Tag Archives: Bersih 2.0

Nazri Aziz Jangan Terperanjat Beruk Tengok ‘Gambar Hot’ Queen Elizabeth


..

Apa pulak pak menteri JPM Nazri Aziz nak kata  bila tengok gambar queen hari ini?
.
Apa yang menariknya gambar Presiden Turki dan isterinya ketika bertemu dengan Queen E sempena lawatan rasmi dan jamuan makan tengah hari?
.
Selain dilihat manis bertudung, menutup aurat, apakah yang membezakan lawatan isteri Presiden Turki dengan lawatan Rosmah tempoh hari?
.
Sila lihat gambar di bawah ini:
Queen E tidak memakai baju kuning ketika bertemu mereka. Sebelum ini, blog pencacai berhujah bahawa Queen E memakai baju kuning kononnya sebagai warna diraja.Kah kah kah!
.

Hari ini terbukti bahawa Queen E bisa sahaja memakai baju warna kegemarannya ketika berjumpa dengan ketua negara.

Terima kasih Queen E kerana menyokong BERSIH 2.0, takziah Haji dan Hajjah!!! -DCM
.
Nukilan Bro…duniacacamarba.

Terkini: Menteri KDN Hishamuddin Keris ‘Jatuh Pengsan’


Dari sumber yang belum dapat disahkan dan mungkin hanya gossip …

Ekoran keputusan Mahakamah hari ini membenarkan Bersih 2.0 mencabar beberapa menteri pak turot..hahaha

Tetapi FAKTA bukan auta…kumpulan Bersih 2.0 berjaya mendapat ‘court order’ untuk menafikan statement ‘bangang’ hisham keris tak dak sarung…

Adalah jugak dipercayai untuk ‘lunch’ hari ini hisham dikabarkan jadi ‘tak lalu makan’…hahaha

BERSIH 2.0 peroleh kebenaran cabar perintah isytihar ia haram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa pemandu kumpulan dikenali BERSIH 2.0 hari ini memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar perintah bahawa kumpulan itu adalah sebuah pergerakan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusuf, yang membuat keputusan itu di dalam kamar, membenarkan permohonan jawatankuasa pemandu gerakan itu bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah berkenaan.

Mahkamah menetapkan 22 November untuk mendengar merit bagi semakan kehakiman.

Pada 8 Julai, 14 anggota jawatankuasa pemandu pergerakan itu termasuk Datuk S Ambiga mengemukakan permohonan bagi semakan kehakiman itu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.

Semua anggota berkenaan antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta merta.

Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.

Ambiga yang juga peguam mewakili jawatankuasa pemandu itu, memberitahu pemberita bahawa hakim membenarkan permohonan mereka berkaitan membatalkan keputusan dan pengisytiharan perintah itu batal dan tidak sah.
Bagaimanapun, katanya, hakim menolak permohonan mereka bagi menghalang responden daripada memasuki dan memeriksa premis mereka serta perintah bagi mengarahkan responden menyerahkan baju-t, kain rentang, surat khabar, buku-buku, sepanduk dan sebarang dokumen atau objek milik mereka yang dirampas polis.

Ambiga berkata, beliau gembira dengan perintah itu kerana ia penting dan berkaitan dengan perintah eksekutif.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili responden berkata beliau akan mendapatkan arahan pihak atasannya sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Bernama

Antara Najib dan Muhyiddin, Siapa BOSS Sebenarnya?


Najib atau Muhyiddin,siapa arah siapa?

PM menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.

Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.

Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini.   Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.

Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.

Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.

Langkah berani reformasi pilihan raya

Beliau nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:

“Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan.”

Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.

Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika “benar-benar dipilih oleh rakyat” merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.

Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.

Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.

Seterusnya beliau berkata, “kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan.  Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu.”

Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri.  Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?

Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?

Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu di bahas secara terperinci di Parlimen.

Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.

Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.

Terpaksa membuat pusingan U

Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?

Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.

Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.

Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.

Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.

Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.

Kuasa PM

Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.

Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.

Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.

Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana

Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.

Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013.

Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya?

fmt

Debat Ambiga vs SPR Pusingan ke2,Wan Ahmad Kena Asak lagi


Pusingan ke-2: Ambiga terus asak Wan Ahmad

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah “badan pengurusan” di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

NONEKatanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara “dan
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan.”

Beliau menyatakan demikian di forum “Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya’ anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah,” katanya.

Mengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

“Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah.”

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini – dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

‘Tak benar SPR tak ada kuasa’

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk “memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi”.

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

“Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi,” kata Ambiga.

Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik ‘boleh dilakukan’

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

Mengenai isu pendaftaran secara automatik – salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.

mKini

Debat Ambiga vs SPR dan Dr Shamsul ‘Tibai’ Najib (VIDEO)


Shamsul Amri: Sudah 54 tahun merdeka, kita masih dikongkong

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 akhir bulan depan.

Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.

“Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini,” kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM ini.

“Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan,” kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepada SPR.

Ekoran keengganan SPR melaksanakan lapan tuntutan itu, Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu yang menyaksikan ribuan rakyat termasuk pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat membanjiri ibu negara.

Lebih 1,600 orang telah ditahan pada perhimpunan itu.

Empat tuntutan Bersih 2.0 yang lain adalah tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Jelas Shamsul Amri, kerajaan sepatutnya memberi ruang kebebasan kepada rakyat agar amalan demokrasi dapat ditonjolkan.

“Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada? Mungkin dengan adanya media baru kebebasan ini boleh dicapai.

“Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkitkan ini bukan untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Turut menjadi panel wacana kali ini ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang turut sama menghadiri wacana itu berkata, semua pemimpin parti politik harus bekerjasama untuk mematangkan sistem demokrasi negara.

Tegas beliau, keutamaan perlu diberikan terhadap masa depan negara bukan kepentingan politik.

“Kita perlu bersama-sama untuk mematangkan demokrasi negara, letakkan kepentingan negara bukan politik,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Shamsul Amri sebelum ini berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.

Kenyataan secara terbuka itu dilontakan Shamsul Amri dua hari selepas Himpunan Bersih 2.0 diadakan.

Beliau berkata musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.

tmi

Debat dengan Ambiga Wakil SPR kena ‘BOO’


Antara Ambiga dengan Wan Ahmad

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

NONEBeliau juga kena ‘boo’ beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

NONE“Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

mKini

%d bloggers like this: