisional.

djz convention 101205 ahmad lutfiSebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebook akan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.

Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web.

“Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat, jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.

“Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk.

“Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas,” katanya lagi.

‘Sikap bacul kerajaan’

Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.
Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai sikap bacul kerajaan untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.

harakah edisi julai 2009Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.

“Tapi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.

“Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?,” katanya lagi.

Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai “langkah tergesa-gesa” BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Tambahnya, beliau melihat langkah itu “sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat.”
BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang “cukup demokratik,” katanya lagi.

“Siapa saja boleh hasilkan blog, jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat),” tambahnya.

Janji Dr M

Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian.

bloggers conference 051007 rockyTambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.

Namun, langkah memperluas definisi ‘penerbitan’ untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang “bercita-cita terlalu tinggi,” kata penasihat Redberry Media Group itu lagi.

Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.

Sementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula memerhatikan, kerajaan sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk “menyekat Internet,” terutama selepas kemenangan besar Pakatan pada pilihan raya umum 2008.

Cadangan ‘Green Dam’

Katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan jaminan kerajaan untuk tidak menyekat Internet melalui Rang Jaminan MSC Malaysia.

nik nazmi nik ahmad book launch 210310 03“Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian ‘Green Dam’ di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.

“Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia.

“Di sebalik manipulasi dan kempen kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.

ADUN Seri Setia itu juga berkata, kerajaan sebelum ini juga telah bertindak mengenakan tekanan ke atas pengamal media Internet.

“(Ini) termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today,” katanya lagi.

M.kini

%d bloggers like this: