Tag Archives: bertudung

Kontroversi ‘Tudung’ Hajjah Siti Nurhaliza


Beberapa laman web dan forum hangat dan menjadi panas mendebatkan cara ‘bertudung’ Hajjah Siti Nurhaliza.

Penyanyi ternama Malaysia yang sudah pun bergelar seorang Hajjah menimbulkan topik hangat tentang cara beliau ‘bertudung’.Ada pihak mempertikaikan itu bukan cara bertudung menurut islam dari mazhab as syafie’ yang majoriti di Malaysia.

Pun begitu , jika menurut mafhum dari :

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Blog ini tidak bermaksud untuk memanjangkan sebarang kontroversi, hanya sekadar untuk melihat praktik islami dari beberapa artis yang sudah pun menutup aurat selengkapnya.

Apakah boleh dikatakan itu hanya cara Hajjah Siti Nurhaliza ‘bertudung’ tetapi bukan ‘menutup aurat’ menurut kacamata islam.

wallahu aa’lam.

Pengakuan Terbaru Rozita Che Wan Bertemu Dengan Shahir


Rozita Che Wan mengakui bertemu dan berbincang dengan Shahir susulan keputusan penyanyi itu untuk bersara. – Foto oleh FAIHAN GHANI

Rozita akui pertemuan terbaru dengan Shahir

Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada bertemu dengan penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) beberapa kali susulan pengakuan mengejut penyanyi itu untuk berehat dan mengundurkan diri daripada bidang seni baru-baru ini.

Rozita berkata, sebagai teman apa yang dapat dilakukannya adalah dengan berbincang dan memberikan nasihat sekadar termampu. Bagaimanapun, dia menghormati keputusan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu untuk bersara.

“Saya ada menemuinya dan berbincang tentang keputusannya itu. Siapalah saya untuk memberikan nasihat secara berlebih-lebih pula.

“Sebagai kawan, saya hanya boleh memberikan pandangan dan nasihat apa yang termampu saja,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Raya Astro di Saloma Bistro, baru-baru ini.

Ditanya adakah Shahir berkongsi dengannya akan sebab dan alasan sebenar di sebalik keputusan drastik itu, Rozita berkata, apa juga keputusan yang dilakukan oleh penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah hak peribadinya yang tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Mungkin dia masih muda dan baru dan tidak kuat untuk menghadapi liku-liku dunia seni ini. Apa pun, sebagai orang luar kita harus menghormati keputusan tersebut.

“Dia hendak berehat ke, bercuti panjang ke atau bersara sekali pun, itu adalah haknya dan siapa kita untuk mempertikaikan?,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozita yang baru pulang ke tanah air pada dua hari lalu selepas 12 hari mengerjakan umrah di Mekah kini kembali sibuk di lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia.

“Ibadat umrah kali ini sangat istimewa kerana saya mengerjakannya bersama ibu, kakak dan abang ipar. Suasananya lebih meraih kerana saya dapat pergi bersama ahli keluarga yang lebih ramai berbanding sebelum ini.

“Kini saya kembali ke lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia sehingga 26 Ogos sebelum bercuti selama seminggu untuk sambutan Hari Raya nanti,” katanya yang tampil menawan dengan imej bertudung.

Sekadar diusik apakah dia akan memakai tudung selepas ini, Rozita berkata, hatinya memang teringin untuk bertudung sepenuhnya tetapi bukan dalam masa terdekat memandangkan imej sebegitu akan membataskan watak yang dilakonkannya buat masa ini.

“Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula.

“Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami,” katanya yang sudah sembilan tahun menggalas status ibu tunggal.

mStar

Jojie Bertudung (Kakak Ella) ..manisnya


Dah makin ramai pulak artis memakai tudung.

Alhamdulillah..

Kisah pertama gossip edisi Ahad minggu ini. Jojie, kakak Ratu Rock Malaysia Ella bertudung.

Dan, pastinya ramai yang tertanya-tanya, adakah ini hijrah buat Jojie atau beliau hanya berjinak-jinak dalam fesyen pemakaian tudung?

Kami sendiri tidak pasti & sumber gambar ini, KOSMO! juga tidak tahu akan kisah di’sebalik gambar nan sekeping ini.

Namun apa yang pasti, Jojie nampak ada kelainan apabila mengenakan tudung sopan seperti ini.

Bukan apa, selama ini kita kerap di’sogok dengan imej wanita muda & moden seorang Jojie, sekali sekala lihat imej bertudung, teringat Irma Hasmie yang kini sudah kekal dalam imej muslimah.

%d bloggers like this: