Tag Archives: Banjir

Banjir Johor Semakin Teruk


MANGSA banjir berteduh di pusat perlindungan dalam gimnasium di Bandar Lligan Filipina hari ini. Beribu mangsa terpaksa menyambut Krismas dalam keadaan banjir besar yang mengakibatkan lebih 1,000 maut. – Foto AFP

Mangsa banjir Johor meningkat ke 1400

Mangsa banjir di Johor semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat, lapor Bernama

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin dilaporkan masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong mencatatkan aras 3.34 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, 9.47 meter.

Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.04 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.92 meter), Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.19 meter), Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.60 meter).

Di Pahang, keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Di Sabah, mangsa banjir di Kampung Gum Gum di Sandakan yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 351 orang setakat 9 pagi ini berbanding 341 semalam.

Di Sarawak, beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir, terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun  dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

Di Kuantan: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.

Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.

Bernama

Gambar Kilang HONDA Tenggelam Kerana Bah Thailand


Banjir terburuk di Thailand

DITENGGELAMI AIR…Gambaran dari udara menunjukkan ratusan kereta di kilang kereta Honda yang terletak di ibu kota Ayutthaya, di tenggelami air ekoran banjir besar yang melanda Thailand sejak Ahad lalu.

Banjir tersebut telah mengorbankan 500 orang setakat ini. Selain Thailand, negara jiran seperti Kemboja, Vietnam serta Filipina turut bencana yang serupa. -Foto AFP

Harga cili Siam melambung naik

Banjir di Thailand telah menyebabkan harga cili di Malaysia melambung tinggi dengan harga RM10 bagi sekilogram.

Harga tersebut naik dua kali ganda daripada harga biasa yang dicatatkan pada waktu semasa.

“Kita sangat bergantung kepada bekalan cili Siam dan cili merah daripada Thailand kerana petani di negara ini amat kurang menanam tanaman tersebut.

“Oleh kerana banjir besar yang melanda Thailand maka bekalan yang diperolehi kurang dan ini menyebabkan harganya melambung tinggi. Namun kita jangka masalah ini hanya akan dapat diatasi dalam masa yang singkat sebaik sahaja banjir di Thailand pulih sepenuhnya,” kata Presiden Kesatuan Penjual Sayur-Sayuran Malaysia, Soo Cheng Kee

“Buat masa sekarang pengguna boleh memilih untuk menggunakan cili kering atau pes cili. 90 peratus bekalan cili Siam dan cili merah yang dijual di Malaysia datang dari Thailand.

“Banjir besar yang melanda Thailand telah menyebabkan 30 daripada 77 wilayah di bahagian utara dan tengah negara itu terjejas teruk,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong menasihatkan pegimport sayur-sayuran di negara ini untuk mendapatkan bekalan mereka daripada negara China bagi mengatasi berkenaan ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Presiden Pelancongan Malaysia China, Paul Paw berkata mereka yang menempah tiket untuk melancong ke Thailand usah bimbang kerana jadual perjalanan ke negara itu berjalan seperti yang dirancang.

mStar

Najib ‘Kencing’ Rakyat Perlis Lagi


Empangan Perlis: Tiada peruntukan saliran ke laut

Kami mendesak kerajaan agar mengotakan janji untuk mempersiapkan saliran khusus ke laut dari empangan ini demi keselamatan dan ketenteraman seluruh warga Perlis.

PETALING JAYA: Ternyata apa yang di war-warkan sebelum ini bahawa kerajaan negeri Perlis akan memulakan projek ‘Saliran Khusus Empangan Timah Tasoh’ seawal tahun 2012 setelah proses pengambilan tanah selesai adalah bohong semata-mata.

Ini kerana dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan Jumaat lepas menyebut dengan jelas peruntukan hanya melibatkan kerja menaik taraf Empangan Timah Tasoh dan mendalamkan Sungai Arau sahaja, lihat muka surat 45 Bajet 2012 versi online.

Demikian menurut satu kenyataan media semalam daripada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Rakyat Perlis Atasi Masalah Banjir, Mohammad Faisol Abd Rahman.

Justeru katanya, ini memberi gambaran bahawa kestabilan rakyat Perlis khususnya penduduk di sekitar kawasan yang pernah terlibat dengan banjir masih lagi berada dalam keadaan dirundung rasa gelisah.

“Persoalannya apakah hanya cukup sekadar dengan mendalamkan sungai yang sedia ada mampu mengatasi limpahan stok air Empangan Timah Tasoh yang akan di naik taraf? Sudahkah kajian terperinci dibuat untuk tujuan tersebut ataupun hanya sekadar mahu menunaikan janji sahaja?

“Persoalan yang selama ini menghantui para penduduk negeri Perlis mengenai tahap keselamatan Empangan Timah Tasoh masih belum terjawab,” terang beliau.

Menurutnya, banjir besar yang melanda Bangkok sehingga mengorbankan ratusan nyawa di antara puncanya adalah saliran sungai yang sedia ada tidak mampu menampung pembuangan air empangan akibat hujan lebat.

Bangkok ditenggelami air

“Natijahnya hampir seluruh kota Bangkok ditenggelami air sekaligus melumpuhkan segala aktiviti penduduk di kota tersebut. Kejadian yang menimpa Bangkok sekarang ini wajar diambil iktibar oleh semua pihak,” katanya.

Faisol berkata, Empangan Timah Tasoh yang terletak lebih kurang 20 km dari bandar Kangar dan Arau kini dianggap sebagai “Time Bomb”. Mungkin ada yang menganggap hal ini sebagai lucu dan tidak masuk akal.

“Namun siapa sangka gegaran gempa bumi di Jepun baru-baru ini telah menyebabkan bencana kerosakan reaktor nuklear hingga menimbulkan keresahan masyarakat Jepun,” jelas beliau.

Katanya lagi, walaupun Malaysia bebas dari lingkaran kawasan gempa bumi, namun Malaysia tidak terkecuali dari merasakan gegaran hasil dari gempa bumi di negara jiran seperti Indonesia dan Myammar.

“Sesungguhnya warga Perlis amat bimbang seandainya Empangan Timah Tasoh retak, pecah dan runtuh akibat faktor luar jangka seperti gegaran gempa bumi dan apakah kerajaan negeri Perlis sudah bersiap sedia dengan pelan kecemasan sekiranya hal ini terjadi?

“Malaysia juga tidak terlepas dari potensi masalah tanah gelungsur akibat peningkatan projek dan aliran air dalam tanah yang tidak diurus dengan sempurna,” tambahnya.

Beliau menerangkan kenyataan tentang projek menaik taraf Empangan Timah Tasoh yang kapasiti simpanan air semasa 33.3 juta meter padu kepada 87 juta meter padu sudah pasti akan menambahkan lagi ancaman keselamatan kepada lokasi-lokasi popular banjir seperti Beseri, Kampung Syed Omar, Bintong, Kampung Jarak, Kangar, Repoh, Santan, Arau dan sebagainya.

“Dijangkakan sekiranya Empangan Timah Tasoh pecah akibat faktor luar jangka, maka ia akan hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja untuk menenggelamkan seluruh bandar Kangar dan Arau dengan bukan sahaja membawa air tetapi segala apa yang ada.

“Sehubungan dengan itu kami mendesak kerajaan agar mengotakan janji untuk mempersiapkan saliran khusus ke laut dari empangan ini demi keselamatan dan ketenteraman seluruh warga Perlis,” katanya.

fmt

18SX: Punggung Janda Muda Basah Jugak Akhirnya


Catatan dari seorang blogger Otai..

Ada kemungkinan dari pengalaman beliau sendiri..

Kisah Imah janda muda

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta- harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan.

Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. “Ohhhh!

Syukurlah!!!”kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.

Suspen

Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan. “Adik duduklah di sini” kata lelaki itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata” Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!” Jawab Imah “Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini”.

Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.

dari bro..bestoneoffour

http://bestoneoffour.wordpress.com/2011/09/28/punggung-janda-muda-basah-juga-akhirnya/

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas di Penang


Kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Sri Saujana, Sungai Dua, Pulau Pinang dinaiki air hingga menyebabkan beberapa buah kereta tenggelam akibat banjir kilat yang berlaku pada Sabtu. 

Banjir kilat jadi kalut di Penang

GEORGE TOWN: Hujan lebat yang turun sekitar pukul 11 pagi tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan air naik hingga ke paras lutut di kawasan perumahan, Minden Heights.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Taman Brown, K. Santha berkata beberapa buah rumah di Changkat Minden 7 ditenggelami air.

“Saya menerima maklumat daripada ahli kami bahawa banjir kilat yang melanda ini disebabkan oleh kebocoran paip yang bawah tanah akibat tekanan air yang kuat di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bukan itu sahaja, berdasarkan tinjauan beberapa kawasan turut ditenggelami air antaranya sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Masjid Negeri.

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas hingga 1kilometer berlaku di lebuh raya bertingkat dari Bayan Baru ke Gelugor.

Ia disebabkan oleh lampu isyarat yang rosak di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah-Sungai Dua.

Kesesakan bertambah buruk apabila terdapat kenderaan rosak diletakkan sepangjang jalan tersebut.

mStar

Banjir Perlis: Lebih 4,000 Dipindahkan


 

umat Islam mengharungi banjir untuk solat jumaat di masjid Putra

Peningkatan jumlah mangsa banjir berbanding semalam

Jumlah mangsa banjir di Perlis yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan meningkat kepada 4,230 orang sehingga 8 pagi ini berbanding 4,032 malam semalam.

Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata mereka yang dipindahkan itu adalah daripada 1,135 keluarga dan ditempatkan di 32 pusat pemindahan.

Paras air di kawasan selatan bandar Kangar meningkat malam tadi namun di kebanyakan kawasan di utara air mulai surut. Beberapa batang jalan di bandar Kangar masih ditenggelami air.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati penduduk di kawasan banjir supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan berpindah. Katanya, beliau menerima laporan ada penduduk di kawasan pinggir sungai yang enggan berpindah kerana mereka ini berpendapat air sungai semakin surut.

Md Isa yang meninjau pusat-pusat pemindahan banjir sehingga awal hari ini berkata, penduduk terbabit tidak seharusnya mengambil risiko kerana kerajaan menyediakan pusat pemindahan untuk mereka.

Bernama

%d bloggers like this: