Tag Archives: Baginda Minda

Ummi Hafilda: Saman 100juta Bakal ‘Putih Mata’ Lagi?


Baginda mohon ketepikan saman fitnah Ummi

Ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda hari ini memohon untuk mengketepikan saman fitnah yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham memberi amaran kepada kedua-dua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah yang mungkin memberi kesan ke atas kes berkenaan.

“Saya juga baca akhbar. Saya alu-alukan media membuat laporan kerana ini membantu ketelusan dan mempercepatkan kes.

“Bagaimanapun, awak mesti memberi keterangan di dalam mahkamah dan bukannya di luar,” katanya yang dipercayai merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Ummi Hafilda pada Selasa lalu.

Dalam sumpahnya itu, dia mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda (kiri).

Singham kemudiannya menetap 12 September bagi mendengar permohonan itu.

Baginda yang diwakili peguam Yusmadi Mohd Yusoff terdahulu memberitahu mahkamah bahawa beliau baru dilantik menjadi peguamcara kerana baru menerima writ saman.

Katanya beliau telah memfailkan permohonan bagi mendapat kebenaran untuk memasukkan memorandum kehadiran bersyarat.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Turut dinamakan sebagai defenden pada saman fitnah itu adalah Mkini Dotcom Sdn Bhd yang didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb http://www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

Peguam Fahri Azzat yang mewakili Mkini Dotcom Sdn Bhd memohon agar mahkamah mengadakan proses mediasi antara anak guamnya dan Ummi Hafilda.

Hakim Singham berkata mahkamah memang menggalakkan proses mediasi antara pihak yang terlibat dan akan mengadakan mediasi selepas mendengar permohonan Baginda bagi mengetepikan saman itu.

mKini

Ummi Hafilda Kecewa Lagi..


Good try..but loose..SORRY JANGAN GELAK

apalah nasib si anak dara ini sejak dua menjak ini asyik kena ‘reject’ aja kesnya.

Kekadang aku tepikiaq jugak pasai apa yang dia ni duk kalut sangat Saman Menyaman ni…takkan pasai nak cari glamour kot?

Tapi ada sesuatu yang tersembunyi dari itu semua..agak agak hangpa apa dia?

Haaa tau pun..PRU13 tak lama lagi dah..apa kaitan itu semua…BN perlu jatuhkan Anwar dan aibkan beliau secukup cukupnya..

Tapi kuasa Allah siapa tahu…semua perancangan BN semakin hari semakin menemui kegagalan..kes liwat,kes video lagi kes apa..kes ejen Cina,India,kristian,islam pelurural apa tu ..aku pun payah nak sebut..

Akhirnya Anwar terus mendapat tempat dihati rakyat Mesia..

Aku pinjam sat ..siapa dia punya kata kata ini..LAST MEN STANDING

Mahkamah tolak saman fitnah Ummi Hafilda

Mahkamah Tinggi mengetepikan saman fitnah RM100 juta difailkan oleh ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya dan Malaysiakini, bulan lalu.

Hakim Zabariah Mohd Yusof memutuskan demikian di kamarnya selepas peguam kedua-dua pihak gagal hadir ketika pengurusan pertama kes hari ini.

Pada 17 Mac lalu, Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Ummi Hafilda dalam saman pemula tersebut mendakwa defendan dalam satu temu ramah di lobi bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.

Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar.

Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.

Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

MI

Kesian Ummi Hafilda Kena Londeh Lagi


Kesian aku tengok keadaan minah ni

Semakin hari semakin ramai pulak mendedahkan story mori pasai minah ni

Terbaru ex ‘rakan kongsi’ ummi pulak tampil membuat pendedahan,dahlah adik dia Azwan selalu saja membelasah dia dalam twitter dan sebagainya.

Sudah sudahlah cik ummi,berentilah dari membuat fitnah pada orang.

Ummi Hafilda takkan buat sesuatu tanpa dibayar: Baginda

KUALA LUMPUR: Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu. Continue reading

%d bloggers like this: