Tag Archives: Badrul Hisham

Siapa Yang Membuat Rosmah Mansor ‘Lena Di Ulik Intan’ ?


Rosmah boleh tidur lena..

Sempat ‘tarik nafas’ untuk beberapa ketika..

Boleh kembali aktif main badminton laa kot..

Ada ‘Lembu Dogol’ tolong cover sementara…

Sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat, kata Chegu Bard.

Sejak tahun 2011 membuka tirai, jika isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat tidur lena selama ini kerana terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan tuduhan, tetapi kini sejak isu National Feedlot Centre (NFC) dibongkar oleh PKR, beliau sudah tentu boleh tidur lena.

“Apa tidaknya satu-satunya individu wanita yang panas punggung selama sembilan bulan berturut-turut yang terpaksa menghadapi serangan demi serangan berhubung pelbagai kontroversi adalah Rosmah.

“Kini kedudukan Rosmah telah diambil alih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Dato’ Shahrizat Abdul Jalil dengan isu lembu NFC,” kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Katanya, sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat.

“Maka sudah tentu kini Rosmah boleh tidur lena kerana kemarahan rakyat sudah beralih kepada seorang lagi wanita iaitu Shahrizat,” ulas Badrul Hisham yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau.

Rosmah boros

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard merujuk kepada beberapa isu kontroversi yang melibatkan Rosmah seperti isu cincin berlian RM24.45 juta, beg tangan RM361,259, penginapan di Hotel Atlantis, Dubai RM140,000 satu malam, lawatan rasmi ke luar negara 2008-2011 RM17 juta dan pelbagai keborosan lagi seolah-olah dilupakan oleh rakyat dan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

“Justeru itu saya minta kepada kepimpinan Pakatan agar tidak melupakan isu yang bersangkut paut dengan Rosmah sebaliknya perlu terus dimainkan agar rakyat sedar keborosan beliau.

“Saya juga pelik kenapa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak masih tidak mahu menasihatkan Shahrizat melepaskan jawatan menteri.

“Ia memberi isyarat seolah-olah lagi lama beliau biarkan Shahrizat bertahan dalam kabinet maka lagi lamalah Pakatan akan habiskan masa menyerang Shahrizat.

“Ini secara tidak sengaja akan memberikan “perlindungan” kepada Rosmah dan beliau sendiri dan segala isu yang berkaitan dengan Rosmah dan beliau sebelum ini akan sejuk, “cool down”.

Seterusnya situasi ini akan memberi kelebihan kepada Najib untuk membubarkan parlimen dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi tanpa sebarang tekanan”, jelas Chegu Bard.

Chegu Bard berkata selain daripada terus memainkan isu NFC yang jelas memberi kelebihan kepada Pakatan, isu Rosmah tidak harus dilupakan untuk mengekalkan momentum rakyat yang sudah mula muak dengan karenah boros Rosmah.

zefri dahalan

Badrul Port Klang Bercerai Pulak


Badrul bercerai talak satu

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bercerai talak satu dengan isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Media melaporkan perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim syarie, Abdul Malek Soleh.

Badrul, 51 dan Ramizah, 40 mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan memiliki lima anak hasil perkongsian hidup.

Pada prosiding itu, Ramizah yang dikatakan pernah bekerja sebagai penjaga stor, diwakili peguam syarie Norrasyada Osman.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat, sebelum berpaling tadah dan menjadi Adun Bebas.

Badrul kemudian menyertai Umno secara rasmi pada Mei 2010 .
Beliau sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat, malah menunjukkan rekod buruk kehadiran dalam sesi DUN Selangor.

Pergolakan perkahwinan Badrul mula menjadi perhatian apabila isterinya memfailkan permohonan fasakh mengikut seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan sifat Badrul Hisham yang mempunyai hubungan dengan wanita lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami.

Ramizah juga mendakwa mereka tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu.

Keadilandaily

Badrul Pelabuhan Kelang…KACIWA


Sidang DUN khas bagi meminda undang-undang tubuh Selangor yang dinantikan banyak pihak akhirnya akan berlangsung sebentar tadi dengan kemunculan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan hanya menontonnya daripada bilik yang dikhaskan kepada media.

ADUN Pelabuhan Klang itu tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

“Wah, banyak peminat ni,” katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

Selepas terus didesak pemberita, Badrul memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Apabila DUN mula bersidang jam 10 pagi, kerusi ADUN Pelabuhan Klang itu – yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker – duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu pada kira-kira jam 10.35 pagi dan mengadakan sidang media di luar.

Dalam sidang media selepas itu, Badrul berkata beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari dari speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

M.kini

%d bloggers like this: