Tag Archives: Batu Pahat

Banjir Johor Semakin Teruk


MANGSA banjir berteduh di pusat perlindungan dalam gimnasium di Bandar Lligan Filipina hari ini. Beribu mangsa terpaksa menyambut Krismas dalam keadaan banjir besar yang mengakibatkan lebih 1,000 maut. – Foto AFP

Mangsa banjir Johor meningkat ke 1400

Mangsa banjir di Johor semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat, lapor Bernama

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin dilaporkan masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong mencatatkan aras 3.34 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, 9.47 meter.

Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.04 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.92 meter), Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.19 meter), Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.60 meter).

Di Pahang, keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Di Sabah, mangsa banjir di Kampung Gum Gum di Sandakan yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 351 orang setakat 9 pagi ini berbanding 341 semalam.

Di Sarawak, beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir, terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun  dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

Di Kuantan: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.

Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.

Bernama

Betul Ke ? Ketua Wanita Umno Kena Cekup Khalwat..


Budaya cantas mencantas dan ‘pembunuhan karektor’ dalam Umno belum habis lagi.Mungkin ini antara sebab TPM amat takut untuk menghadapi PRU13.

Heboh kebelakangan ini di facebook berhubung khabar angin yang bertiup kencang menceritakan bahawa Ketua Wanita Umno Batu Pahat, ditangkap khalwat bulan mac lalu. Ramai yang menghantar email kepada ReJaM© bertanyakan hal itu.

Maklumat tersebut sudah berada di dalam simpanan ReJaM©. Pada awalnya ReJaM© kurang berminat untuk mendedahkan hal itu. Namun begitu lantaran terlalu banyak pertanyaan yang diajukan, maka di sini ReJaM© dedahkan serba sedikit kes tersebut.
.
Pada Jam 3.40 pagi 6 Mac 2011 yang lalu, satu serbuan dibuat di alamat No 31 Jalan Bintang 5, Taman Flora Batu Pahat oleh Imam masjid Dato Bentara Luar, Marzaki Bin A Rasak bersama dua orang polis IPD Batu Pahat serta dua orang awam.
Ketua Wanita Umno itu ditahan di bawah Seksyen 27(1) ab ekjsi1997 (khalwat) No Report BT PAHAT/005571/11. Di bawah ini salinan report Polis yang dibuat susulan daripada serbuan tersebut. (klik untuk membesarkan imej)

Berikut pula maklumat keahlian Umno, Haliza Binti Abdullah Ketua Wanita Umno Batu Pahat.

No. Ahli : 01512035
Negeri : J – JOHOR
Bahagian : 150 – BATU PAHAT
DUN : 15023 – PENGGARAM
Cawangan : 15023030 – KAMPONG MERDEKA

Di bawah ini pula gambar rumah beralamat di No 31 Jalan Bintang 5, Taman Flora Batu Pahat tempat aktiviti khalwat tersebut didakwa berlaku (lokasi serbuan dilakukan).
.
ReJaM© “Banyak skandal pemimpin Umno sudah berada dalam simpanan, maklumlah dekat nak pilihanraya ni budaya cantas mencantas semakin hebat!”
.
Nukilan Bro…milosuam.blogspot.com

Banjir di Johor dan Melaka Kian Parah


Kenderaan pacuan empat roda meredah banjir di bandar Segamat, Johor malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May

Mangsa banjir dipindah meningkat di Johor dan Melaka

KUALA LUMPUR,1 Feb — Seramai 45,909 penduduk di beberapa kawasan di Johor terpaksa dipindahkan ekoran banjir yang bertambah buruk dan hujan yang berterusan pula masuk hari ketujuh.

Begitu juga keadaan di Melaka di mana lebih ramai dipindahkan sehingga tengah malam tadi.

Di Johor jumlah kawasan yang terlibat dalam banjir juga dikatakan bertambah berbanding pagi semalam.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir negeri Johor, sebanyak 10,989 keluarga telah berpindah ke pusat perpindahan sehingga pukul 12 tengah malam tadi.

“Sehingga tengah malam tadi seramai 45,909 penduduk dengan 10,989 keluarga telah dipindahkan di seluruh negeri.

“Semua daerah di negeri ini menghadapi banjir dan kita terpaksa memindahkan mereka ke pusat perpindahan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan banjir sekarang (tengah malam tadi), tapi kita jangkakan jumlah ini akan bertambah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Angkatan Tentera Malaysia juga mula menggerakan pasukan mereka untuk membantu mangsa banjir.

Sebanyak 261 pusat perpindahan telah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir dengan 13 pusat perpindahan telah ditutup.

Seramai 4,715 mangsa banjir dari 1,232 keluarga di Johor Baru telah dipindahkan ke 20 pusat perpindahan, 2,095 mangsa dari 481 keluarga di Muar dipindahkan ke 21 pusat perpindahan dan seramai 2,417 mangsa dari 544 keluarga di Batu Pahat dipindahkan ke 25 pusat perpindahan.

Sementara itu di Segamat, seramai 18,915 mangsa dari 4,499 keluarga telah dipindahkan ke 88 pusat perpindahan, seramai 9,730 mangsa dengan 2,408 keluarga di Kluang dipindahkan ke 48 pusat perpindahan dan di Pontian seramai 656 mangsa dari 149 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat perpindahan.

Di Kota Tinggi – kawasan yang terjejas teruk dalam banjir besar empat tahun lalu, seramai 2,419 mangsa dari 524 keluarga telah dipindahkan ke 18 pusat pemilihan, di Mersing seramai 99 mangsa dari 31 keluarga dipindahkan dengan satu pusat perpindahan, di Ledang seramai 3,454 mangsa dari 776 keluarga ditempatkan di 22 pusat perpindahan dan di Kulai Jaya seramai 1,409 mangsa dari 345 keluarga dipindahkan ke 9 pusat perpindahan.

Sejak semalam banjir buruk yang berlaku telah menyebabkan tiga kematian dan lebih 40,000 telah dipindahkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Masih ramai terperangkap di beberapa bandar Johor dengan ketiadaan bekalan elektrik atau bekalan, memaksa pasukan tentera membantu operasi menyelamat mangsa.

Bencana kali ini diakibatkan hujan berterusan selama hampir 10 hari manakala menurut Jabatan Meteorologi, hujan dijangka turun hingga minggu ini di Segamat, Kota Tinggi dan Kluang.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Melaka yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan meningkat kepada 2,889 orang sehingga pukul 9 malam tadi berbanding 2,714 mangsa pada sebelah petang.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata Alor Gajah menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,534 daripada 344 keluarga di 10 buah pusat pemindahan.

Di Jasin, jumlah mangsa yang ditempatkan di 15 buah pusat pemindahan ialah 1,306 orang daripada 321 keluarga dan 49 mangsa daripada lapan keluarga di sebuah pusat pemindahan di Melaka Tengah.

Banjir di Melaka meragut mangsa pertama hari ini di Jasin iaitu seorang pengawal keselamatan, Yusry Mohd Yusof, 40, yang ditemui lemas di Loji Air, Kampung Chinchin pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Maklumat Jabatan Meteorologi menunjukkan hujan sekejab-sekejab kadangkala sederhana di Johor dan Pahang pagi semalam manakala di Kelantan, Melaka dan Terengganu hujan di satu dua tempat di kawasan pantai.

Keadaan di Johor itu diramalkan akan berterusan sepanjang 24 jam. Begitu juga di Pahang.

Di Melaka, ribut petir dijangkakan di beberapa tempat pada sebelah petang.

Di Negeri Sembilan, diramalkan tiada hujan sebelah pagi tetapi ribut petir di beberapa tempat sebelah petang dan hujan di satu dua tempat sebelah malam.

Laporan Bernama menyebut, beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung dibatalkan semalam akibat banjir dan tanah runtuh antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan hingga ke Kluang, Johor.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata perkhidmatan Ekspres Rakyat dari Butterworth ke Singapura dan Singapura-Butterworth hanya beroperasi dari KL Sentral ke Butterworth sahaja.

Ekspres Sinaran Selatan dari Singapura ke KL Sentral dan KL Sentral-Singapura serta Ekspres Senandung Sutera antara KL Sentral-Singapura terpaksa dibatalkan.

Ekspres Sinaran Timur bagi laluan Singapura-Tumpat dan Tumpat-Singapura hanya beroperasi antara laluan Kemayan-Tumpat manakala perkhidmatan ulang alik antara Gemas-Singapura dan Singapura-Gemas hanya beroperasi antara laluan Kluang-Singapura.

Perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lipis ke Singapura akan ditamatkan di Stesen Kemayan.

Menurut KTMB, penumpang Ekspress Senandung Wau dari KL Sentral ke Tumpat akan menaiki bas dari KL Sentral ke Mentakab sebelum menaiki tren ke Tumpat.

Bagi laluan Tumpat ke KL Sentral pula, penumpang akan menaiki tren dari Tumpat ke Mentakab sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral menaiki bas.

Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat pertukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket di kaunter KTMB yang berhampiran, kata kenyatataan KTMB yang dikeluarkan 6 petang semalam.

Pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862).

Sementara itu, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) telah mengaktifkan kaedah respons banjir tempatan dengan membuat persediaan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Johor dan Sarawak.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata pihaknya sedang berurusan dengan Majlis Keselamatan Negara bagi membantu mangsa serta menghantar bekas yang mengandungi barangan penjagaan kebersihan kepada mereka.

“Sukarelawan kami di Johor sedang membungkus 500 bekas barangan penjagaan kebersihan untuk kawasan Setia Alam dan 500 bekas akan diedarkan ke kawasan lain yang terjejas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya Mercy Malaysia cawangan Sarawak telah mengedarkan sejumlah 900 bekas barangan penjagaan kebersihan untuk masyarakat yang terjejas akibat banjir di Niah, Asap, Beluru dan Bakung sejak 23 Januari lalu.

Sementara itu pasukan Mercy Malaysia yang tiba di Sri Lanka pada 19 Januari lalu sedang sibuk membantu mangsa banjir di Ampara dan Batticaloa di negara itu.

Pengurus Besar Operasi Mercy Malaysia, Takako Izumi, berkata pihaknya menyediakan 1,000 bekas barangan penjagaan kesihatan untuk diedarkan di dua kawasan tersebut.

Orang ramai boleh membuat sumbangan derma melalui nombor akaun Maybank 5621-7950- 4126 atas nama Mercy Humanitarian Fund atau akaun CIMB Bank melalui nombor 1424-000-6561053 atas nama Mercy Malaysia.

Syed Mua’z Syed Putra

TINJAUAN dari udara menunjukkan keadaan banjir di sekitar Segamat, Johor, hari ini. – Foto Effendy Rashid

Feb 1, 2011 2:05 pm

Hampir Pengsan Tengok Bil Hospital!


Tinggal 12 hari kena rm 23,000.00

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu. Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau. Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.

“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.
Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.

%d bloggers like this: