Tag Archives: Bandung

Gadis 18 Tahun Kahwin 11 Kali


Kemiskinan jadi alasan bernikah melalui perkahwinan kontrak

JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.

Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.
Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ – terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab – di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya.

Agensi

Pelik Tapi Benar: Klinik Guna Rokok Rawat Kanser


SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini.

Klinik guna rokok rawat penyakit kanser

JAKARTA – Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.

Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

“Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh,” katanya.

AFP

Laman Mirip Facebook Ciptaan Budak 13 Tahun


MUKA surat Muhamad Yahya Harlan dalam laman salingsapa.com.


Budak ‘genius’ cipta laman mirip Facebook di Indonesia

BANDUNG – Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.

Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

“Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

“Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi,” kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.

Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai ‘mengklik’ komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.

Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.

Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.

Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.

“Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan,” kata ibunya.

ksm/Agensi

Safee Sali Akan ke Bandung


Sedia terima tawaran Kelab Persib Bandung

PENJARING terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Mohd. Safee Mohd. Sali hampir pasti meninggalkan Selangor untuk menyertai salah sebuah kelab di Indonesia, Persib Bandung, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Nada pemain kelahiran Kajang yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 29 Januari depan itu semalam jelas membuktikan bahawa dia begitu teruja untuk beraksi bersama kelab luar.

Safee seakan-akan memberi isyarat awal yang dia berkemungkinan besar akan menyertai kelab Persib Bandung biarpun turut diburu dua lagi kelab Indonesia, Pelita Jaya dan Persiba Balikpapan serta sebuah kelab Vietnam.

“Memang saya nak sangat belajar dan sudah lama sebenarnya impian saya untuk beraksi di luar negara. Buat masa ini keputusan saya untuk menerima tawaran tersebut adalah 70-30. Saya mungkin akan memberi pertimbangan tawaran sebuah kelab Indonesia itu.

“Daripada tiga kelab tersebut, Persib Bandung yang betul-betul menunjukkan minat. Lagipun saya sendiri rasa jarak Bandung paling dekat. Saya juga pernah ke sana dan sudah tahu suasananya.

“Mungkin jika segalanya menjadi kenyataan, memang ada dalam perancangan untuk membawa bersama keluarga ke sana,” kata Safee ketika ditemui pada majlis meraikan skuad kebangsaan oleh Nike Malaysia di One Utama, Damansara petang semalam.

Namun Safee menjelaskan bahawa dia tidaklah akan terus berhijrah ke kelab berkenaan dalam masa terdekat dan kemungkinan besar akan melengkapkan perpindahan tersebut pertengahan tahun ini.

“Saya baru pulang dari Perth, Australia bersama skuad Selangor pagi tadi (semalam). Sepatutnya dalam sehari dua ini akan berlangsung perbincangan di antara saya, Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAS) dan wakil kelab terbabit.

“Harap keputusan perbincangan tersebut mencapai sesuatu yang positif. Sebagai pemain profesional, saya mahu mengambil peluang ini sebagai satu cabaran,” jelas Safee.

Andai Safee sah menyarung jersi Persib Bandung, dia akan menjadi rakan sepasukan beberapa pemain kebangsaan Indonesia seperti Cristian Gonzales, Markus Harison, Maman Abdurahman dan Eka Ramdani.

ksm

Luna Maya Tonton Video di Mahkamah


Luna tidak dapat menahan emosinya selepas tonton video itu

JAKARTA – Pengacara terkenal, Luna Maya menonton klip video seks yang menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi Ariel melakukan hubungan seks dengan seorang wanita miripnya, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Luna Maya menonton video seks itu sebanyak tiga kali dalam perbicaraan tertutup melibatkan Ariel yang merupakan kekasihnya di sebuah mahkamah di Bandung.

Dia turut menyatakan bahawa rambut lelaki yang melakukan hubungan seks itu kelihatan mirip Ariel.

Ariel dituduh mengedarkan klip video seks yang menampilkan seorang lelaki miripnya dengan dua wanita iaitu Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya dan Luna Maya yang merupakan kekasihnya.

Pada minggu lalu, Cut Tari yang juga seorang pengacara mengaku di mahkamah sama bahawa wanita dalam salah satu klip video seks itu merupakan dirinya yang sedang melakukan hubungan seks dengan Ariel.

Ariel menafikan dia lelaki dalam video tersebut.

Namun, semasa Luna Maya memberi keterangan semalam, dia menyatakan bentuk tubuh wanita dalam video seks yang didakwa sebagai dirinya itu kelihatan samar-samar.

“Untuk (susuk) wanita (dalam video itu), dia (Luna Maya) menyatakan wanita tersebut kelihatan samar-samar. Untuk lelaki itu, memang ada kemiripan dari rambutnya dengan terdakwa (Ariel)” kata pendakwa raya, Rusmanto selepas perbicaraan itu ditangguhkan.

Menurut Rusmanto, ekoran Luna Maya mengaku wajah wanita tersebut samar-samar, dia diminta supaya melihat klip video seks itu sebanyak tiga kali.

Pendakwa raya itu menyatakan bahawa perbicaraan itu melibatkan keterangan daripada tujuh orang saksi.

Saksi-saksi itu ialah Reza Rizaldy (Redjoy atau RJ), Puri Lasmi, Anggit Gagah Pratama, Luna dan Sarah Amalia.

“Saksi ialah dari ibu pejabat polis,” kata Rusmanto.

Luna Maya yang menjadi saksi pertama tidak keberatan apabila diminta menonton klip video seks tersebut menerusi sebuah komputer riba.

Sebelum perbicaraan bermula, Luna Maya tidak berhenti-henti memandang Anggit yang menundukkan wajah untuk mengelakkan dia dirakamkan oleh jurugambar. Anggit menutup wajahnya dengan memakai topi dan memakai cermin mata hitam.

Luna Maya turut kelihatan menangis semasa menunggu perbicaraan bermula.

Bekas pengurus Luna Maya, Puri Lasmi yang juga seorang saksi kes dilihat cuba menenangkan Luna Maya, yang menangis itu.

Ariel yang nama sebenarnya Nazriel Izham, duduk tidak jauh dari Luna Maya hanya terdiam apabila melihatnya menangis.

Penyanyi itu berdepan tuduhan mengedarkan klip video seks yang dikatakan menampilkan lelaki mirip dirinya dan dua orang wanita iaitu Luna Maya dan pengacara Cut Tari. Pendedahan klip video seks itu menggemparkan Indonesia yang mempunyai undang-undang pornografi.

ksm/Agensi

Cut Tari Ngaku ‘making love’ Dengan Ariel


Cut Tari mangaku mengadakan hubungan seksual dengan Ariel

BANDUNG – Pengacara popular, Cut Tari, 33, mengaku di sebuah mahkamah di sini semalam bahawa dia merupakan wanita yang disiarkan di dalam klip video seks penyanyi band Peterpan, Ariel.

“Dia mengaku bahawa dalam video itu adalah dirinya dengan Ariel. Benar dia melakukannya (hubungan seks) bersama Ariel,” kata pendakwa raya, Rusmanto kepada pemberita selepas perbicaraan kes Ariel mengedarkan video lucah di sebuah mahkamah di Bandung.

Menurut Rusmanto, Cut Tari bagaimanapun tidak pasti mengenai tempat dan waktu dia melakukan perbuatan itu tetapi memberitahu bahawa ia berlaku sekitar 2005-2006.

Cut Tari yang mengaku masih menonton klip video itu juga memberitahu bahawa dia melakukan seks bersama Ariel di bawah katil sebanyak tiga kali, kata Rusmanto.

Setelah selesai perbicaraan, Cut Tari keluar dari kamar perbicaraan dan berkata kepada para pemberita: “Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video tersebut adalah saya. Tetapi, Ariel tetap mengaku bahawa yang ada dalam video tersebut bukan dirinya,” kata Cut Tari.

Dia turut menjelaskan kenapa matanya kelihatan berair dengan berkata: “Di dalam sidang (perbicaraan) tadi, dia (peguam Ariel) mengorek-ngorek luka lama saya.”

Dia yang ditemani suaminya, Johannes Joesoef Soebrata, meninggalkan pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam.

Dalam perkembangan sama, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham masih tidak mengaku bahawa dia terlibat di dalam video lucah itu.

Itukan pendapat orang lain,” kata Ariel ringkas kepada pemberita bagi mengulas pengakuan Cut Tari itu.

Peguam Ariel, Alfian Bonjol juga menyatakan bahawa Ariel menafikan bahawa dia adalah individu dalam klip video seks berkenaan.

“Anak guam saya menafikan dia adalah lelaki dalam klip video itu,” kata Alfian kepada para pemberita.

Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, 27, yang juga seorang pengacara tidak hadir pada perbicaraan semalam dan pihak pendakwaan berusaha bagi memastikan kehadirannya pada perbicaraan pada minggu hadapan.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup.

Jika didapati bersalah mengedarkan klip video lucah, Ariel berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda hingga AS$672,000 (RM2.1 juta) kerana beberapa kesalahan termasuk menyebarkan pornografi di Internet.

Pemberita-pemberita tidak dibenarkan untuk berada di dalam bilik mahkamah.

Namun, mereka dibenarkan melihat sesi perbicaraan tersebut dari luar tingkap bilik mahkamah.

Pemberita-pemberita itu dapat melihat Cut Tari menonton salah satu klip video tersebut menerusi komputer riba.

Ariel yang ditahan di sebuah penjara di sini dituduh mengedarkan klip video lucah yang menampilkan seorang lelaki miripnya melakukan hubungan seks dengan Cut Tari dan kekasihnya, Luna Maya.

Agensi

%d bloggers like this: