Tag Archives: Asia

Menakjubkan: Gambar Semut Api Berdiri Sebelah Kaki


Gambar semut api berdiri sebelah kaki

ROBERTUS AGUNG SUDIATMOKO merakamkan gambar seekor semut berdiri dengan satu kaki di Cibinong, Indonesia pada September lalu.


Hasil kayra kamera Canon 40D

CIBINONG – Seorang jurugambar Indonesia, Robertus Agung Sudiatmoko merakamkan gambar seekor semut api berdiri dengan hanya menggunakan satu kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Robertus, 29, merakamkan aksi yang jarang dilihat itu dengan menggunakan sebuah kamera Canon 40D apabila dia melihat sekawan semut api melintas berhampirannya di sebuah kampung di sini, Jawa Barat.

Banyak gambar menarik serangga itu yang dapat dirakamkan tetapi imej paling menakjubkan adalah aksi seekor semut tersebut yang berdiri dengan menggunakan satu kaki belakang selama 30 saat seperti ia sedang menari pada September lalu.

agensi

HOT Gila:Kroni Taib Rembat Tanah 20 Kali Keluasan Singapore


Mak aiih..

Taib mahmud dan Kronis rembat tanah Sarawak 15,000 km persegi!

Tu dia punya dahsyat..20 kali keluasan Singapura.

Alang alang nak ‘sapu’ biaq pulun cukup cukup.

Melantak sampai anak cucu tak habis makan kedarah

Sarawak Report ikut jejak wikileaks

Mengikuti jejak langkah lamanweb pemberi maklumat WikiLeaks – lamanweb Sarawak Report (SR) yang berpangkalan di London – mendakwa telah memuatkan pangkalan data penuh mengenai tanah negeri dan urusniaga terbaru jabatan ukur dan tanah negeri dalam lamanwebnya untuk tatapan umum. Continue reading

Che det Suruh Lupakan Sejarah


Untuk wujudkan bangsa Malaysia perlu lupakan sejarah dan bangsa

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

“Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong ‘prinsip 1Malaysia’ tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

“Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Forum ini menyaksikan Mahathir duduk di pentas yang sama dengan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak sebagai moderator sesi dialog.

Pena: Mungkin sebab itulah diwaktu pemerintahan che det dulu dihilangkan status ‘bangsa’ pada Kad Pengenalan.

Terima kasih pada Pak Lah kerana mewujudkan status agama pada Kad Pengenalan.

Persoalan sekarang ialah kononnya umno membela Melayu, jika semua melayu Islam di Malaysia sudah tidak menjadi Melayu.

umno nak bela apa pulak?.bela kroni lama dah orang tahu.

Rupa bangsa sebenarnya ialah penciptaan Allah..’Aku jadikan dikalangan kamu berbangsa bangsa supaya kamu saling kenal mengenali,dan sebaik baik manusia dikalangan kamu ialah yang paling berTaqwa kepada Allah’.

Sejarah mematangkan sesuatu bangsa,contohnya Jepun bangkit menyaingi kuasa ekonomi dunia selepas 30 tahun perang dunia ke 2.China menjadi peneraju ekonomi Asia selepas membuka pintu dari ‘perang dingin’. Iran menjadi kuasa ekonomi dunia ke 9 selepas ‘Revolusi Islam Iran’.

Adakah kita perlu lupakan sejarah ‘Jatuhnya Kota Melaka Kerana Mamak Bendahara’?

Ekspo Cheng Ho Berjaya


Tuan Guru menyampaikan cenderahati kepada Imam Besar Daerah Guangzhou.

Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan ekspo pada tahun ini berjaya mencapai matlamat

KOTA BHARU, 27 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010, Kelantan-China International Trade Fair, berjaya mencapai matlamatnya.

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

Kejayaan itu juga diukur bukan sahaja dari kunjungan rakyat negeri ini, namun juga pelancong dari luar negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Ekspo Cheng Ho 2010, di Kota Darulnaim di sini malam tadi.

Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan delegasi dari China serta tetamu luar negara tanda berakhirnya program berkenaan.

Sambutan luar biasa itu juga katanya menyebabkan banyak kedai ditutup ditutup awal kerana kehabisan barang jualan.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh penganjuran, tiada sebarang unsur hiburan melampau diketengahkan penganjur.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dianjur tidak membabitkan hiburan,” ujarnya.

Sempena majlis ini juga persembahan seni silang budaya dipersembahkan yang membabitkan kebudayaan Kelantan dan China.

Kelantan mempersembahkan permainan gasing dan dikir barat, manakala China persembahan shaolin dan Khairat Aziz yang telah mencipta nama diperingkat dunia dengan kehabatan akrobatiknya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.

Keretapi Laju KL -Singapura


Mula kajian inovasi Januari 2011: Idris Jala

KAJIAN daya maju kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Malaysia dan Singapura akan dimulakan pada Januari ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Beliau berkata, keputusan kajian itu akan dikemukakan kepada Kabinet untuk keputusan selanjutnya. “Kami akan menjalankan kajian daya maju berasaskan penyerahan asal oleh beberapa syarikat yang sudah menjalankan kerja awal. “Menjelang pertengahan tahun depan, jika kita menerima hasil kajian itu, kita akan mengemukakannya kepada kerajaan Singapura,” katanya di sesi soal jawab pada Persidangan Bersama ke-29 MAJECA-JAMECA, di Kuala Lumpur, semalam.

Persidangan itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Idris berkata, jika projek itu berdaya maju, kerajaan akan menemui kerajaan Singapura untuk mendapatkan kelulusan dan memulakan rundingan mengenai modal untuk projek terbabit.

Mengenai projek transit aliran kapasiti tinggi di Lembah Klang, Idris berkata kerajaan sedang memuktamadkan butiran reka bentuk, terutama dalam memastikan ia bersambung dengan rangkaian laluan sedia ada dan menghubungkan destinasi perniagaan bersama.
“Kami kemudian akan mengemukakannya kepada Majlis Ekonomi dan Kabinet, dan menjangkakan proses itu akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Idris berkata, kerja fizikal untuk projek itu akan bermula pada pertengahan tahun depan dan beberapa kerja projek itu akan dibuka untuk tender.

Wanita Hina Islam Bakal Di Ampun


Presiden Pakistan Asif  Zardari akan mengampunkan Asia Bibi

ISLAMABAD – Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari akan mengampuni seorang wanita Kristian di negara itu yang dijatuhi hukuman mati atas dakwaan menghina agama Islam, menurut pegawai kerajaan, kelmarin.

Gabenor Punjab, Salman Taseer berkata, Asif menegaskan beliau tidak akan membenarkan wanita itu, Asia Bibi, menjadi mangsa undang-undang kontroversi tersebut.

“Beliau (Asif) adalah seorang pemimpin yang liberal, berfikiran moden dan tidak akan membiarkan wanita malang ini dijadikan sasaran dan dihukum,” katanya.

Bibi, 45, yang bekerja di sebuah ladang disabitkan bersalah oleh mahkamah Pakistan atas dakwaan melanggar undang-undang menghina agama di negara itu selepas dilaporkan mengutuk Nabi Muhammad, awal bulan ini.

Wanita itu menjalani hukuman penjara sejak 15 bulan lalu selepas dijatuhi hukuman mati dan telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Pakistan.

Menurut pihak pendakwa raya, Bibi dilaporkan menghina Nabi Muhammad semasa bertengkar dengan rakan sekerjanya yang enggan meminum air daripada bekas yang disentuh Bibi, dakwaan yang disangkal oleh wanita itu.

srn

%d bloggers like this: