Tag Archives: Altantuya

Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya


sirul azilah

Mahkamah Rayuan Bebaskan Dua Polis Daripada Tuduhan Bunuh Altantuya

Mahkamah Rayuan pada Jumaat membatalkan sabitan terhadap dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah menerima rayuan yang difailkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan membebaskan kedua-duanya.

Mahkamah rayuan, pada 10 Jun, membenarkan Sirul Azhar untuk memasukkan dua alasan baru, termasuk bantahan, dalam usahanya untuk mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengisytiharkan perbicaraan silap.

Bagaimanapun, kerajaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu pada Jumaat di Mahkamah Persekutuan.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan disabitkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana membunuh Altantuya, yang ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober, 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang didakwa kerana bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mstar

Bongkar: KD Altantuya,Najib Masuk Perangkap Zahid dan Muhyiddin


Skandal Scorpene: Zahid dan Muhyiddin perangkap Najib

Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.

Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi ‘diketuai’ Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

“Zahid sebagai Naib Presiden sedang ‘bersiap’ untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri,” tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman  tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

“Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

“Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul ‘hero’ yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?” soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

“Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Enjin F 5E hilang

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

“Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu,” kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.

Kd

Bongkar: Skandal Scorene,Peguam Perancis Akan Datang ke Malaysia


Perkembangan terbaru kes pembelian dua kapal selam

KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14278

Adakah Najib Bersama Altantuya dan Razak Baginda ke Malta?


Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?

KUALA LUMPUR: Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene.

Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.

Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13501

Hantu Altantuya Menjelma Lagi..


Siapa manfaatkan hantu itu

HANTU sememangnya tidak pernah mati. Cuma ia pergi dan kemudian datang semula.

Itulah kepercayaan orang tentang hantu.

Begitulah tentang pembunuhan wanita Altantuya. Dia sudah mati dibunuh. Ia hidup semula sebagai hantu. Sebagai hantu banyak yang percaya ia menghantuai Perdaya Menteri Najib dan isterinya.

Sebabnya tidak payah dicerita. Semua orang tahu. Orang-orang Najib tahu dan orang tidak suka Najib lagi tahu. Cerita hantu Altantuya ini mungkin hidup beratus-ratus lagi sebagai cerita rakyat.

Sejak gema 1Malaysia merong-rong pagi dan petang di semua persada dunia, hantu Altantuya ini lenyap dan senyap. Tidak begitu diingat lagi.

Tetapi dihidupkan semula oleh TV3. TV3 itu terkenal suara dan penyambung lidah Najib. Ia  berbuat apa saja asal Najib selesa dan bahagia.

TV3 kejar Raja Petra yang berlindung di atas angin, minta persetujuannya untuk ditemu ramah. Dan TV3 siar bahagian yang ia hendak siar dari perbualan dengan Raja Petra.

Yang ia siar ialah tentang apa yang Raja Petra tahu tentang hantu Altantuya dan saat wanita itu ditukar menjadi hantu di tempat letupan itu berlaku.

Ditanyakan pada Raja Petra betulkah letupan itu disaksikan oleh Wanita Pertama yang belum bergelar Wanita Pertama lagi ketika itu.

Untuk apa TV3  siarkan adegan hantu itu? Untuk seronokkan Perdana Menteri Najib dan isterinya sekarang. Ia juga adalah untuk menyelamatkan Najib dan isterinya serta kerajaannya.

Raja Petra dijadikan umpan perangkap. Dengan umpan dan perangkap itu Anwar Ibrahim dapat dipukul bagi dibinasakan. Sekali gus ia memukul dan menghapuskan Raja Petra.

Kebetulan ketika ia disiar, Anwar datang untuk menawan Sarawak. Moga-moga siaran itu menjadikan Anwar balik dengan tangan kosong. Selamat Najib dan isteri, selamat Taib si pengantin baru.

Seronoklah Najib suami isteri, Seronok benarkah? TV3 dikira sudah berjasa lagi kepada Najib dan isteri.

Berapa hatikah pasangan itu seronok dengan siaran yang memperalatkan Raja Petra?

Yang keluar dari wayang itu ialah hantu Altantuya menjelma semula dalam ingatan sekalian penonton. Sudahlah hantu itu menjelma semula. Timbul pula persoalan betulkah isteri Najib ada di lokasi peletupan Altantuya bertukar menjadi hantu.

Tentunya Najib dan isteri tidak suka mahu kelibatnya ada dalam setiap pengkisahan Altantuya. Najib dan isterinya tidak mahu langsung dilibatkan dengan cerita hantu itu.

Bila dikaitkan, bukan sekadar orang ingat semula cerita hantu itu tetapi hantu itu dan ceritanya akan menghantui Perdaya menteri dan nyonyanya. Igauan dari hantu itu boleh mengganggu tidur lenyapnya.

Seronok siaran itu hanya sekejap tetapi kesan igauan itu memakan masa dan memakan hati. Tidak padan dengan seronok yang TV3 cuba hiburkan dengan seram hantu yang menyusahkan.

Sejak siaran temu bual Raja Petra itu isu pembunuhan Altantuya hidup semula. Ia kembali segar dalam ingatan semua. Orang bercakap semula mengenainya dan orang mengigatkan supaya disambung semula penyiasatan mengenainya dan bagaimana puncanya pembunuhan itu?

Raja Petra akan menulis lagi. Dia akan menjelaskan dia tidak tahu siapa yang ada di kawasan letupan itu. Dia hanya diberitahu isteri Najib ada dan orang lain juga dikatakan ada. Dia dedahkan dalam  akuan bersumpahnya tentang apa yang orang beritahunya.

Akuan bersumpah mesti disiasat. Bila disiasat isteri Najib pun perlu disiasat. Semua itu sudah cuba didiamkan. Tiada inisiatif orang-orang disebut dalam akuan bersumpah hendak disiasat. Tetapi selepas siaran TV3 dan Raja Petra gesa supaya ia disiasat, maka nama isteri Najib akan disebut lagi.

Adakah ia hendak diredakan lagi?

Gara-gara gatal TV3 memburu Raja Petra dan cuba memperdaya Raja Petra, menyebabkan pembunuhan Altantuya bergema semula. TV3 tidak pernah fikir ia mahu menyusahkan Perdana Menteri dani isterinya, tetapi itu gara-gara tidak cermatnya perkiraan hendak menyelamatkan Najib dan keluarganya.

Itulah yang dinamakan salah ampu.

Subki Abdul Latif

Liputan: Pencacai Umno Rambut Merah Cuba Ganggu PC Anwar


Cubaan mengganggu sidang media Anwar di PRN Sarawak

Gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak.

Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita  penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal,” kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain.

Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal regim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah.

Pemberita penyiaran itu dilihat cuba mengheret isu video fitnah berbanding perkembangan PRN Sarawak hingga meresahkan puluhan wartawan lain.

Beliau dipercayai diarah pihak atasannya supaya bertanyakan soalan itu kepada Anwar bagi menggembar-gemburkan isu video fitnah yang tidak mendapat perhatian rakyat Sarawak.

Anwar pada sidang media itu menyifatkan soalan berkenaan jam tangan Omega itu membuktikan media arus perdana tidak putus-putus mencari jalan merosakkan reputasinya.

“Untuk apa saya menjawab soalan-soala  ini (isu video fitnah)? Bukankah Azizah (isteri Anwar) sudah mengadakan sidang media berkenaan perkara ini?

“Inilah cara Barisan Nasional (BN) memperkudakan media dengan soalan yang tidak berkenaan,” kata Anwar yang kelihatan sedikit berang dengan soalan itu.

Anwar: Apa kena mengena jam Omega. sudah establish ke benda tu?

Wartawan: Datuk Seri adakah…

Anwar: Jawab soalan tu. adakah sudah establish.

Wartawan: Dalam tweet sebelum ni…

Anwar:
Pasal apa saya nak jawab?

Wartawan: Itu sebab saya tanya.

Anwar kemudiannya bertanya kepada wartawan penyiaran itu, sama ada berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang
kaitannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Anwar: Pernah ada orang tanya?

Wartawan: Sebelum ni Datuk Seri…

Anwar: Media kena honest. Dia tak boleh menjadi perkakas orang yang zalim dan menghina. kalau ada basis.

Wartawan: Dulu Datuk Seri ada janji untuk jelaskan di mana Datuk Seri ketika…

Anwar: (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dah jawab. Saya tau soalan you untuk bantu Utusan tulis Anwar gagal jawab.

Wartawan: Bukan macam tu Datuk Seri.

Anwar: Dah habis soalan?

Wartawan: Belum

Anwar: Habiskan soalan.

Wartawan lain: Apa pendapat Datuk Seri tentang….

Anwar: Biarkan dia habiskan soalanya. Saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana Umno operate.

Wartawan: Tak ada kena mengena dengan Umno. Saya media, saya jalankan tugas saya.

Anwar: Ya, saya tahu tugas media.

Wartawan: Sebelum ni Datin Seri Wan azizah kata ada jam dalam tangan.

Anwar: Ya.

Wartawan: Tapi belum lagi serah pada polis.

Anwar: Bila yang polis minta?

Wartawan: Jadi jam tu ada pada Datuk Seri?

Anwar: Bila yang polis minta? bila yang polis minta?

(Beberapa orang cuba menghentikan perbalahan tersebut)

Anwar: Tak apa, tak apa. saya nak tengok media perkakas Umno tanya soalan. Soalannya polis minta. bila polis minta. polis tak minta.

Wartawan: jadi…

Anwar: You tanya soalan I jawab.

Wartawan: Datuk Seri tak jawab soalan saya.

Anwar: You bagitau polis minta, saya bagitau polis tak minta.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri akan menyerahkannya?

Anwar: Biar polis minta. Apa isunya? Isunya ialah video. Mereka akan tanya hotel mana, adalah saya pergi ke hotel tersebut. Mengapa harus saya melayan soalan-soalan ini? Biar polis yang mengendalikannya. Soalan berikutnya.

Keadilandaily/mKini/Tulang Besi/video Wak al Banjari

%d bloggers like this: