Tag Archives: AMK

Berapakah Gaji Pengerusi Eksekutif NFC Sebulan ?


Berapakah jumlah sebenar gaji pengerusi eksekutif NFC ?

KUALA LUMPUR 7 Dis: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail.

Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan.

“AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.

“Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini.

Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

Manakala ketiga tiga anaknya  iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif)  dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.

Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.

dari Harakahdaily

Ada Cerita Rumah Mewah Jamil Khir Baharom ?


AMK mohon penjelasan rumah mewah Datuk Seri Jamil Khir

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun  oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu  jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu  yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain”katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20287

Nota: Blog ini berpendapat Jamil Khir mempunyai 3 hingga ke 4 juta RM hasil dari perniagaan beliau sendiri.

wallahu a’alam

HOT:Ketua Pemuda Umno Bahagian Peluk ‘Kekasih Gelap’


AMK cabar Pemuda Umno nafi gambar bersama ‘kekasih gelap’

GOMBAK: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini mencabar Pemuda Umno memberi penjelasan atau penafian berhubung penyebaran gambar Ketua Pemuda Umno sebuah bahagian di Selangor bersama ‘kekasih gelap’ di beberapa blog dan laman sosial.

Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri berkata, individu yang tertera gambarnya itu harus tampil membersihkan nama dengan membuat penafian segera. Continue reading

%d bloggers like this: