Tag Archives: asri zainul abidin

Dr Asri Zainul Abidin Masuk UMNO ?


Asri hang nak masuk Umno masuk pi laah

Desas desus ..sepoi sepoi bahasa..angin timur bawak hujan…hahahaha

Bukan main lagi depa duk bersembang di Parlimen kedai kopi kata dr Asri dah masuk Umno.

Yaa..Aku jawab kat depa..memang betui dr Asri dah masuk Umno, banyak kali dah beliau masuk Umno..hahahaha

Dr Asri pi masuk dewan Umno laa bro..kalu beliau nak masuk Umno jadi ahli seumur hidup pun tak apa..hahaha

Beliau pi nak tengok apa ada dan apa yang berlaku dalam Persidangan Angguk Umno tuu..Ada berapa orang kaki angguk, kaki tepuk dan kaki ampu..Aku ampu hang..Hang ampu aku..kantoi

Pakat pakat hentam DAP,PKR,PAS supaya nama dia ‘lekat’ atau tersenarai untuk jadi calon pada PRU13 nanti..hahahaha

Hentam habis habisan pemimpin Pakatan Rakyat…Dengan cara tuu agak agak hangpa laa..cabaran aku tempohari kepada semua pejuang Umnoputra boleh direlisasikan ka?

1. Harga ayam boleh bagi kepada rakyat $5.50 sekilo ?

2. Minyak pertol boleh turun balik harga ka semasa Tuan Haji Anwar jadi Menteri kewangan dulu ?

3. Pendidikan percuma untuk semua rakyat dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi ?…

5. Telaga minyak yang digadai kepada Brunei Darussalam berharga $320 Billion apa cerita beb ?

5. Tanah Rezab Melayu yang ‘hilang’ sehingga kini tak berjawab.Tup tup bagi lagi Tanah Tanjong Pagar kepada Singapura !

6. Hangpa tambah laa pulak..hahahaha

OK..antara diatas DAP dan PKR serta PAS punya kerja ka?….

Aku bagi satu contoh di Kelantan ..Hangpa ingat senang ka ‘orang luar’ nak beli tanah negeri Kelantan ? Terbukti Pas lebih sistematik untuk memelihara anak melayu dan bukan melayu Kelantan.

Banyak lagi yang aku simpan…simpan sat..hahahah hahahaha

Asri nafi sertai Umno,mahu kekal ‘pemerhati luar’

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan beliau tidak ada sebarang rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Umno buat masa sekarang.

Sehubungan itu kata beliau, kehadirannya pada Perhimpunan Agung Tahunan 2011 yang berlangsung sekarang hanyalah sebagai tetamu jemputan dan tidak harus dilihat sudah pun memutuskan untuk menyertai Umno.

Katanya, kehadirannya pada perhimpunan parti itu sekarang tidak boleh dianggap beliau sudah atau akan menyertai Umno.

Ini kerana, kata Asri (gambar), beliau pernah menerima dan menghadiri jemputan parti-parti lain termasuk PAS.

“Tidak, tidak. Saya hanya hadir sebagai tetamu jemputan, mereka jemput saya hadir, hormati jemputan, lagipun secara kebetulan saya ada masa,” kata beliau sambil menambah mahu kekal seperti sekarang di mana menjadi pemerhati dan penganalisis dari luar.

“Saya pun sepatutnya hadir pada 27 November lalu atas jemputan PKR, tetapi saya tidak sempat. Dulu saya pernah hadir muktamar PAS. DAP pun pernah jemput saya dua tahun lalu, tetapi saya tidak sempat pergi,” kata felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Asri berkata, “saya lebih suka berada seperti sekarang, menjadi pasukan ketiga, melihat dari luar.”

Selaku tetamu Umno Asri mengambil bahagian dalam hampir kesemua acara utama dan sampingan sejak empat hari lalu.

Beliau pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tahun lalu bersama sekumpulan ulama muda, tetapi akhirnya memberi kenyataan bahawa mahu kekal tidak menjadi ahli politk mana-mana parti.

Asri juga berkata beliau gembira menjadi “pihak ketiga” dengan memberi pandangan dan nasihat kepada parti-parti politik.

“Ini bermakna parti-parti politik masih sanggup menerima pandangan daripada pihak ketiga. Ini perkembangan yang sihat,” kata beliau lagi.

tmi

Dr Asri Dedah Pejabat Zakat Tipu Janda dan JKM Tak Layan


Janda ditahan JAIS tak murtad, gereja tolong langsaikan sewa rumah

Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.

Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”

Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.

Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.

“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.

Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”

Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”

Dia mempunyai tiga orang anak.

Masih seorang muslim

Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.

“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.

Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”

“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.

“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.

Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.

“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.

“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

Mana krediabiliti pejabat zakat

“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.

Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.

Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.

“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”

Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan sayang”.

“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi.

tmi

Sokong Tok Mufti Harussani Tegur 3 PM Tapi..


‘Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan jangan kamu berpecah belah, jika kamu berselisih pada sesuatu masalah maka

kembalilah kamu kepada Allah yakni al Quran dan Rasul’.

Apakah tali Allah yang terlebih utama itu? siapakah tali Allah itu? Kenapa Allah mewajibkan perpegang kepada tali Allah?(beratus kitab tafsir,sirah dan hadith sohih boleh dirujuk).

Kalu pegang tali lain tak boleh ke?..semua itu tok Mufti Harussani mempunyai jawapan jitu lagi kukuh.

Apa foundation terbaik untuk ‘penyatuan melayu/islam’.

Sejarah penubuhan Umno di istana Johor setelah semua front islam dan kesatuan Melayu diharamkan oleh inggeris.

Mufti: Melayu berpecah kerana k’jaan rasuah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang “lemah, tidak amanah dan rasuah.”

“Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah,” kata Harussani.

Bercakap dalam wacana “Ulama dan Politik” di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia “habis di sini sahaja”.

Bercakap dalam wacana “Ulama dan Politik” di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib – Tun Razak Hussein – menjadi perdana menteri lagi.

Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu.

Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.

azlanPerkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu… Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.

Tak ingat

“(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat).

“Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat,” kata Harussani.

abdullah badawi leaving palacePada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu.

Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir.

“Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim,” katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam.

NONEDua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:

Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri.”

Ketawa besar

Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.

Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah ‘terompah kayu’ dan ‘ricecooker’ (periuk nasi).

“Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ad “.katanya

mKini

MKN Kaitkan Asri, Ulama Umno dengan Wahabi pulak dah


Madah BN terbaru untuk mengekang pengkritik dari pelbagai aliran

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri diPutrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

“Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini,” dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN – majlis bawah Jabatan Perdana Menteri – di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan ‘dinaungi’ kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

“Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923),” dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

young ulama join umno 250610 02Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini “orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis”.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno – antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan – juga boleh disenaraikan.

“Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan,” sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

‘Tolak juga fahaman tak demokratik’

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

NONE“Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

“Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris,” katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu – merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agamahendaklah ditolak seluruh umat Islam.

“Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

“Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia,” kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

mKini

p.s: Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN – majlis bawah Jabatan Perdana Menteri – di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

%d bloggers like this: