Tag Archives: bertunang

Hantaran Rita RM30,000


Majlis pertunangan Erni Dekritawati Yuliana Buhari dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah malam tadi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26 dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, malam tadi.

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak, dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim serta suami.
Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba jam 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Pertunangan Erni Dekritawati Yuliana atau Rita dengan Kamarulazlan yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Mashitah menamatkan spekulasi berkaitan lelaki pilihannya kerana Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa individu. Difahamkan, jumlah hantaran yang bakal diterima Rita pada majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung 4 Disember depan ialah sebanyak RM30,000 serba satu manakala majlis persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember.
Kisah peribadi Rita mula menjadi perhatian umum selepas ibunya bersama tiga yang lain, dibunuh kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke sungai dalam kejadian di Ladang Gadong, Banting, pada Ogos tahun lalu.

Oleh Abdullah Wahab dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

HM

Erni Anak Sosilawati Bertunang dengan ‘Orang Kuat’ Mashitah


Erni Dekritawati Yuliana 26,akan bertunang dengan Kamarulazlan Mohd Hanafiah 35 malam ini

Majlis pertunangan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau lebih dikenali sebagai Rita malam ini, dibuat secara tertutup dengan jemputan hanya di kalangan keluarga atau kenalan rapat.

Ini kerana ramai jiran yang tinggal berhampiran kediaman itu tidak tahu menahu perkara itu, sebaliknya merasakan ada majlis tertentu di kediaman Rita berikutan beberapa khemah dipasang dalam pekarangan rumahnya.
“Entahlah, mungkin majlis pertunangan Rita… sebab kalau nak kata majlis arwah untuk emaknya rasa macam dah lama berlalu,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, sebaik ditanya mengenai kehadiran kanopi putih rumah jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya itu.

Yang pasti, katanya, dia tidak menerima sebarang jemputan.
“Saya rasa majlis itu (pertunangan) terlalu peribadi dan majlis keluarga, jadi ia diraikan secara tertutup. Setakat ini saya hanya nampak keluarga dan rakannya,” katanya yang tinggal berhampiran rumah jutawan terbabit.
Seorang buruh yang hanya mahu dikenali sebagai Hasan dan bekerja berhampiran pula berkata, dia hanya nampak lori keluar masuk tetapi tidak pasti majlis yang diadakan.

“Saya cuma nampak lori bawa kerusi dan meja, tetapi tak tahu apa tujuannya.
“Sejak dua lalu, saya nampak kereta adiknya dikeluarkan bagi memberi laluan kepada lori memunggah barang,” katanya.

Sementara itu, peniaga gerai, Arifin Mohd Nor, 52, berkata dia juga tidak mendengar perkhabaran bahawa Rita bakal bertunang.
Katanya, tiada yang luar biasa dengan rutin Rita, malah menurut beberapa kariah masjid berhampiran, tiada jemputan atau berita mengenai pertunangan akan diadakan.

HM

Nota: Kamarulazlan Mohamad Hanafiah adala setiausaha kanan Mashitah Ibrahim timbalan menteri di JPM.

%d bloggers like this: